Skip to main content

Zoo Negara + Air Crash Investigation!


Bismillah, Assalamualaikum.

Akhirnya!  Setelah begitu lama, hasrat kami ke Zoo Negara bakal tercapai!  Woohoo~  Ceh, macam la tak pernah pergi kan.  Tapi, last time pergi macam time tadika kot?  Ingatan kat zoo negara pun tak ada except part menangis-nangis tak mahu naik gajah, padahal sebelum tu diri sendiri yang gedik merengek-rengek kat papa sebab nak naik, haha.

Anyway, sebenarnya dah sangat lama planning nak pergi zoo.  But then, masalah paling besar sudah semestinya transport sebab ni projek budak-budak.  Haish, alih-alih melencong ke tempat lain macam petrosains, aquaria dan cosmoworld.  Aus la ni tak nak bawak kitorang, huhu.  So, dari menunggu bulan jatuh ke riba, punya la kitorang (dengan ana je, yang lain macam tak concern je) semangat tengok-tengok public transport yang available.

Minggu ni, setelah bertahun (ceh, exaggerate gile), akhirnya bulan telah jatuh ke riba, ahaha~  cik ma ngan abah nak hantar, and then diorang pergi tengok iddin dekat kuala kubu bharu, pastu kutip kitorang balik.  Phew!  Selesai 1 masalah.  Okay, sekarang kena check cuaca dekat jabatan meteorology pulak.  Yelah, sekarang ni hujan tak menentu, buatnya hujan ribut KL tu macamana.  Okay, dah check.  KL dijangka mendung waktu pagi dan hujan beserta rebut petir waktu petang sabtu ni.

Betul je tidak tu Wallahualam la, tapi baik kita sediakan payung sebelum hujan walaupun aku takkan bawak payung pun, tak kuasa nak menyumbat, kalau payung-payung kat rumah ni kecik takpe.  So, bawak je Tupperware atau beg plastic untuk letak kamera ngan handphone.  Weh, jangan gelak-gelak ar, serius aku letak kamera aku dalam Tupperware kalau travel jalan kaki (kan dalam zoo tu open air).  Semua ni ajaran papa ar, hehe.  Sebabnya, kalau hujan tak kena.  Kalau tercampak beg atau terhempas atau terhimpit, kamera tu selamat dalam Tupperware tu.  Kalau aku bawak laptop pulak, balut dengan beg plastic berlapis-lapis, hehe.


Okay, cerita pasal zoo negara tolak tepi, nanti dah pergi baru boleh cerita lebih-lebih.  Tadi, baru habis tengok 2 episod Air Crash Investigation Season 1.  Untuk yang tak mengetahui, ini adalah dokumentari (nat geo punya).  Basically dia akan recreate accident tu, pastu explain pasal siasatan dan outcome nya.  Tinggal season 7 lagi yang tak download.  Semangat gila aku, cerita korea pun aku tak pernah-pernah download kot.  Aku sangat la emo masa tengok, huhu.  Tiba-tiba je rasa kagum dekat pilot, steward, stewardess, terasa nak buat tabik hormat kat diorang yang terlibat ni.  Well, bukan dekat diorang punya kostum, tapi peranan diorang dalam situasi macam ni.

Aku nak share episode 2 season 1.  Nak baca sila, kalau taknak tak payah, huu~

~Sumber gambar adalah dari sini

[24/02/1989]

United Airlines Flight 811 sepatutnya bertolak dari Honolulu International Airport, Hawaii ke Auckland, New Zealand pukul 2 pagi (kalau tak silap).  Total passenger dengan crew adalah 300 lebih.  Luggage pun penuh.  Minyak pun memang fully loaded la sebab duration penerbangan ni dalam 8 jam.  So, flight 811 ni tersangatlah berat.  Kebetulan, malam tu cuaca buruk, so flight kena delay.  Lepas 2 jam, diorang teruskan jugak penerbangan sebab nanti off-scheduled.

Lepas beberapa lama pintu kargo terbuka dan kemudian tercabut.  Masa kejadian, bukan setakat pintu tercabut, dinding kapal terbang yang berdekatan dengan ruang kargo pun tercabut jugak.  So, paham-paham je la kan, bayangkan camni je, kapal terbang tu ada lubang kat sebelah kanan.  Sila rujuk gambar kat bawah ni kalau tak leh imagine jugak.

 ~Ini le lubang yang maksudkan.  Gambar diambil dari sini

~Pemandangan dari dalam, yang bulat-bulat tu engin 4 ngan 3, gambar diambil dari sini~

Nasib baiklah, pilot tu memang dah suruh semua passenger pasang seat belt, kalau tak, confirm terbang habis semua orang, nauzubillah!  Memang semua barang yang tak diikat atau properly secure akan terbang keluar.  Dekat altitude yang tinggi, nak bernafas memang susah, tapi diorang tak leh pakai oxygen mask sebab oxygen supply system rosak time accident tu.  Ada dalam 9 atau 10 yang jadi korban sebab dinding tu tercabut (seat diorang dekat situ).  Possibility nak jumpa mayat tu tipis sebab laut.  Sila refer peta, Hawaii dengan New Zealand kan negara pulau.

Untuk menerukkan lagi keadaan yang dah memang teruk, bahagian kapal terbang yang tercabut tu sempat berlanggar dan kemudian merosakkan engine no3 (ada 4 engin).  So, pilot, co-pilot dengan flight engineer buang minyak untuk bagi ringan sikit.  Tambah haru, engine no4 pulak terbakar.  Kapal terbang ni berat, kalau engine no4 malfunction jugak, memang confirm jatuh flat ke laut.  Pilot memang push habis suruh engine no 4 ni berfungsi.  Oh, lupa nak mention, masa problem start, diorang buat u-turn balik ke Honolulu.

Lalala, banyak la benda jadi, tak kuasa nak cerita detail, huhu.  Apa-apa pun, mereka selamat mendarat.  Further investigation reveals, design pintu kargo tu penyebabnya.  Malas nak elaborate panjang-panjang.  Ada statement ni yang aku rasa menarik untuk dikongsi,

“And when it comes to economics or against your safety, they tend to go to economic rather than safety.”


Sekian.  Sorry kalau cara aku bercerita tak menarik, haha.

BTW, baru dapat tahu petang semalam sorang mak saudara (belah papa) aku dekat Kelantan kena stroke.  Aku tak ada details tapi tengah tak sedar diri lagi.  Mintak tolong doakan sekali.  Kesian sepupu aku, hujung minggu depan nak nikah dah.  Kitorang tak boleh nak buat apa sebab papa ada ekspedisi kat sabah dan tak boleh dihubungi, dah seminggu lebih dah.  Ahad ni baru keluar hutan, so takleh inform lagi.  Haish… Papa patut beli telefon satelit sebijik kalau masuk hutan untuk kegunaan dalam hutan.

Comments

  1. jangan lupa amek gambar ngan cik 'Bab'...hehe

    ReplyDelete
  2. balik dari zoo ana kebas badan dok behimpit dlm kreta. huuu..

    ReplyDelete
  3. aus; terima kasih, kitorang berhujan tapi x basah pun, ahaha.

    bukhari; bab? babun? hehe

    ana; haha, nasib baik jati dok ngan anih ngan upik kat belakang, ngahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...