Skip to main content

Review Status facebook, hehe


Bismillah, Assalamualaikum.

Huh, rasa macam dah lama tak membebel kat sini pulak, eh kejap, bukan baru minggu lepas ke?  Hurm, apa-apa la.  Tadi “berjalan-jalan” kat facebook, ternampak hani punya “My Status of 2010”.  Apa lagi, tangan aku pun gatal la nak buat sekali, nak jugak tengok apa yang aku merepek sepanjang tahun ni kat wall aku tu.  Okay, dah buat.  Erk, banyaknya!  Tak sangka!  Hee~

Bila baca balik, macam lawak je, especially time awal-awal tahun masa kitorang sibuk ngan EAP, macam-macam aku tulis pasal EAP.  Aku letak sikit ar, nak baca ke tak nak, ikut suke korang.

“EAP oh EAP, malam ni pergi KOS lagi,”

Kitorang punya kelas EAP waktu malam.  Sudah la 3 jam, kat KOS pulak tu.  Tapi, takde la exactly 3 jam kelas, ikut ketahanan mental dan fizikal madam jugak.  Tapi, penat-penat kelas siang hari semua hilang sebab madam yati punya celoteh ngan kerenah sangat lawak, memang tak kering gusi la, hilang ngantuk!  Kelas malam pun cam best je walaupun kat KOS.  Yelah, bila lagi korang boleh jalan tengah-tengah jalan tar tuh.  Jangankan kereta, orang pun takde, monyet toksah tanya ar, dia pun nak tidur jugak; korang nak golek-golek atas jalan pun tak de orang nak marah, haha.


“Brand Name:   EAP
Generic Name:   English for Academic Purpose
Content:   Term Paper, Mid Sem and Final exam
Indication:   Graduates from IIUM
Dosage:  1 whole semester
Administration:  READING a lot!
Special precaution:  Avoid prolong taking, tekanan mental yang kritikal
Adverse Reaction:  Sleepy, Hypertension, mental disorder, panda eyes, mengigau
Drug Interaction:   Physical pharmacy, microbiology, biochemistry, pharm analysis”
 
Erk!!  Okay, aku rasa aku tengah mental breakdown kot time buat status ni, hehe.  Rasanya panjang lagi aku buat sebenarnya, sebijik cam dalam MIMS tu, tapi dah exceed jumlah huruf, hehe.  Hurm, on second thought, patutnya generic name tu aku letak course code la.  Apa-apa la, benda dah jadi sejarah dah pun.

“cara baru release tension, main buih sabun malam-malam, cantik seh~”

Ha!  Alkisahnya masa 1st year dulu, pergi pasar malam tapi tak tahu nak beli apa.  Alih-alih, aku beli buih sabun pulak  -_-“  Tapi best tiup, sekali tiup mesti nak tiup lagi, ahaha~  Benda ni aku main time tension je.  Malam-malam tutup lampu, bukak tingkap luas-luas, duduk atas meja, pastu main buih sabun sorang-sorang macam orang putus cinta, hehe.  So, orang-orang yang bilik dia bawah aku sila take note la ye, karang tak pasal-pasal kata ada paranormal acivity, buih turun dari langit, hehe.

“Human is a thinking animal and walking vegetables, hee~”

Siapa ingat phrase ni angkat tangan!  Malas nak elaborate lebih-lebih yang ni.

“Kenapa korang suka tukar status sekarang?  Siap berjangkit-jangkit tak tahan tu,”

Okay, awal tahun kot.  Entah mana datang angin ngan ribut, ramai orang tukar status facebook dari single ke macam-macam.  Married la, in a relationship la, widowed pun ada.  Haish, berjangkit pulak tu, musykil aku seketika.

“Sleep is a symptom of caffeine deficiency,”

Okay, kenapa aku tulis macam ni?  Aku rasa aku dah “ter”overdose caffeine pun tidur nyenyak kadang-kadang.

“dah berapa zaman tak pegang baby, pegang2 menangis, haih~”

Aku dah lama tak pegang baby.  Tengok baby tu lain kira la, ni pegang atau pangku atau dukung.  Aku pun tak perasan sampai cik ma bagi satu baby ni kat aku sementara dia bersiap.  Erk!  Kekok sangat.  Dari time cik ma bagi, sampai time cik ma ambik balik sebab baby tu dah meraung, aku static je, tak bergerak-gerak.  Aku ingat aku yang salah, kot la aku pegang keras sangat ke, rupanya baby tu hanya takkan menangis kalau perempuan yang pegang tu pakai tudung labuh.  Pulak dah…

“Terima kasih kepada adik saya, Hanif Kamal yang baru balik fieldwork selama seminggu dan membawa pulang hadiah “baju untuk dibasuh” 1 beg.  Jumaat ni papa pulak balik fieldwork membawa balik hadiah “baju untuk dibasuh” 1 beg.  T_T.”

Haha.  Kalau korang perempuan, dan lelaki-lelaki keluarga korang semua geologist atau geologist-to-be, korang akan paham maksud status aku ni.

“Semenjak masuk UIA nih, BM makin berkarat, nak eja masalah pun jadi masalah.  Boleh plak, berdebat kata eja masalah tu camni, “masaalah”,”

Okay, yang ni memang masalah besar ni.  Imagine korang dah ada anak nanti, macamana nak ajar diorang bahasa melayu (buat karangan, tatabahasa dan lain-lain), haru ni.

“dulu-dulu; senang nak nangis, tapi susah nak senyum.
Sekarang; susah nak nangis, tapi senang nak senyum.
Dua-dua pun tak bagus,”

Dulu-dulu!  Aku suka nangis.  Kalau balik rumah mek kat jelawat, title “ratu air mata” tu memang milik aku la tu.  Dah sekolah rendah pun tak reti-reti nak berenti nangis.  Memang tak padan dengan status anak sulung time tu, tapi boleh dimaafkan kot sebab aku sorang je anak perempuan time tu, hoho.  Sekarang, dah keras sikit, susah nak nangis.  Tapi sekali dah nangis, susah nak berenti, dah tak kisah aku nangis depan orang ramai, lantak la.
Okay, ngam-ngam sepuluh aku letak, hehe.  Cukup ar tu, korang pun bosan nak baca dah.  Tiba-tiba teringat, dah lama tak call rumah, SMS je ngan papa ngan mama.  Malas nak call dengan suara macam ni, tak pasal-pasal kena lecture.  Dah la sakit, makan ubat liat, kalah budak kecik.

Haha, cakap pasal ubat.  Aku start makan ubat pill atau tablet sejak…. Darjah 1 kot?  Time tu, aku batuk (erk, sekarang ni tengah batuk gak).  Teruk la kot sampai mama ngan papa bawak pergi klinik.  Dr bagi ubat.  Ubat liquid la sebab aku kecik lagi.  Balik rumah, kena suap minum.  Okay, serius tak sedap.  So aku pun berdehem-dehem nak hilangkan rasa tu.  Maybe aku terguna banyak force time berdehem, jadinya muntah darah.  -_-“  Mama ngan papa terus bawak pergi klinik balik.  Last-last Dr tu “give up”, suruh aku try tablet.

Lalala~  Kan time tu budak, tablet kena potong-potong, pun tak best, sebab ada edge yang tajam hasil kesan potong.  So aku tak nak makan jugak ubat.  Tapi mama paksa jugak.  So aku buat kerja “jahat”.  Aku campak ubat-ubat tu bawak sofa.  So setiap kali aku sakit dan kena makan ubat, itulah yang aku buat.  Nak dijadikan cerita, lepas bertahun, papa nak buang sofa tu.  Bila angkat je…..  Erk, paham-paham je la ye, hehe.



Comments

  1. part ni best. Brand name: EAP
    Special Precaution: tekanan mental yang kritikal. haha.. very interesting ooo..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...