Skip to main content

bruxism -_-"


Bismillah, assalamualaikum.

            Gigi.  Siapa yang tak sayang gigi kan?  Hari ni aku pilih 1 topik berkaitan gigi.  Bacalah explanation dari Dr Gigi tak bertauliah ni.  Untuk introduction, sila dengar video di bawah. 

~sila dengar betul-betul, tak jelas sangat ni~

            Okay, dah dengar?  Rasa-rasa pernah dengar tak bunyi tu. Buat siapa-siapa yang tak pernah dengar, itu lah bruxism.  Sangat irritating kan bunyi tu?  Even aku yang ada bruxism pun rasa bunyi ni tersangat-sangat la irritating!  Rela dengar bunyi orang berdengkur, huhu.  Sebab tu kalau adik aku berbunyi gigi time die tidur dan aku tengah sedar dan waras lagi time tu, aku bagi penyepak satu, tak pun gerak die terus.  Kesian adik aku kan, selalu kena sepak, tapi takpe, die pun selalu je sepak ngan tumbuk aku, lagi sakit, huhu, kalah ngan adik sendiri.  Ni semua anih, upik, aus ngan iddin la yang ajar mek na gusti time die kecik dulu.

            Okay, aku dah melencong ke topic lain.  Back to bruxism.  Mula-mula apa itu bruxism?


“Bruxism is a condition in which you grind, gnash or clench your teeth UNCONCSIOUSLY.
Bruxism may be mild and do not require any treatment, but frequent bruxism may lead to jaw disorders, headaches and damages teeth.”

Sumber adalah dari MayoClinic.com.  (cam mayones je kan? Hehe).

~lebih kurang macam ni la perbandingannya~

Faham tak?  Sebenarnya benda ni agak memalukan.  Sama la macam perasaan malu bila orang kata korang berdengkur.  Tapi buat apa nak malu?  Kalau malu bukannya boleh hilang bruxism ni.  Pendapat aku, bruxism ni menyakitkan dua-dua belah pihak.  Pihak yang “berbunyi” dan pihak yang “mendengar”. 

Maybe ada yang cakap;
“alah, kenapa dengan orang yang buat bunyi tu? Bukan die yang dengar, takde terseksanya,”.

Siapa berani cakap depan aku meh sini, aku bagi flying kick satu kat korang.  Tau tak terseksa jiwa dan raga aku sebab benda ni?  First statement kat atas dah mention gnashing, grinding, clenching, so sakit gile tau.  Makin kuat bunyi gigi, makin dahsyat sakit gigi tu.  Dan bruxism ni bersangkut paut dengan stress.  Makin teruk stress makin teruk bruxism.  So musim exam tu parah sikit la.  Pernah hari exam microbiology sem lepas, tiba-tiba je nadh masuk compartment tanya,

“Kimi, gigi kau bunyi kuat dari yang biasa (luarbiasa kuat?  Hehe)”

Aku gelak je la, nak buat macamana.  Time tu memang aku cuak pun dengan microb, siap call mama ngan papa nangis-nangis lagi.  Malu pulak bila ingat, huhu.  Sakit gigi ngan sakit kepala sebab masalah ni dah biasa dah la.  Rasanya sebab gigi tu da haus sebab bergeser selalu.  Lepas tu, dentin pun terexpose (ye ye je aku ni), sebab tu sakit gigi yang melarat ke kepala.  Dah search dah, supposely kena pakai mouthguard.  Rupa die lebih kurang macam ni la;

~benda yang transparent tu la mouthguard~

Tapi, mouthguard ni macam tak practical sangat bagi aku.  I mean, tidur dengan benda alah ni dalam mulut?  Comfirm ke aku takkan tertelan?  Dengar kata kalau nak lagi fit boleh custom made, tapi, mesti mahal.  Lagi pun, aku termasuk dalam golongan orang yang takut dengan dentist, hehe.  Ada lagi 1 solution untuk masalah ni.  Disebabkan salah satu punca bruxism ni stress, so solution die kenalah reduce stress tu.  Kalau teruk sangat kena jumpa psychologist.  Apekah, macam scary la pulak.  -_-"

Secondly, bruxism dan pihak yang “mendengar”.  Yang ni tak payah panjang lebar la.  Memang irritating sangat-sangat.  Aku yang mendengar pun sakit jiwa.

~tutup telinga pun dengar jugak, huhu~

Oleh sebab bunyi ini sangat irritating, aku tak suka tidur dengan orang sangat sebab nanti orang tu pun tension sebab dapat dengar suara radio rosak malam-malam, huhu.  Risau sungguh kalau dah kawen nanti.  Sometimes rasa down pun ada jugak sebab benda ni.  Dulu-dulu rasa macam diri ni tak normal je.  Nak pergi camping ke, khemah ibadah kat sekolah pun rasa cam malas.  Kalau dah pergi tu rasa cam tak nak tidur je.

            Aku tak pernah duduk asrama.  First time jauh dari rumah pun time masuk cenfos.  Tapi, macam la jauh sangat kan, nak balik bila-bila pun boleh.  Nak balik call papa.  Kalau papa takleh atau taknak ambik, pandai-pandai naik komuter.  Hehe.  Selama ni pun tidur kat rumah, tak pun rumah che ma.  Paling-paling tidak, yang dengar bunyi tu adik dengan sepupu-sepupu aku.  Kalau diorang aku memang sangat-sangat tak kisah.  Dah immune kot diorang, sejak kecik lagi kitorang tidur sama-sama, so no hal la.  Kan ana?!

            Bila masuk cenfos, benda yang paling merisaukan pasal masalah tidur aku la.  Dapat pulak mahalah zainab.  Bilik kecik, katil dekat-dekat.  Time tu dalam hati, “bertahan la wahai roommate-ku,”

Malam pertama.  Diorang tak complain apa-apa lagi.  Begitu jugak dengan malam-malam seterusnya.  Aik?  Pelik-pelik.  Last-last tanya sendiri, “Korang tak dengar ke?”  Yang tak tahan sekali mai punya jawapan la;

            “Aku dengar tapi aku ingat bunyi tu dari luar bilik,”

            Adoi mai, katil kau sebelah aku je, takkan tak perasan aku sumber bunyi tu, haha.

            Sebenarnya aku ada banyak masalah berkaitan tidur.  Insomnia tak payah cakap la, tapi tu dulu masa muda remaja, sekarang da sembuh.  YEAY!  Lagi 1, masalah pernafasan.  Yang ni aku tak sure sangat sebab time tu tak sedar diri kan.  Tapi, memang sebelum tidur selalu sesak nafas sikit.  Time tu boleh lagi berimaginasi, terbayang alveoli tak boleh expand dengan contract dengan betul.  Comelnya alveoli dalam imaginasi aku, hehe.  Problem yang ni mai sorang je kot jadi saksi sebab tak de orang lain complain lagi kat aku.

~rupa alveoli yang sebenar (tak macam dalam imaginasi aku pun?)~

            Time kat cenfos dulu, cik mai ni memang tidur lambat (sekarang pun sama je).  Yang ni dia cerita kat aku esok paginya.  Dia dengar aku sesak nafas masa tidur.  Macam orang nak mati mai cakap.  (T_T)  .  Aku yang dengar pun takut giler.  Dah tu aku tanya dia buat apa.  Dia cakap dia takut tengok aku macam tu, die tutup muka pastu tidur.  Lawak pun ada, takut pun ada.  Tapi aku bangun macam biasa pagi tu, tak perasan apa-apa pun.

            Risau gak dengan masalah lelah ni.  Dah la aku tak pernah confirm dengan Dr.  Time malam konsert IKOD hari tu pun sama.  Tengah tengok konsert, rasa sesak lagi.  Kepala dah rasa berpinar-pinar.  Kalau aku tunggu lama lagi kat konsert tu aku dah rebah kot.  Kesian wan ngan aimi kena balik awal sebab aku, nak balik sorang-sorang takut, nanti anjing kejar.  Sekarang wan alert sungguh dengan bunyi nafas aku.  Bila lain sikit mula la jelling-jeling, hehe.  Tapi takpe kot, aku naik bukit pelindung okay je, taman negara ngan gunung senyum pun dah~ hehe!

            Apa-apa pun, aku sangat tak suka jumpa Dr (tapi tak bermakna tak boleh kawen dengan Dr, ahaha~).  Kalau sakit-sakit kat rumah, mama ngan papa yang heret pergi klinik, dah besar panjang pun cam tu jugak.  Kalau kat cenfos dulu, sakit-sakit classmate aku yang ugut nak heret aku pergi klinik, hehe.  Jenuh aku dengar cik ros dan lain-lain membebel kat aku suh jumpa Dr pasal jari aku.  Lepas seminggu kena bebel baru pergi, tu pun sebab takut sendiri sebab dah bernanah. 

Pasal benda ni jugak la aku kena marah dengan lecturer bio lab aku (tak ingat nama, apa punya student la aku ni); dia marah gile aku tak makan buah dan sayur, sampai luka tu dah sebulan pun tak sembuh lagi.  Malu kot, depan luqman ngan syahir time tu (rasa diorang tak ingat pun).

Dah panjang dah aku membebel, siap terkeluar topic lagi, mesti korang bosan, huhu.  Untuk mengakhiri entry ni, aku nak tulis surat cinta kat bakal suami aku (kalau dia baca);

            “Awak, ingatkan saya, make sure saya bagi 1 kotak besar earplug sebagai hantaran kat awak.  Ingat tau, karang awak tak boleh tidur, jangan salahkan saya pulak.  Kalau tak tau earplug tu macamana sila refer gambar di bawah, terima kasih.”

~macam gula-gula dequadin pun ada~

Comments

  1. slm,
    ak...pakai benda tu kot. isk. xsuke.

    ReplyDelete
  2. ingat ape tadi tentang gigi..

    rupenye ttg bruxism.. br tau name dia bruxism rupenya.. walaupun sengaja quench ea?

    wahai kimi, berbahagialah..sbb ko atara 1 dalam 1000...~ hu hu hu.

    kahwin nanti, baru bunyi tu stop. hehe.

    ReplyDelete
  3. fatin; erk, nape ko pakai??

    huda; haha, xtau nk letak tajuk apa sebenarnye, hehe

    ReplyDelete
  4. hbs la ble doc tk bertauliah berkata2...pe pun tahniah kimi...hahaha

    ReplyDelete
  5. hahaha. ana baru baca blog jati. from now on, i'll be your regular reader! ooo..macam2 post pasal kitorg yo.. haha. jati dulu bunyi gigi masa tdo. sampai ana pun jangkit dah, tau x? sakit tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...