Skip to main content

Peritoneal Dialysis


Bismillah, Assalamualaikum.

 ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical~

[24/11/10]

[rumah, BBB] [8.45 a.m.]

Cuaca panas.  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“

Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan.  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan.

----------------------------------------------------------------------------------

[rumah, BBB] [11.30 a.m.]

Tengok luar tingkap.  Eh eh?  Dah mendung dah.  Haish, kena standby angkat baju, huhu, nanti la.  Okay, berbalik kepada Peritoneal Dialysis (jauh dah ni aku menyimpang -_-“).


Siapa tahu dialysis tu apa angkat tangan!  Confirm ramai yang tahu kan?  Dalam bahasa mudahnya, cuci buah pinggang.  Okay, tu soalan pertama.  Next question!  Siapa boleh cerita types of dialysis?!  Owh, aku ada nampak tangan-tangan yang muncul di celah-celah laman sesawang ni.  Tangan lain mana?  Tersorok sebab bersawang sangat laman ni?  Haha, aku dah start nak merepek ni.  Relaks, aku pun tak tahu.  Aku baru tahu pukul 9 pagi tadi, tu pun sebab ada kesedaran nak buat research.

Sebelum aku membebel pasal dialysis.  Mesti korang pelik apa kejadah pulak aku nak buat story telling pasal dialysis, huhu.  Hurm…  Pendek cerita, Mak Su aku ada kidney problem, so kenalah buat dialysis.  Aku pun tak tahu menahu yang dia kena buat dialysis sebab aku dah berbulan tak balik rumah (mak su aku tak kawen lagi, so gilir rumah mama ngan cik ma), mama pun bukan nak cerita pasal benda camni, dia cakap nanti fikiran aku terganggu.  Haish…..

So, ana (sepupu) lah yang selalu jadi informer.  Sebab dia Uia Gombak, selalu je lari balik rumah, huh! (jeles)  Jadi ana tahu banyak benda.  Nak dijadikan cerita, doctor cakap, makcik aku punya urat darah tak sesuai untuk buat haemodialysis.  So, pilihan yang lain, peritoneal dialysis.  Aku pun pelik jugak bila dengar diorang bercerita mak su aku buat dialysis kat rumah.  Huh?  Macamana tu?  Owh, sebelum apa-apa, sila rujuk gambar di bawah untuk refresh balik, kot-kot la korang tak tahu haemodialysis tu camana.

~overview hemodialysis; sumber gambar adalah dari India Kidney Hospital~

Sebelum aku melompat pergi ke Peritoneal Dialysis.  Nak jugak la tahu, dialysis tu apa kan?


“The process of cleansing the blood by passing it through a special machine.”
“There are two types of dialysis: hemodialysis and peritoneal dialysis.”

*Sumber adalah dari MedicineNet.com

Okay, haemodialysis tu rasanya semua orang tahu, gambar pun aku dah tunjuk kat atas tu.  So, kita terus pergi ke Peritoneal Dialysis.  Korang boleh refer kepada gambar di bawah untuk memahami Peritoneal Dialysis.

 ~walaupun gambar agak blur, tapi nampak je, nanti bawah ada lagi gambar ye~

Basically, dialysis solution (dalam solution bag tu) akan masuk dalam peritoneum cavity.  Sila bukak nota anatomy balik kalau tak tahu peritoneum cavity tu apa, kalau takde, sila google *wink*.  Dialysis solution ni mengandungi dextrose yang akan attract waste product dengan extra fluids dari blood vessel ke dalam peritoneum cavity.  Oh dear, dahsyatnya kerojakan ayat aku, boleh menangis cikgu fauziah baca.  Ni la akibatnya bila belajar dalam bahasa omputih tapi nak explain ikut bahasa melayu.  Haish~

~sementara menunggu, boleh buat macam-macam aktiviti; sumber gambar adalah dari National Kidney and Urologic Diseases Information Clearinghouse~

Dialysis solution ni akan stay dalam peritoneum cavity untuk 1 jangkamasa untuk membenarkan benda-benda yang patut disingkirkan keluar dari blood vessel dan bercampur dalam solution tu.  Bila dialysis solution tu dah masuk semua dalam peritoneum cavity, boleh cabut segala wayar-wayar atau tiub yang berkaitan.  Lepas 4 jam (roughly la), kita akan keluarkan dialysis solution tu ke dalam drain bag.

Habis je dialysis solution tu, kira peritoneum cavity tu dah kosong (ada la indication dia macamana nak tahu), start balik masukkan dialysis solution (yang fresh punya ye).  Process untuk drain dan fill balik dialysis solution ni ambik masa lebih kurang 30 minit.  All these steps will be repeated throughout the person’s life.  Ya, sepanjang hidup sampai la ada kidney untuk buat organ transplant.  Biasanya, dalam sehari tu, 4 kali buat.  Yang last punya dialysis tu waktu maghrib, so malam tak payah la.

Sebelum boleh start buat peritoneal cavity dialysis, doctor akan tebuk lubang dekat sebelah pusat kat abdomen untuk insert soft catheter.  Catheter ni fungsinya supaya tiub nak masukkan atau keluarkan dialysis solution tu boleh connect dengan peritoneum cavity.  Jadi, kalau nak buat peritoneal dialysis, kebersihan adalah amat dititikberatkan.  Sebelum doctor bagi balik dari hospital, nurse akan datang rumah buat pemeriksaan, kalau lulus baru boleh duduk situ, so aku tak boleh la nak menyepah-nyepah bilik aku macam dulu, haha.

Berbanding dengan hemodialysis, peritoneal dialysis ni kena buat hari-hari.  Hemodialysis ni lebih kurang 3 kali seminggu (kot?).  Tapi kalau ikut papa, peritoneal cavity lagi convenience.  Sebabnya, tak payah tunggu turn yang tak pernah sudah kat pusat dialysis atau hospital, buat je kat rumah.

Okay, habis!  Sekarang dah tahu dah peritoneal dialysis tu macamana?  Hopefully entry ni akan menambahkan pengetahuan korang pasal dialysis walaupun aku tak la explain details sangat, asal dapat isi penting sudah.
Thanks for reading, JZKK.

Comments

  1. wei menarik....
    ak pun ad pglmn tgk mesin tu...tp br skang ak tau yg tu peritoneal dialysis rupenye...
    ms raye br ni, ak g umah pakcik ak yg kene wat hemo dialysis 3/7, dah tu disebabkan dia terlebih minum bak kate bini dia, perut dia jadi cam nk meletup, tegang giler, ak tgk pun cuak. dah tu ak ckp la ngn mak ak, pkai jela mesin nenek yatimah (sedara ktorg juga la yg berpenyakit lbh kurang sama n br gak meninggal) sbb b4 meninggal ak pegi melawat, nmpk mesin tu, tp mmg len dgn hemo dialysis, kecik, xde roda yg pusing2kan darah. mak ak kate xleh, tu utk mesin tok dialysis air..ak pun iyakan jela..ha99
    saje nk share cite (pnjg komen)
    p/s: jaga la kesihatan badan..takut ak dgr cite org yg berpenyakit xleh sembuh ni...haish
    -najihah azharr-

    ReplyDelete
  2. tQ jihah.
    orang yg kidney failure memang tak boleh consume air banyak2, tak silap, dalam 1 hari, jumlah air yang dia boleh amik dalam 1 gelas je, kalau lebih sangat boleh bawak ke mati.

    ReplyDelete
  3. haha, aku tak sure la yang tu, tu berdasarkan apa yang aku dengar orang-orang tua ni bercerita, hehe.

    ReplyDelete
  4. kimi, aku konfius sikit la. mula2 masukkan dialysis solution, pastu cabut sgl tiub, pastu biarkan solution tu dlm peritoneal cavity slm 40 min, pastu smbg tiub blk utk kuarkan ke drain bag. pastu, mskkan fresh dialysis solution ke? pastu ulang all the steps semula ka?

    ReplyDelete
  5. mula-mula, masukkan solution dalam peritoneum cavity, pastu, lepas lebih kurang 4 jam, keluarkan balik.
    masa nak keluarkan, ada 1 tiub (transfer set) attach kat soft catheter. Transfer set ni akan pecah ke tiub yang akan bawak masuk fresh solution, lagi 1, untuk drain. Dua-dua tiub ni ada clamp.
    Lepas 4 jam, mula-mula keluarkan solution dalam drain bag. Time ni, clamp tiub fresh solution tutup. Dah habis keluar, clamp tiub yang ke drain bag. Pastu, bukak clamp tiub fresh solution untuk isi balik peritoneum cavity.
    Yang aku cerita dari awal tu, kira macam dia baru first time buat peritoneal dialysis, so isi solution dulu.
    Sehari buat 4 kali dengan interval 4 jam. Setiap process draining ngan isi balik, ambik masa roughly 30 minit (aku rasa part ni aku tersalah kat atas).
    Setiap kali buat, akan repeat process draining ngan filling dialysis solution.

    ReplyDelete
  6. maknanya 1 dialysis = sekali isi solution + sekali draining la.. am i right?

    p/s: kimi, aku x tau nape aku x leh shout kat box kanan nih! huhu bnyk kali dah cube

    ReplyDelete
  7. Yup. Yang shoutbox tu, ada problem sket, tiba-tiba banyak yang orang post hilang. Aku ngah tukar lain.

    ReplyDelete
  8. izzati, u tau x brp RM mesin PD tu?i try cr kat google tp xjumpa la..cost per month dlm brp RM ek klu nak beli mesin tu + all the stuff?

    ReplyDelete
  9. saya tak berapa tahu sgt, tp kalau tak silap, dalam rm2k jugak la, sbb nak beli dialysis solution, tapi makcik saya, dapat bantuan zakat, so monthly, kena bayar around rm100 je.

    ReplyDelete
  10. erm..betul la sbb doc ckp pun around that figure..cemana nak dpt bantuan zakat tu ek??he3

    ReplyDelete
  11. hurm, not sure jugak la, kena rujuk dengan pejabat zakat. makcik saya dulu dapat tak silap sebab dia anak yatim and tak kawen lagi, ada lagi kot sbb die, x ingat dah. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...