Bismillah.. Assalamualaikum
~ini la bikar dan spatula~
Cerita ini berlaku pada 20/10/10
Compartment C, 4.1, T3;1.42 p.m.
Hujan yang separa lebat mencurah-curah turun, tambah lagi dengan angin yang tak berapa nak kencang, rasa malas pulak nak redah hujan pergi lab, haish… tapi, hari ni lab yang akhir untuk sem ni, so mesti pergi juga untuk enjoy!!!! Sedih kejap walaupun tahu sem-sem yang akan datang lab tetap setia menanti (semestinya bersama dengan lab report).
------------------------------------------------------------------
Compartment C, 4.1, T3; 1.45 p.m.
Erk? Cerah dah langit? Hujan berhenti dah, awat cepat sangat habis air? Berapa minit je kot hujan. Pape pun, Alhamdulillah, senang nak jalan pergi KOP tu, dan disebabkan hari ni lab last, nak bawak kamera, hehe. Saje je. Lagipun, kamera ni tak pernah jejak kaki kat dalam lab (jangan datang bilik aku cari kaki kat kamera aku, perumpamaan je tu).
Hari ni lab BMC. Agak-agak apa la yang kitorang nak synthesis hari ni…
Off to lab!!!

~manual hari ini; preparation of sulfonamide (antibacterial)~
-------------------------------------------------------------------------------
Lab BMC; 2.00 p.m.
Dr Merzouk dah semangat nak briefing. Tapinya, attendance tak sampai separuh kelas pun lagi (separuh dari separuh ye). Dah tak kuasa nak menunggu, Dr Merzouk start briefing terus. Mengikut manual, hari ni kitorang kena prepare Toluene-p-sulfonamide. Ini adalah antibacterial agent. So, siapa-siapa yang rasa diorang terkena bacterial infection tu, sila-sila la amik kat lab BMC. Tapi, kalau masuk ICU jangan cari kitorang, hehe. Mdm Hadijah dah warning kan, jangan makan apa-apa barang dalam lab.
Macam biasa, lab BMC mesti wajib pakai mask dengan glove. Walaupun patut dah biasa, tapi dua benda ni sangat irritating (pada aku la, orang lain tak tau la). Sebab-sebabnya?
Aku ni mata empat. Bila pakai mask, mesti berkabus. Kalau tanggal cermin mata tu, jadi OKU pulak. So, nak tak nak, kena la control pernafasan untuk kurangkan kabus, haish… Glove pulak. Selalu saiz glove tu tak kena dengan tangan. Okay, tak kisah la size tu, masalahnya sekarang, jari aku pendek (serius nih!). So, korang bayangkanlah sendiri. Nak buat kerja pun susah. Selang berapa minit kena betulkan glove kat bahagian jari sebab jari ni pendek comel sangat.

Hari ni kitorang guna ammonia, yang concentrated lagi tu. Tau kan bau ammonia macamana? Agak-agak boleh bayang tak bau ammonia yang concentrated tu? Best kan ? Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu. Dulu, kalau guna ammonia dalam lab kimia, teacher Jega mesti suruh tutup kipas dulu, kalau tak naya weh.
Okay, berbalik kepada practical. Lab BMC biasa la tunggu-menunggu. Bukan tunggu bulan jatuh ke riba, tapi tunggu sample ni boil la, cool la dan yang sewaktu dengannya. Tengah duduk sorang-sorang sambil menunggu teringat ayat Mdm Hadijah pagi tadi;
(Imbas semula)
“Naik seriau Pn Rokiah tengok you all tulis syrup for injection kat label,”
Nak tergelak je rasa. Dalam lab dispensing minggu lepas, kitorang kena buat syrup morphine dari injection punya form (ampoules). Masa nak label botol tu, berlaku la konflik dalam diri masing-masing.
“Syrup? Morphine kan I.V. je, manual ni salah ke?”
“Orally ke I.V.?”
Semua ni terjadi gara-gara persepsi kitorang yang morphine tu kena inject je, tak leh makan atau minum. Kalau ikut bayangan aku la;
Morphine = drug addict
Drug addictkan selalu cucuk-cucuk je benda alah ni, so kitorang pun dengan yakinnya cakap morphine tu route of administration die by injection, haha. Kan da dapat kosong, haish…
Drug addict
Kesimpulannya, kalau tak tahu tanya, kalau tak tanya, “patient can die” (kalau korang perasan, Dr Wan selalu sebut ayat ni).
Okay, habis da imbasan semula, balik kepada lab BMC tadi.
Tengok manual nak buat apa pulak lepas ni. Macam selalu la, tengok step-step tu mesti rasa confuse. So pergi la merantau tanya bro razif (lab asst) tanya. Die pun cerita la dari A sampai la ke Z. Okay, noted. Balik meja nak sambung termenung, datang pulak kak syikin, tipah dengan ani. Diorang cakap Dr Merzouk suruh buat camni dan camtu. Aik? Contradictory dengan apa yang bro razif explain tadi. Pergi tanya akak lab asst tu pulak, terkeluar mazhab lain. Erk, apekah? Ni yang malas kadang-kadang lab BMC ni, banyak sangat mazhab. Alih-alih, kitorang buat mazhab sendiri la.
Practical pun tamat. Tengok hasil practical hari ni. Errr, tak terkata. Mai dengan amaal buat tak tahu je dengan hasil eskperimen kitorang tu. Tiba-tiba zaty cakap,
“macam muntah ar,”
Erk, betul gak. Tak percaya tengok la, hehe..
Comments
Post a Comment