Bismillah, Assalamualaikum.
Bangun pagi dengan sangat tak rela! Lengan kanan still sakit. Hari rabu tu dah angkat dumbbell 5kg time lab, pastu sambung pulak angkat kotak air mineral yang 1.5L tu sampai tingkat 4. Mana tak sakit kan? Mandi, solat, siap-siap semua dah pukul 7 lebih. Bas nak ke Balok tu pukul 7.30a.m. (mengikut information yang kitorang dapat). Dah siap pakai kasut, tiba-tiba sakit kat belakang. Serius sakit! Tau kan sakit kepala yang berdenyut tu macamana? Macam tu la yang aku rasa, Cuma sakit tu lebih sikit sebab mencucuk-cucuk jugak. Ingat nak tahan, tapi bila interval sakit tu macam dalam 30 saat je (macam nak beranak je siap ada interval nih -_-"), dan bila datang sakitnya sampai tegak tulang belakang aku. Masa ni sakit lengan kanan tu macam dah tak rasa dah -_-“.
Masuk bilik balik, sapu minyak yang ada. Tak lega pun. Maybe effect dia ambil masa kot? Pergi bilik tipah sebab nak pergi KOP sekali ngan diorang. Urgh! Tak tahan. Sakit sangat ni. Minta kak syikin sapu minyak panas pulak kat belakang. Okay sikit, sakit still ada tapi boleh tahan tanpa perlu nangis-nangis. Pergi KOP. Sakit ada tapi bearable. Masa kak syikin sapu tu, aku perasan yang sakit tu dekat 1 kawasan je (kecik), macam bukan muscle je, duh! Malas nak fikir. Sampi KOP, sambil-sambil tunggu bas, tengok gelagat rx9, teringat balik time batch kitorang punya pharmily day. Punyalah semangat nak tanam pokok, sudahnya, pokok-pokok yang ditanam tu ibarat hidup segan mati tak mahu.
Okay, back to THIS pharmily day. Bertolak dari KOP pukul 8.39 pagi. Cuaca memang cantik la, tak macam pharmily day kitorang yang dulu, hujan macam biskut chipsmore, kejap hujan, kejap tak hujan, time tu sampai plan C kena fikir, hehe. Hari ni cuaca panas dan berangin. Confirm burn muka aku. Sampai je balok, teringat memori silam~ Pergh, tak boleh blah betul ayat! Tapi kalau ikut perkiraan aku, last time aku sampai balok time pharmily day yang dulu. Memang ngam-ngam setahun datng sini balik, hehe. Dulu datang still first year, sekarang dah second year. Terasa diri ini tua pulak. “Macam biasa”, committee lagi ramai dari participant. Tapi, boleh faham kot kenapa tak ramai, sekarang kan CAMPRO tu tengah hangat, clash ngn banyak event kot? Ehem, kena bersangka baik ni, hehe.
Owh, untuk mereka yang tak tahu, Pharmily Day ni dah jadi tradisi KOP. Organizer dia wajib budak first year.
Walaupun tak ramai yang datang, tapi suasana still rasa meriah sebab rx9 ni happy go lucky, semua benda jadi havoc dibuat diorang. Sampai-sampai, breakfast, briefing dan sebelum start game, buat aerobic dulu. Lawak pulak tu step dia. Bila last time aku gelak sampai tak ingat dunia? Sampai sakit belakang tu hilang kot. Dah habis aerobic, bergerak ke tempat game ikut kumpulan. Oh, kumpulan aku sangat best la, budak-budak ni jenis yang boleh masuk je ngan siapa-siapa pun. Cuma 1 je masalahnya, aku dengan najwa (sister, bro aku tak campur) je yang bukan rx9. Rx9 tu dah la committee, kebanyakkan diorang committee game, so sah-sah la diorang takleh main. -_-“. Jadinya, tak cukup orang selalu la time sukaneka tu.
Sukaneka. Best. Macam biasa, gelak je kerjanya. Cuma masa brick walking (bukan walking brick ye), aku jatuh. Erk, lawak, takde rasa malu pulak eventhough jatuh depan-depan brother. Nasib baik timi dengan sorang lagi yang aku tak ingat nama sempat pegang aku, kalau tak, impact jatuh tu lagi kuat. Dah la jatuh ke belakang (hilang keseimbangan), makin berganda-ganda sakit belakang tu dibuatnya. Elok-elok aku menjerit-jerit time sukaneka tu, jadi senyap sikit.
Habis sukaneka dalam pukul 12 tengahari. Pergi serbu pakcik aiskrim! Pastu makan ais krim sambil “karaoke” kat pentas. Tengah makan aiskrim, tiba-tiba berkumandang lagu IIUM, ehehe. Kitorang pun berdiri ikut menyanyi. Dah duduk tepi speaker kan, melalak la kuat mana pun, takdenye orang nak dengar. Time tengah makan aiskrim, sakit tu datang balik. Sakit yang ni memang sentap la, berjangkit ke depan. Ibaratnya, ada orang tusuk korang dengan pedang dari belakang. Mula-mula sakit kat belakang, sekarang dah menjalar ke depan. Maybe sebab sakit ni kat depan, hampir nak menangis jugak la. Okay, ignore je, lari-lari ikut diorang main buai. Nafas dah tak betul. Haish, macam tak boleh je nak main fear factor petang ni.... Tapi nak main jugak, kesian dengan budak-budak ni.
Lunch. Tiba-tiba semua nak balik. Aku macam tak nak balik, tapi, on second thought, larat ke aku nak main sampai petang dengan keadaan aku macam ni? Masa diorang sibuk dok bincang-bincang nak bahagi orang naik kereta, aku dok sibuk fikir kenapa sakit belakang tu macam tu sekali? Terbayang anatomy kejap, aku ada terbayang 1 teori, tapi tertakut sendiri, nak nangis balik (Owh, sila ignore kalau nampak aku nangis, aku memang suka nangis-nangis ni). Baik tak payah fikir, makin fikir makin sakit kepala. Masalah pulak karang kalau sakit kepala malam ni, terlentok aku kat KOP karang.
Bila hari dah beranjak ke petang, sakit belakang dah hilang. Tapi aku macam fobia. Bila terfikir je sakit tu, rasa macam nak menangis. Agaknya, kalau datang balik meraung kot. Sekarang dah pukul 6 petang. Sakit belakang dah hilang, tapi sakit kepala tak hilang-hilang lagi, sudahnya, hari ni aku penat menahan sakit je. Malam ni pulak ada Ladies Cultural Night, betul ke nama event ni, tak sure pulak. Jadi committee tiba-tiba. Erk, datang pun sebab orang mintak ambik gambar. Datang-datang siap ada nametag pulak, baju yang aku pakai tu dah memang out-of-theme, hehe. Kalau tak jadi photographer pun aku datang jugak, jadi mak andam belakang tabir, hehe.
Time dekat KOP tadi melayang lagi duit beli buku. Aku adalah orang yang lagi rela guna RM100 untuk beli buku dari beli baju, jadi, sila jangan bawak aku pergi kedai buku sebab memang confirm aku habiskan duit kat situ. -_-“ Duduk kat kedai buku tu macam heaven bagi aku. Terasa rindu pulak dengan MPH 2 tingkat kat one utama tu!
Owh, cukup la aku membebel setakat ini. Apa la yang aku merepek kat atas ni, ini la yang jadi kalau buat entry bila mental dan fizikal dah tak betul. Yang pasal sakit-sakit tu, tak de pape kot. Think positive!
P/S: Takde gambar-gambar aih, malas nak transfer, hehe.
Comments
Post a Comment