Skip to main content

the good old days


Bismillah, Assalamualaikum.


~ahahaha, sape kenal angkat tangan!~


[5 November 2010] [11.23a.m.] [talhah 3]

            Waktu tangan ni tengah menaip, perut ini sedang memutarkan lagu keroncong.  Tension betul!  Nak study pun tak senang hati.  Ni lah masalahnya bila organ-organ dalaman tak sefahaman.  Otak nak study immuno.  Immune system pulak dah immune dengan nota-nota yang bertimbun.  Antibody dah terlebih-lebih dah disecretekan oleh B cell.  Hati pulak nak tengok family outing.  Mata meronta-ronta minta ditutup (tidur).  Perut pun mintak di isi.  Haish, wahai organ-organ ku, jangan gaduh-gaduh ye.  (serius rasa macam sengal je bila taip benda macam ni, -_-“).

            Lapar.

            ……


            Tadi dah soal siasat kak syikin (tauke café lot 4, bukan kak syikin bilik sebelah ni, hehe), nasi ayam siap pukul 11.30a.m., nasi briani pukul 12.00p.m.  Tak kira!  Nak nasi briani jugak!  Sanggup balik mahalah balik tunggu pukul 12, hehe.  So, here I am.  Membebel kat blog ni sampai la nasi briani siap.  Lalala~

            Pagi tadi monyet datang LAGI.  Hari-hari monyet datang bertandang.  Sehari tu ada la 2 ke 3 kali.  Geram sangat-sangat!  Baju tu memang tawakkal tak angkat.  Ni pun tak check lagi kot-kot monyet tu tinggalkan cop mohor diraja dia tu.  Semenjak T2 tu dah tak de brother, makin rancak dia datang.  Takleh nak buat apa la kan.  Dia datang, kita lari. Kalau sergah, dia sergah kita balik.  Serius takot!.  Ketajaman taring die lagi hebat dari taring aku. 

Korang-korang yang duduk level bawah tak terasa sangat.  Kadang-kadang tu die ada je duduk atas bumbung tengok orang lalu-lalang pergi toilet.  Sampai maghrib pun ada lagi kadang-kadang.  So, dah jadi habit kalau aku nak pergi toilet, Check bumbung dulu.  Tapi malam-malam tu tak la, takut ternampak yang lain pulak, huhu.

 ~monyet ni makan tepi tingkap bilik wan~

 ~port diorang makan lepas ambik makanan; atas bumbung~

            Pernah sekali tu.  Kelas pulak pukul 8.  Dengan muka baru bangun tidur.  Mata pun blur-blur lagi.  Keluar bilik.  Monyet-monyet tu tengah bersukaria.  Haish.  Lalu je sebelah monyet time tu.  Kena berani jugak.  Kalau tak pergi kelas tak mandi la jawabnya, huhu.  Nasib baik dapat mandi!

            Okay, ape kejadah aku membebel pasal monyet?  Ada topic lain sebenarnya, ter”melencong” dari landasan yang sebenar.

            Tadi tergerak hati buka Formula one punya official website.  Huhu, rupanya minggu ni ada race.  Sangat la tak up-to-date aku sekarang ni!  Tengok F1, confirm akan teringat zaman sekolah.  Total student batch kitorang sikit je, adalah dalam 60+.  Hurm, 62 kot?  So, kalau korang tak tengok bola, tapi ada di kalangan tu yang fanatic dengan bola.  Tempias tu akan terkena jugak.  Macam tu la dengan F1.  Senang cakap at least tau la perkembangan, nama-nama players @ drivers.  Apa, ingat aku tak kenal ke football players?  Tapi kenal yang famous-famous je la, haha.

            Dulu masa sekolah paling best kalau tengok F1.  Race hari ahad.  Hari isnin kat perhimpunan kitorang semua tak dengar sangat pun apa cikgu cakap.  Semua dok kalut bergosip pasal F1.  Seriusly, sangat rindu dengan suasana masa tu!  Yang paling lawak sekali raj la, siap tengok sambil pengang calculator lagi, hehe.  Semangat gila raj.  Selalu je kitorang buat conference Formula one kat kelas.  Oh, tiba-tiba rindu kat korang semua especially fatin, ili ngan zaeh.  Huhu, bila next reunion weh?  Semua nak fly dah, huhu.  Waaa!  

 ~this year's reunion.  self-timer paling berjaya aku pernah buat (tepuk2~)~

Really miss those good old days!  Main-main je.  Pergi sekolah main je.  Study pun!  Paling tak tahan bila kitorang tukar makmal computer jadi panggung wayang sebab nak tengok pirate of carribeans.  1 batch tu buat project.  Teacher Halley pun ada sekali (tapi teacher tak tengok kot, hehe).  Time graduation pun best tapi tak best sangat (ayat apakah ni?) sebab banyak protocol.  Papa pun bising sebab buat dalam mint.  Haish, leceh.  Dalam hati terpikir jugak, buatnya mint tu meletup?

 ~Graduation JESSian second batch~

Alang-alang tengah cakap pasal formula one, teringat 1 kisah.  Masa tu aku tengah tengok Grand Prix Canada (Montreal), season 2007.  Hurm, 2007, time tu rasanya sebelum masuk cenfos rasanya.  Masa tu anih dengan upik kat asrama.  Papa tidur kot sebab race start pukul 2 atau 3 pagi, tak ingat la exact timing nye, yang penting stay up dan tengok sorang-sorang la.  Mengantuk tu memang la.  Kritikal kot.  Tiba-tiba Kubica accident!  (nama die Robert kubica, nak kenal cari la kat laman sesawang yang bersawang tu).  Serius segar jadi mata, hehe.  Teruk sangat, sampai berpusing-pusing kereta dia.  Helicopter datang kat litar ambik bawak pergi hospital lagi tu.  Accident tu memang dahsyat (setakat yang pernah aku tengok la).  Err, tak nak cerita panjang lebar pasal accident ni, nak tau sila tengok video dan gambar-gambar di bawah.

~dah cari tapi takde narration english (sedey), tapi layan je la~

~saat-saat mencemaskan~
 
 ~nampak tak kaki dia?~

            Dah lepas Kubica punya accident, safety car pun masuk balik pit stop.  Maka, kereta-kereta tu pun nak start race balik.  Tapi, tak sampai 1 lap pun lepas race start balik, Rosberg pulak accident, bergesel dengan dinding penghadang (Nico Rosberg, pepandai cari sendiri siapa makhluqat nih).  Maka, safety car pun keluar balik.  Yang penting time Grand Prix Montreal season ni safety car, keluar masuk banyak kali jugak la.  Semangat je tengok, hehe.  Kenapa aku cerita detail sangat ni?  Ter over exited bila cakap pasal F1, ehehe~  Sekarang takde geng dah nak gossip-gosip pasal benda ni…

            Okay, sambung cerita!

            Pagi esok bangun.  Mama kecoh-kecoh.  Jiran belakang rumah kitorang kena rompak.  Perompak tu 5 orang, masuk ikut pintu belakang.  Modus operandi (rasa cam gerak khas je, hehe), diorang potong grel tingkap dapur.  Kecik je.  Pastu perompak yang paling kecik dan pendek dan slim masuk ikut tingkap dan buka pintu dapur dari dalam.  Tanya mama pukul berapa kejadian.  Mama cakap pukul 4 pagi.

            Erk!  Rasanya time tu aku tengah tengok F1 lagi.  Punya la innocent hari tu, pergi berterus-terang dengan mama yang time tu aku tengah tengok tv.  Apalagi mengamuk la mama.  Nasib baik rumah belakang yang kena rompak.  Buatnya perompak tu dapat ilham nak rompak rumah aku? (nauzubillah).  Dah mama tengah hot, sengih je la, hehe.  Tapi betul jugak, buatnya dorang masuk rumah aku, free-free je aku kena.  Takut la pulak.  Mesti fatin membebel kaw-kaw kat aku bila baca entry ni (jangan marah fatin!!!!).  Kesimpulannya, perempuan jangan stay up sorang-sorang.  Kalau sorang-sorang tu duduk diam-diam dalam bilik tu, Arasso?!

            OH!!  Dah pukul 12.05p.m.  Sayonara!  Nasi briani tengah melambai-lambai~

P/S:  Good luck immuno esok!~

Comments

  1. slm,

    (tarik nafas dlm2...)

    apesalkoxdengabunyikatblkgumahvolumebapejekopsgtvtukalaupencuritumasukumahcilokkobwkgisiamamacamkoxtaukebahayekotchisbegebetulkonilainkalijgntgkF1sorg2mlm2dahlaxajakakukalaujadipapesapesusah?????

    (sesak nafas!)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...