Skip to main content

Tablet hasil "titik peluh" kami!


Bismillah, Assalamualaikum.


Pernahkah anda fed up dengan kuiz yang bertimbun?
Pernahkah anda rasa muak dengan kuiz sampai dah tak kisah dah apa jadi dengan kuiz?
Pernah tak?

Owh, maybe aku je yang rasa macam tu, ngee~

Okay, sekadar nak melepas tension je tu, huhu.  Alkisahnya…

Sepatutnya hari ni ada kuiz industry.  Minggu depan ada kuiz GIT (isnin), kuiz physical pharm (rabu) dan kuiz pharmacognosy (jumaat).  Kemudian kuiz industry di anjak ke hari isnin.  So, kuiz week 11 dah ada 4.  Okay, takpe-takpe, boleh hidup lagi, cuma sesak nafas je, hehe.  Tiba-tiba semalam prof Noriah masuk kelas;

“we’ll fix the date for CVS quiz next week,”

Ouch!  Blurr sekejap.  Kuiz CVS selalu gabung dengan respiratory (kira cam set combo ar ni).  Eventhough dalam jadual depan kelas kata 1 kuiz je, tapi dalam jadual hidup aku 2 kuiz, cuma gabung jadi 1 paper je.  Okay, congak-congak balik.  Hurm, kiranya kuiz week 11 dah ada 6.  Erk.  Tak terkata weh.  Redha je la apa jadi pun….

Kemudian, masa lab industry semalam.  Sementara nak tunggu turn nak compress tablet, aku dengan nadh pergi bilik prof Noriah sebab nak beli buku Acid-Base Balance.  Alang-alang tu, prof cakap kuiz CVS buat isnin week 12.  Ini menjadikan jumlah kuiz terkumpul pada week 11 jadi 4 balik.  Alhamdulillah…  Hari ni pulak, mat cakap kuiz physical pharm anjak ke…..  Eeh, aku tak take note pulak, yang penting bukan week 11.  So, jadi 3 kuiz je.  Tapi, sebenarnya risau jugak anjak-anjak kuiz ni, karang dok bertimbun-timbun 1 minggu tu tak ke sakit kepala?  Kemudian, Dr ju cakap, nak buat kuiz nutra pulak.  Bila aku tak ingat walaupun aku menyalin je tadi.

Kesimpulannya, masa kuiz pun dah tak konsisten macam jadual kelas, haih, rasa cam malas nak follow…..  Tapi, insyaAllah, evertything happens for a reason.  Maybe ada hikmah disebalik anjakan paradigma kuiz ini.

Okay, sila jangan ambik serius apa yang aku bebel kat atas, tak penting pun, yang bawah ni penting dan menarik, tablet-in-the-making~

-------------------------------------------------

[Ini adalah entry sebenar, ehehe]

Semalam, kitorang telah menyambut “kelahiran” tablet-tablet.
Semalam jugak, kitorang telah menjahanamkan tablet-tablet itu yang telah menyebabkan “kematiannya”.
Sadis dowh, huhu.  Jap, nak cari eyemo. (titik kat mata).  Okay, sambung nangis, uhuhuhu~

17 February 2011

Benda yang best kalau ambik industry ialah dapat belajar dan tengok macamana ubat tu di buat.  Setakat visit pilot plant tengok mesin tu takdela nak teruja sangat, mesin tu tak bergerak, hehe.  Beberapa minggu yang lalu (macam lama gila je), kitorang dah prepare sampai granulation.  Owh, macamana nak explain buat mereka yang tidak tahu ni…  Hurm…  Okay, buat tablet ni macam memasak.  Bahan-bahannya, API (active pharmaceutical ingredient) dan excipient (binder dan segala-galanya la).  Korang campur-campur je, pastu compress powder jadi tablet.

Inilah rupa powder yang kitorang akan compress jadi tablet paracetamol, hehe.  Macam tepung nak buat kek je kan?


Ini pulak mesin untuk compress powder tu sampai jadi tablet (oh excitednya!).  Tapi berhabuk-habuk area ni sebab powder tu berterbangan, perit je rasa tekak ni.  Sila refer gambar di bawah untuk tengok rupa mesin dengan tablet yang “baru lahir”.  Serius cam baby baru lahir, tablet ni fragile gila.  Letak pressure sikit je dah hancur.  Maybe binder tak cukup?  Banyak jugak la yang terkorban masa proses ni, habis semua tangan group member kitorang letak untuk tadah tablet, haha.

~newborn tablet~

 ~accident, pastu hancur, huhu~

~handle with care~

Okay, cantik gila tablet-tablet tu, terharu I (still in wonder sebab first time tengok, lalala).  Okay, dah timbang-timbang semua, tibalah masa untuk quality control tests.

Lup Dup Lup Dup (debar weh, korang tak tau tablet ni dah kena banyak contaminant, hanya group member kami yang tahu, hehe).

Mula-mula, Friability test.  Kitorang guna mesin ni (rujuk gambar kat bawah ni).  Aku malas nak explain lebih-lebih pasal test ni, sila google kalau nak tahu.  Masa untuk test ni 4 minit, dan inilah 4 minit yang paling menyayat hati semalam (mengikut kata najwa).  Lawak je, konon macam tablet tu ada sentimental value, che wahhh!  Tablet-tablet tu jadi pecah-pecah lepas test tu, sebijik pun tak selamat, hehe.  Tak mencapai standard langsung.


Lepas tu kitorang buat dissolution test.  Dah habis test tu, ada banyak lagi tablet yang berlebihan.  Punyalah mat dok kira nak bagi sorang 5 bijik bawak balik, siap dah letak dalam zipper bag lagi.  Punyalah sayang kitoang ngan tablet tu kan, haha.

Nak dijadikan cerita, sementara mengemas barang, aku tak tahu apa yang merasuk kitorang, kitorang pergi menghancurkan tablet-tablet tu.  Erk?!  Di manakah sentimental value tadi tu?  Habis semua jadik powder balik.  Maka, berakhirlah riwayat tablet-tablet tu…..


-The End-

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...