Skip to main content

Tentang Pasir


Bismillah, Assalamualaikum.


~Blank Signboard; gambar curi dari google, huhu~

[4 Februari 2011]

Pagi tadi pergi Alamanda, dan Alamanda SANGAT KOSONG which is very rare!  Eh, takdela kosong betul-betul, tapi berapa kerat je manusia yang ke hulu ke hilir dalam tu.  Kagum sekejap, hehe.  Sebab tahun baru cina kot?

Okay, berbalik ke cerita asal, pasal signboard.  Tadi masa lalu jalan yang berliku-liku tepi hutan UKM tu, ada signboard kat bahagian kanan (aku dari arah UKM) yang berbunyi begini;

SLOW

Owh, okay, selekoh tajam (serius tajam!), logik la ada signboard “slow”.  But, on second thought, “Eh?  Slow?  Kenapa bukan PERLAHAN?”.  Tak habis fikir lagi, lebih kurang 5 meter dari signboard tadi, muncul balik;

SLOW

Hurm, sepanjang hayat hidup aku, belum lagi jumpa ni.  Lebih kurang 5 meter dari signboard tu pulak, muncul lagi yang ni, lagi haru;

SLOW LA!!!

Signboard yang ni betul-betul sebelum “pintu masuk” selekoh tu.  Nak tergelak pun ada, siap ada tanda seru tak tahan tu.  Ni siapa punya kerja la pergi letak signboard macam ni, dah la besar, dari arah dengkil pun ada.  Dari pengamatan aku, signboard ni bukan JKR letak, macam sendirian berhad je ni.  Dan ini memang terbukti benar, sebab sebelum nak “keluar” selekoh tajam tadi tu, ada 1 jalan simpang ke kanan (menghala ke tebing sungai), siap ada signboard;

AWAS.  Lori pasir keluar masuk. (lebih kurang la).

Erk?  Sejak bila ada orang korek pasir kat sini ni?  Ni kegiatan halal ke haram?  Sebab dulu ada yang haram punya dekat sungai ni, tapi kat belah lain (lagi dekat dengan area kawasan perumahan tempat aku duduk sekarang).  Time tu memang teruk sikit.  Tak tahu la dah berapa lama dia beroperasi sampai tebing sungai runtuh, huhu.  Dah la jalan yang runtuh tu memang jalan utama untuk keluar dari kawasan perumahan tu.  So, terpaksa la cari alternatif lain.  Nak pergi sekolah pagi-pagi pun susah masa tu.

Jalan alternatif masa tu samada redah kawasan “hutan” (lagi dekat), takpun pusing lalu Sungai Merab.  Masa tu mama bawak kembara (sekarang anih amik, tak aci!!).  Kereta tu kan 4WD, so boleh la redah hutan sesenang hati, memang confirm tak tersekat dalam selut, so mama punya jalan lagi pendek.

Papa pulak bawak unser, besar, tapi bukan 4WD, so tak leh redah hutan.  Kena detour ikut area Sungai Merab.  Jauh!  Dah lama sikit baru jumpa jalan alternatif lagi dekat, tapi lalu kawasan kampung kecik yang halaju dia 10kmj, hehe.  Tebing yang runtuh tu pulak lama gila baru siap baikpulih.  -_-“

Okay, kembali ke cerita pasir.  Haish....  Sebenarnya post ni pendek je.  Saja nak cakap aku jumpa signboard pelik kat area sini.  Tiba-tiba terkeluar topik, dari signboard punya cerita ke cerita “pasir”.  Patutnya enrty ni tak sampai 10 minit dah siap post jadi tertangguh-tangguh sebab nak buat “research”.  Yelah, nak membebel pun kena ada fakta, takleh nak main hentam je.  Hurm, camana boleh terbabas ni.  Tak tetap pendirian betul aku ni!  Okay, start topik baru;
 
-------------------------------------------------------
 ~Sekadar gambar hiasan, juga dicilok dari google~

[5 Februari 2011]

Dalam bidang curi pasir ni, Selangor la yang paling famous.  Kalau cerita pasal selangor, kalau bukan bab air, bab pasir, betul tak?  Owh, maybe ada lagi isu-isu lain yang aku tak tahu, aku jarang kot baca surat khabar.  Mula-mula, aku musykil jugak.  Kenapa pasir?  Kenapa tak pergi curi emas ke, titanium ke, uranium ke?  Pastu, kenapa kat selangor benda ni teruk sangat?  Ada apa dengan pasir?   

Aku try google.  Aku nak membebel pasal kesan curi pasir je, tapi hasil carian semua ada kaitan ngan politik -_-“.  Hadui!  Aku tak nak sentuh benda ni sebab aku tak reti bab-bab ni, so process nak mencari sumber sangat lama sebab nak eliminate unsur ni.

At last, jumpa 1 blog yang cakap pasal pencemaran.  Satu source sudahlah, nak cari lebih-lebih, homework aku tak siap lagi tu, huhu.  Kalau nak baca, sila pergi sini.

Okay, sebelum apa-apa, agak-agak korang la kan.  Kenapa orang curi pasir?

Pasir ni sebenarnya penting untuk pembinaan konkrit dan jalanraya.  Actually, hampir banyak benda dalam bidang pembinaan perlukan pasir.  Cuba korang tengok kawasan pembinaan yang bersepah-sepah sekarang ni, apa yang ada bertimbun-timbun kat situ selain batu-bata?  Pasir kan?  Dalam bidang pembinaan, pasir sangat diperlukan untuk buat konkrit dan juga untuk menyediakan mortar simen.  Mortar simen tau, bukan mortar & pestle, ehehe.  Owh, mortar simen ni adalah campuran simen dan pasir yang berfungsi untuk melekat batu-bata.  

 Lagi 1 fungsi pasir adalah untuk tebus tanah (sama kot dengan tambak tanah).  Selain itu, pasir juga banyak digunakan dalam pelbagai bidang, contohnya dalam proses pembuatan kaca. (wah, nampaknya skill buat karangan still ada, hoho).  Owh, untuk belajar lebih lanjut, sila kunjungi blog ini (eh, dah lebih 1 source!).

Eh, ada lagi 1 fungsi pasir yang penting, ISTANA PASIR!  Hehe, memain je.

Hah, kan banyak kegunaan pasir tu, jangan pandang dia sebelah mata, hehe.  Okay, sumber pasir ni kebanyakkannya dari dasar sungai, so, sebab tu la, orang curi pasir selalu kat sungai.  Kesan dari aktiviti tu penduduk sekitar yang menanggung.  Biasanya hakisan tanah.  Bila dah terhakis teruk, tebing sungai tu akan runtuh.  Bila tebing sungai runtuh, maka, segala hidupan akuatik dalam tu pun terjejas, tak kesian ke diorang dekat ikan-ikan tu?  Lagi satu, bila dah korek sampai tak ingat dunia, sungai tu akan jadi dalam.   Okay, mari aku explain part ni. 

EHEM!  Bila sungai dah dalam, volume air dalam sungai akan bertambah.  Bila air makin banyak, kuasa hakisan air sungai akan bertambah, sebab tu sampai runtuh-runtuh tebing sungai.  Lagi satu kesan bila air bertambah, energy air dalam sungai tu bertambah, maka dengan itu, kelajuan air sungai mengalir juga akan bertambah-tambah.  Jadi, bila hujan lebat dekat hulu sungai, paham-paham je la ye apa jadi kat hilir sungai.   

So, kesan lebih banyak di hilir sungai sebenarnya.  Oh, kaitan antara kedalaman sungai, volume dan kelajuan aku ada jumpa, tapi banyak sangat fizik, tak mampu aku nak explain formula-formula tu.

Kesan-kesan yang lain, pencemaran air.  Korang boleh cari sendiri kan pencemaran air tu apa, takkan tak tahu.  Okay, dah cukup kot, aku bukannya pakar pasir nak explain lebih-lebih.  Terima kasih siapa yang tahan baca sampai sini, macam boring je pulak kan?  Hehe.

PS:   Aku takde nak membebel sangat pasal salah guna bahasa kat signboard-signboard especially kat kuantan (siapa duduk kuantan dia tahu).  Aku tulis blog pun bahasa rojak, ejaan pun belum tentu betul, huhu, so, aku tak layak nak buat ceramah bahasa jiwa bangsa.  Tapi at least aku cuba elak dari guna shortform, kalau aku buat jugak tu maknanya aku dah malas sangat la tu, hehe.

PSS:   Sakit jiwa sebab banyak kerja tak settle, lalala~


Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...