Skip to main content

Pilot Plan(t?) Visit!


Bismillah, Assalamualaikum.

[04/01/10]

Pagi ni bangun agak lambat, pukul 6.30 macam tu, huhu.  Habis semua plan jadi kelam-kabut.  Patutnya sempat nak charge bateri kamera, jadi tak sempat pulak, haish…  Breakfast pun tak sempat.  Sempat telan air mineral je.  Siap-siap pergi kelas, charger bateri tu aku bawak sekali sebab nak charge kat kelas, hehe.  Pastu hari ni pakai seluar sebab nak pergi pilot plan (nanti kat bawah aku cerita ye), semua macam pelik je tengok.  Kak sa siap main tarik-tarik seluar aku lagi tadi, hehe.  Owh, mari kita pergi ke cerita asal entry ni, “visit to Pilot Plan”.

Untuk siapa-siapa yang ambik PHM2292 atau nama glamour nya Industrial Pharmacy and Regulation, mesti kena pergi melawat Pilot Plan.  Err…  Sebelum aku story lebih-lebih, ada benda yang buat aku terfikir, actually tak lah penting sangat pun kan…  Sebenarnya aku sangat confuse dengan nama benda alah ni, pilot plan ke pilot plant?  Sebab kat list nama tulis pilot plant, dekat office die yang kat depan lif tu pulak tulis pilot plan, lepas tu dah masuk, ada organization chart dalam tu, tulis pilot plant pulak.  Okay, yang organization chart tu aku tak berapa sure sangat sebab tengah blurr time tu (sebab semua orang transform jadi angkasawan, hehe, tapi aku rasa pilot plant, sila betulkan kalau aku salah, terima kasih).

Okay!  Back to pilot plan (aku ikut yang kat depan office le, yang tu macam meyakinkan sikit).


Tempat ni tak boleh la nak sumbat berpuluh-puluh orang sekali visit, so setiap kali visit, ada la dalam 10 orang.  Masa pulak buat lunch hour.  Haish, lemah sikit la part ni, tapi macam la tak biasa skip lunch kan, hehe.  Arahan dari cik CR (class rep), arina (dia lagi suka arina, apa nak buat -_-“), tunggu depan lif tingkat 1.  Hurm….  Ada apa kat situ?  Terus-terang aku tak habis explore lagi KOP ni.  Agak sengal la kan memandangkan aku dah dekat 2 tahun kat sini, nak pergi lab pun boleh sesat, haish…..  Tapi rasanya ada orang ambik kot.  Dr Mohamad kot, sebab 1st group cakap Dr yang explain semua-semua tu.

Pukul 12.20pm kot?  Tak ingat la exact time pukul berapa tapi sebelum 12.30 la sebab Prof Tariq punya kelas habis awal sikit hari ni.  Kitorang semua pun pergi naik lif pergi tingkat 1.  Pintu lif bukak.  Dr Mohamad keluar lif pastu pergi mana entah, café kot, takpun admin.  Kitorang agak tertanya-tanya, ada ke tak visit?  Gasak ar, naik je.  Depan lif tu, ada sister dah tunggu.  Dia pun lead kitorang.  Eeh!!  Tepi lif ni je ke tempat die?  Kenapa aku tak tahu-menahu?!  Selama ni punyalah aku dok fikir kenapa KOP ni besar sangat, nak kata lab, takkan lah, rupanya ada kilang kecik kat belakang tu, haha.  Teruk kan aku?  Budak 1st year pun tahu banyak dari aku.

Sebelum nak masuk, kena tukar baju kat changing room, pastu baru boleh masuk kilang tu.  Untuk siapa-siapa yang tak ambik industry, benda ni lebih kurang macam kita punya visit kat HTAA.  Alah, yang pasal sterile-sterile tu.  Sebelum nak masuk sterile room tu kan kena masuk changing room dulu.  Sama jugak la konsepnya kat sini.  Nak pakai “baju angkasawan” tu sangat la leceh, huhu.  Tak boleh kena lantai masa pakai.  Cakap senang, susah tau nak pakai jangan bagi kena lantai masa pakai.  Haha, kalau korang nak tengok baju angkasawan ni macamana, jap lagi aku letak gambar.

Dah masuk.  Dr Mohamad takde pun, ada sorang bro ni yang explain.  Mula-mula dia cerita pasal organization chart.  Err… bagi aku part ni tak berapa menarik sebab aku lagi excited nak tengok mesin, hehe.  Okay, kalau ikut pemahaman aku.  Tempat ni ada 2 tingkat (kot?).  Tingkat bawah ni tempat production macam milling, mixing dan sebagainya.  Tingkat atas pulak lebih kepada packaging.  Best.  Tapi kalau tengok mesin yang tak belajar lagi tu tak best, huhu.  Kalau macam Tumbler mixer; V-shaped ni aku paham la (sila refer gambar di bawah).


Hurm, ada banyak lagi mesin yang aku tak kenal.  Function tau pun sebab bro tu explain, hehe.  So, aku letak je dulu gambar, mana tahu nanti dah belajar kan.  Honestly, aku sangat tension tengok mesin-mesin yang aku tak tahu macam mana dia berfungsi.  Sakit otak rasanya.  Bila nak belajar ni!






Habis tingkat bawah, naik tingkat atas pulak.  Seksanya naik tangga dengan sut angkasawan ni -_-“.  Kasut takde saiz ye, semua saiz standard which is saiz lelaki.  Saiz kasut aku biasanya 6.  Saiz kasut angkasawan ni pulak macam saiz 11 je rasa.  Naik tangga tu memang bertatih-tatih la, hehe.  Sampai atas dengan selamat.  Phew!

Mesin 1st yang kitorang tengok tu untuk blister packaging.  Walaupun tak belajar, tapi sebab casing dia transparent, kau boleh buat-buat paham je, hehe.  Meh sini aku explain sikit cara mesin ni berfungsi.

Ehem!  Mula-mula, plastic yang transparent tu akan di punch jadi bentuk capsule atau tablet yang kita nak.  Hurm, patut kat roller tu nampak plastic tu, tapi sebab aku pakai flash, so tak nampak.  Buat-buat nampak je la, hehe.


Okay, dah shaping.  Kat bahagian ni pulak plastic ni akan di”lekat” dengan benda alah yang warna macam besi tu (OH! Explaination aku sangat tak saintifik!).  Eh, tapi before tu, mesti la capsule atau tablet tu dah ada.  Part tu aku tak ambik gambar.


Part ni pulak, dia macam potong, eh, tak la potong, tapi effectnya nanti senang nak potong, hehe, mende aku merepek ni?  Mungkin korang akan lebih paham bila tengok gambar kat bawah ni.


Dan blister packaging pun siap!!!!

Bilik terakhir yang kitorang masuk tu aku tak take note sangat mesin tu untuk apa.  Ada 3, tapi aku ingat 2 je, counting ngan capping, lagi 1 lupa dah, hehe, tu la, sibuk ambik gambar sangat.  (Gambar tak upload sebab tenet slow~ lain kali kalau laju aku upload, padahal gambar bilik ni yang paling lawa, huhu)

Maka, berakhirlah sudah kitorang punya visit ke pilot plan~  Menarik.  Tapi part report tu…. (sila habiskan ayat ni dengan kreativiti masing-masing, ayat paling best aku bagi black coffee 1 cawan, banyak polyphenol tu!~ hehe).

PS:  COngrates kepada player Rx8 yang telah bersungguh-sungguh main.  Kalah takpe, semangat kesukanan tu yang penting.  Ehem, gambar-gambar korang tu….  Aku malas nak upload sebenarnya, kalau nak, mintak personally ye.  Jangan risau, aku tak makan orang, tapi gigit tu mungkin la.  Oh, aku nak letak 1 keping ni je yang aku suka.  Untuk mengelakkan kontroversi, baik aku explain awal-awal.  Aku suka art of the photo je, ulang suara, ART OF THE PHOTO.  Harap maklum~


PSS:  FYI, Mak Cik aku yang masuk hospital 4 minggu lepas meninggal awal pagi semalam.  Sedekahkan lah al-fatihah.  Sedih la jugak.  Sebab aku jarang-jarang balik Kelantan.  Setahun tu berapa kali je kot.  Setiap kali balik, walaupun aku tak la rapat sangat, mak cik aku yang ni la yang selalu cium-cium aku (especially masa kecik).  Dia suka aku ambik gambar dia ngan kucing-kucing dia time raya dulu….

Comments

  1. kimi yg comel!nak copy gambo machines kat atas ni bule?;-)

    ReplyDelete
  2. owh, sila-sila, layan diri sendiri, hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...