Bismillah, Assalamualaikum.
Hari sabtu (29 Januari 2010) lepas, sepupu aku kahwin. Eh, bukan, dia nikah malam 28 tu, majlis belah perempuannya SEPANJANG HARI 29 haribulan tu. Tapi, aku tak tengok yang nikah tu sebab time tu masih di Kuantan, takdenya papa nak straight drive balik Kota Bharu hari jumaat tu, sampai Kuantan je dah pukul 5 lebih. Hah! Alang-alang aku dah terbabas kat part ni, nak jugak cakap. Jumaat tu, jalan kat Kuantan sesak gila! Memang kalah KL kalau macam ni, dari UIA ke hotel berkenaan je dah sejam lebih -_-“. Okay, nak cakap tu je, hehe, mari balik semula ke cerita asal.
Hari sabtu tu, bertolak balik KB. Sampai rumah che (nenek), rehat kejap, pergi pasir mas pulak. Pastu duduk rumah che ani (mak saudara) sampai la maghrib. Sambil-sambil tu, tengok la gambar-gambar nikah kakak ngan imran semalam. Oh, sesungguhnya aku sangat suka! Pengantin pakai putih, watak-watak lain (rombongan lelaki je) semua pakai set hitam. Okay, maybe bagi sesetengah orang agak scarry memandangkan majlis nikahnya waktu malam, tapi I suka~ Tapi suka senyap-senyap sudah, kalau cakap ngan mama nak buat macam ni confirm kena ketuk kepala. Hurm, kalau pengantin pakai hitam, orang lain pakai putih? Ok tak?
~Gambar cilok dari FB che are, yang ni time majlis sabtu, sebab tu biru, hehe~
Malamnya tu, balik ke KB dari rumah che ani “awal” pun sebab lelaki-lelaki keluarga aku yakni papa, anih ngan upik nak tengok piala Sumbangsih. Kelantan vs Selangor. Mana aku nak sokong? Aku orang kelantan (eventhough orang tak percaya bila aku cakap aku kelantanese, hehe), tapi aku pun orang selangor jugak (orang memang confirm percaya bila aku cakap aku selangorean!). So, aku atas pagar la, tak tengok pun, lepas mandi terus pengsan, sedar-sedar balik, kelantan dah menang, hehe. Sambung tidur sampai pagi esok. Ahad tu pergi pasir mas balik. Duduk rumah che ani sampai tengahari. Tengok gambar semalam balik, ehehe. Gambar majlis hari sabtu tu tengok facebook sudah, ramai dok mengupload gambo!
Habis melepak rumah che ani, pergi rumah pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku yang lain pulak kat pasir mas ni. Adik-beradik ayah aku ada 8. Daripada 8 ni, 5 orang duduk area pasir mas. So, nak habiskan semua rumah memang sehari suntuk la. Tak kira yang kat KB ngan bachok lagi ni. Oleh sebab itu, sepanjang 22 tahun aku hidup, aku tak pernah “melancong” kat kelantan. Papa pun tak nak masuk bandar sebab trafik sesak sangat. Sebenarnya boleh je merayau sendiri naik bas ke, jalan kaki ke sebab rumah che tu kira dekat dalam KB gak ar (at least bagi pendapat aku, rumah che belakang wad sakit mental HRPZ tu), tapi malas ar, baik aku duduk depan tv layan channel siam, hehe. So, sila jangan tanya aku pasal landmark kat kelantan, tak lulus!
Pasar besar Siti Khadijah? Kat mana pun aku tak tau, jejak kaki lagi la tak. KB Mall? Err, sejak mall tu bukak, boleh kira ngan jari je berapa kali aku pergi (sebelah tangan punya jari pun tak lepas nih!). Rantau Panjang? 2-3 kali je kot, last time pergi masa aku sekolah rendah kot, ke menengah rendah? Pengkalan Kubor? Haish, kat mana ae sebenarnya tempat ni? Dulu-dulu! Parents aku pernah pergi ngan makcik pakcik aku. Bila aku nak ikut, diorang kata tak boleh! So aku ingat, pengkalan kubur tu memang kubur yang real tu. Dan oleh sebab ada pengkalan kat depan, so ni kubur besar-besaran (tolong jangan gelak). Masa tu aku budak, so fikiran aku;
Kubur = tempat orang mati = TAKUT!
So,
Pengkalan Kubur = tempat BANYAK GILA orang mati = berganda-ganda TAKUT!
-_-“
Sengalnya. Dah besar baru aku tahu kenyataan bahawasanya pengkalan kubur tu tempat shopping, huhu.
Sekarang kat rumah, tengah list kerja rumah;
# Assignment Industry; pilot plant (okay, boleh goreng fakta, Cuma gambar letak nanti)
# Report pharmacognosy (erk, melukis secara saintifik, menci, huhu)
# Parenting (next week group kami present, mari belajar menjadi ibu bapa!)
# Poster Pharmacognosy (huh?!)
# Assignment Pharm Anal (terus aku jadi blank~)
PS: Gambar takde aih. Gambar kenduri kakak tu pun cilok dari fB che are. FYI, aku tertinggal external gambar aku kat mahalah. Ye, gambar-gambar tu semua tak leh letak dalam laptop, berat gila, 20GB ke atas, tu aku tak import gambar-gambar kat taman negara ngan gunung senyum dulu tu lagi (ana, jom buat proposal kat mama ngan che ma pulak, pegi taman negara lagi, taman negara mulu pulak, hehe). Owh, external tu “kecik” je, tak sampai pun 100GB, tu model zaman “batu”, time external HD baru wujud (papa bagi, antik tu, hehe).
PSS: Tengah taip entry ni sambil duduk tepi TV. Tiba-tiba distracted dengan babak family bergaduh menjerit-jerit. Aku toleh tengok, 1 family tengah bergaduh, tapi TV terpasang. Haish, drama melayu. Asal babak kat ruang tamu je, TV terpasang walaupun takde orang tengok (setakat yang aku perasan la).
PSSS: Apa nasib student Malaysia kat Mesir tuh? Huhu, terasa cam nak nangis pulak bila teringat kawan-kawan aku kat area sana especially 2 budak ni; capik ngan yunie, huhu.


Comments
Post a Comment