Skip to main content

Cerita week 14, ♥


Bismillah, Assalamualaikum.
  
Ambik korang, 1 minggu punya cerita, tahan baca tak?

------------------------------------------------------------

Actually, minggu ni sangat menekankan jiwa dan raga.  Dengan kuiz dan assignment, and then dapat berita sedih pulak pagi-pagi isnin tu…

(imbas kembali)

Pagi Isnin, 14 hb Mac, kelas industry Mdm Hadijah.

Meja kat sebelah yang aku letak pencil case berisi handphone aku tu ber”vibrate-vibrate” (rosak gila bm, huhu).  Okay, siapa pulak yang mesej pagi-pagi ni, confirm celcom offer tuh!  Check handphone.

“1 missed call from Ana Bona”

Ana?  Apahal pulak budak ni?  Okay, ignore sebab Mdm tengah mengajar tu, takkan nak main handphone pulak.  But then, call bertubi-tubi masuk.  Check lagi.

“3 misssed calls from Ana Bona”

Okay, this is not right.  Takkan ana nak call pagi-pagi sebab nak bergosip , mesti dia pun ada kelas punya.  Terus mesej ana.

“apa? Jati ada kelas ni,”

Then, beberapa milisecond lepas tu,

“jati, cik su dah takde,”

Eh jap!  Blur kejap.  Terus lari-lari naik tangga ke pintu belakang (dengan pakai wedges -_-“).  Pastu jalan kehulu-kehilir kat luar kelas ni.  Dah tenang sikit.  Call ana.  Dengar ana menangis.  So, betul la ni….  Dah habis call ana, lepak toilet sambil touchup muka.  Masuk kelas balik dengan muka cool.  Tapi, tak leh tahan jugak, depan-depan kelas tu menangis, tapi madam cam tak nampak je, so takpe kot.

Habis kelas industry, balik mahalah nak ambik report nutra yang terlupa nak bawak.  Sepanjang jalan tu pun nangis.  Balik kelas.  Tak call mama sangat pun, sebab confirm tengah kelam-kabut kat sana, dengan papa, abah ngan cik ma takde, nak uruskan urusan bawak balik jenazah lagi, baik tak yah kacau. 

So emotionally, aku sangat tak stable minggu ni, dah la kalau ikut hati, nak lari balik kelantan gak, tapi mama cakap tak payah, so siapa-siapa yang “terkena” dengan angin aku tu, minta ampun la, huhu.  That’s why kalau ada yang perasan, minggu ni aku outing je manjang, drive pun bukan main laju sampai solha tergolek-golek kat seat belakang tu, huhu.

And then, aku hanya ada mood nak tengok balik air crash (despite all the quizzes!).  Tapi, bila tengok kapal terbang accident ni, lagi la sakit jiwa, tapi layan je la, huhu.

Selepas beberapa episod, aku terperasan sesuatu.  Mood aku nak tengok dokumentari (dan juga sukan) sangat berkait-rapat dengan suara narrator dan commentator tu.  Contohnya;

#   Formula One;

Okay, aku dah terbiasa tengok F1 kat TV 1.  Ramai orang cakap bosan tengok F1 sebab apa point kereta-kereta tu pusing-pusing kat litar konon-kononnya (macam orang yang tak suka tengok bola cakap no point player-player tu kejar sebiji bola), but actually, rasa best tu ada sebab ada suara dan celoteh mereka ini, Martin Brundle dan James Allen.  Oleh kerana aku dah suka gila dengar suara diorang, aku tak boleh tengok F1 kat astro sebab commentator dia lain, so tak best, hehe.  Kalau korang nak dengar suara mereka, sila dengar video di bawah.


 #   Air Crash Investigation;

Okay, benda alah ni ada 7 season.  Dan kadang-kadang bila tukar season suara narrator die lain.  Aku tak suka sangat suara narrator untuk season 1 sebab suara die low dan agak mengantukkan, huhu.  Dan aku akan pilih-pilih episod yang aku nak tengok.  Setiap episod akan ada la investigator yang comment itu ini, dan aku suka rewind banyak kali part Greg Feith sebab aku suka dengar suara die, ehehe~



----------------------------------------------------------

“Book Fair” kat Megamall
(popular nak clear stock tu, hehe)

Okay, ada book fair kat megamall, tapi aku macam tak nak la kan beli buku, karang tak terbaca pulak, hehe.  But then, jumaat malam tu keluar pergi megamall, “konon-kononnya” nak teman wan, jihah ngan ummu pergi bookfair, tapi nah! Ambik kau, 2 buku aku borong;

Beyond Angel and Demons
&
The Terracotta Warriors; the secret code of the emperor's army

Err, harganya boleh tahan la kan, tapi dah lepas diskaun (70%), kena bayar RM17 je.  Mulut aku dah jadi ‘o’ dah time akak tu kata 17, serius WOW!  Tak sia-sia aku menjalankan “ekspedisi” menggali buku kat belakang bookfair tu, hehe.

----------------------------------------------------------

7 Destination

Okay, cerita ini tiada kaitan dengan filem 7 destination tu, so semua orang hidup, hehe.

19 Mac 2011

Konvoi nak pergi majlis nikah husna bergerak!  Kami (aku, ani, aimi, nadh) menyibuk dalam kereta jiji.

VROOOMM~ (aku tak tahu nak cerita apa sebab time ni atas highway kot, hehe.)

Selepas beberapa lama (tak ingat berapa lama sebenarnya), sampai la kami di tol (exit) temerloh.  Perjalanan diteruskan.

VROOMM lagi, hehe~

# 1st destination; Rumah Husna, Mentakab
Sampai rumah husna.  Lepas tengok pengantin dan ambik gambar dalam bilik pengantin, kitorang pergi makan.

# 2nd destination; Masjid

Dah makan, kitorang pergi pulak masjid… errr….  Tak ingat nama masjid tu!  Serius tak ingat, hurm, macam ada ‘abu bakar’ kat masjid tu.  Oh whatever!  Dah ambik seat masing-masing, kitorang tunggu pengantin ngan tok imam bersiap-siap.  Okay, ni kali ketiga tengok akad.  First tengok sepupu pastu fefa.  Hish, bila ana ngan alia punya turn ni?  Tak sabar jati nak jadi pengapit, hehe.


Semuanya berjalan lancar, takde masalah.  Cuma kadang-kadang hujan renyai-renyai, risau jiji nak ambik gambar outdoor camane, hehe.  Selesai akad nikah, macam biasalah, ambik gambar, hehe.  Pastu, kitorang terus ke destinasi seterusnya.

VROOOMM~

# 3rd destination; Landasan keretapi Mentakab

YEAY!  Sila abaikan, aku tersangat excited sebab boleh jalan-jalan, duduk-duduk, golek-golek (yang ni metafora je) atas landasan keretapi, hehe.  Bila lagi kan, patut aku bawak kamera jugak ar, nak buat filem hindustan kat sini ngan nadh.  Kalau dalam cerita hindustan, heroin dok lari-lari kat padang rumput, kat sini lari tengah-tengah landasan tu.  Kalau dalam cerita hindustan tu hero ngan heroin dok nari-nari pusing pokok, kat sini….  Er… tiang lampu? Hehe.

Back to the point, view dia cantik, especially kat jambatan tu, cuma agak scary sikit sebab berlubang, mereka yang gayat, toksah golek-golek kat situ.


# 4th destination; R&R Temerloh

Berhenti solat kat sini, pastu VROOOM~

# 5th destination; Permatang badak

Okay, kononnya kami nak makan kat situ, tapi gerai tu tutup pulak, huhu.  Berhenti jap nak pikir nak makan apa malam ni -_-“, haish….  Setelah dipertimbangkan, kitorang makan fast food je.  VROOOMMM lagi~

# 6th destination; Berjaya Megamall

Beli dinner, "topup duit", terus masuk kereta balik UIA.  VROOMMM~

# 7th destinastion; Mahalah T3

Dah seharian berjalan, baliklah kami ke pangkal jalan.  Itu 7 destinasi untuk mereka, aku punya ada yang kelapan, hehe.

# 8th destination; Azhan Homestay

~hehe, nah, jati tolong promote homestay cik ar ngan ayah en~

-THE END-

PS:  Sebenarnya nak cerita pasal bowling gak, tapi takleh la sebab terkeluar tajuk, bowling week 15, hehe

PSS:   Gambar cilok jiji punya, hehe



Comments

  1. takziah kimi, cik su tu mak sedara ko ke?
    len kali kua dgn ko, ak kna pkai seat belt la kn, supaya x tgolek2.hehe.tp best jgak tgolek2 pon, bukan slalu.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...