Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Blue Blood

Bismillah, Assalamualaikum. *entry ini tiada kena mengena dengan drama ‘blue blood’, ehehe~ Pernahkah korang dengar ayat yang sipi-sipi lebih kurang macam ni; “Eh, korang ni macam belangkas lah, asyik berkepit je,” Kan!  Pernah dengar kan.  Kadang-kadang kita asyik mention nama belangkas ni, tapi tahu tak rupa belangkas ni macamana?  Dulu, zaman aku kanak-kanak dulu, aku bayangkan belangkas ni spesis-spesis ungka dan monyet yang dok bergayut dalam hutan.  -_-“  Jahilnya masa tu.  And then, baru aku tahu belangkas itu rupanya tak sama langsung dengan spesis monyet, habitat pun cam langit dan bumi.  Hehe, sila tengok gambar makhluk Allah yang bernama belangkas di bawah ni. ~sumber gambar klik kat sini ~ Okay, entry ini ditulis bukanlah untuk mengupas erti peribahasa melayu, “seperti belangkas”, tapi adalah untuk melihat kegunaan belangkas yang sebenarnya telah berjasa kepada homo sapiens macam kita semua ni (selain dari menjadi hidangan berbuka ko...