Skip to main content

AGD; malam me"release" tension :)


Bismillah, Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak jengah blog ni, rasa dah bersawang dah pun, hehe.  Minggu lepas sangat hectic!  Dengan 4 kuiz berderet-deret, assignment-assignment yang tak siap (sekarang pun tak siap lagi, hehe), dan buat filem pendek untuk AGD batch nya lagi, kepala siapa la yang tak serabut kan?  Sebenarnya, aku tak tahu nak tulis apa, but since semalam AGD, so nak membebel la sikit pasal AGD.

------------------------------------------------

7 March 2011
Rx8’s Annual Grand Dinner
Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang

Aku sangat menanti-nanti benda ni.  Sebab minggu-minggu sebelum ni dan yang mendatang adalah sangat menyerabutkan otak.  So, apa salahnya kita have fun dan lupakan kuiz dan assignmentS untuk 1 malam?  Macam release tension sikit, walaupun sikit, ter”release” la jugak, hehe.  Alkisahnya, untuk performance, aku dipertanggungjawabkan untuk buat filem pendek.  Punya la aku brainstorm kan nak cari idea, tapi tak dapat-dapat la jugak idea, huhu.  Nasib baik ada ani, tipah dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya yang menyumbangkan idea!

Sesungguhnya, aku berterima kasih kepada pelakon-pelakon yang sangat sporting!  Serius sporting especially jihah.  Budak ni memang bernasib baik, kalau ikut skrip asal, patut kak syikin simbah air kat dia, hehe.  Okay, paling berterima kasih kat penulis skrip merangkap assistant director dan editor (panjang title korang aku letak ni), ani ngan tipah.  Bayangkan, tekan “save movie”, tinggal pergi mandi nak bersiap pergi AGD, lepas mandi tengok laptop, movie maker crash.  Mana tak gelabahnya, pukul 7 malam dah time tu.  “save movie” balik, sambil tu, bersiap-siap (baju pun orang tolong gosok, huhu).


Dalam 7.20 malam siap save, tak check pun kot-kot la suara tak de ke, tersalah susun ke, subtitle tak keluar ke, terus save dalam pendrive, turun bawah.  Nasib baik movie tu okay, takde masalah, cuma part upin ipin je subtitle takde (lantak ar).  -_-“  Lepas tayangan tu habis baru boleh makan, boleh bergumbira sambil tengok performance lain, lalala~

Performance lain sangat best!  Persembahan nyanyian live oleh “geng spek mata hitam”, muzikal teater dan sajak dan selawat.  Tak kering gusi rasa.  Ter”release” jugak la sikit stress tu, hehe.  Aku tak cerita detail pasal event ni.  Kepala aku sakit malam tadi.  Gambar pun tak banyak aku ambik.  Skrol bawah untuk tengok gambar.  Oh, terima kasih kepada committee2 yang bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis ini!





------------------------------------------------------------------

Tadi kat kelas, buat “list-to-do” LAGI.  Haish…..  Tak terkata.  Mari lihat kerja-kerja yang perlu disiapkan!
Lab Report.
#   Pharmacognosy (essential oil)
#   Pharmaceutical Analysis (AAS)
#   Physical Pharmacy (rheology)
#   Nutraceutical & cosmeceutical (sunscreen)
#   Industry (tabletting)
Assignment.
#   Monograph pharmacognosy
#   Poster pharmacognosy
#   Nutraceutical & cosmeceutical
#   Industry
#   Parenting

PS:   Nak letak gak nama ubat yang kitorang belajar pagi tadi.  “chelating agent”, berfungsi untuk merawat keracunan plumbum, mercury, arsenic etc.  Aku letak nama drug je, hehe, bagi brief idea, untuk details, sila google ataupun bukak buku.
Dimercaprol
Unithiol
Succimer
EDTA (ethylenediaminetetraacetic acid)
Penicillamine
Deferoxamine
Deferasirox
Prussian Blue (ferric hexacyanoferrate)

PSS:   Baru je kena bebel ngan mama pasal “sesuatu”
Mama:  “mulai hari ni, kena ubah gaya pemakanan, pergi makan sayur ngan buah!”
Jati:   “takmo takmo!”

PSSS:   Dah habis AGD, sangat menanti-nanti pulak Rx8 bowling tournament!   Lalala~  Aku join je walaupun tak reti main.  Dulu masa main kat times square ngan zira ngan yunie, kuku siap patah-patah.  Confirm salah teknik ni!  So, kena make sure aku potong kuku awal-awal sebelum main, hehe.


Comments

  1. nk tgk vid yg ko wt 2??!!!
    hehehe...ak nmpak nme ak tu!!!:D
    rjin2 r wt entri ea!!
    n psal list to do 2..aja2 hwaiting!!

    ReplyDelete
  2. ahaha, tQ makcik! macamana aku nak bagi ko tgk tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...