Bismillah, Assalamualaikum.
Pre-resp exam
[1.10p.m. T3 4.1]
Pejam celik, dah 1 hari dah final exam berlangsung (bagi student pharmacy). Semalam petang dah exam pharmacognosy dah, petang ni respiratory pula. Terasa sesak je nafas nak tunggu time exam, tu yang membebel kat sini, ehehe.
Semua pun sedia maklum. Seminggu lepas (lebih kurang le), semua terkejut dengan arahan pihak atasan yang suruh kita ‘evacuate’ mahalah dan nak shuffle balik. -_-“ Aku kalau bab nak evacuate tu aku tak kisah, sebab kalau mahalah tak suruh pun aku memang akan kosongkan bilik. Papa tak bagi tinggal barang-barang walaupun memang confirm tak pindah bilik.
Cakap pasal tukar bilik ni. Aku tersangat-sangat la bersyukur tak payah tukar blok mahalah, tak payah tukar bilik, dan yang paling penting tak payah tukar compartment! Walaupun bilik aku ni - eh silap, compartment aku je – panas sebab kipas slow (yang ni memang salah tuan dia la kan yang tak mahu panjat almari nak bersihkan dia), dan kecik berbanding compartment wan, aimi ngan nadh, huhu, tapi aku tetap sayang dia, ahaha, sebabnya?
# Bilik ni (termasuk la comparment aku kan, hehe), kat tingkat ATAS sekali!
Owh, okay. Confirm korang cakap tak best sebab penat naik tangga kan? Hehe, tapi, tu lah kelebihan dia. Orang akan penat nak naik tangga, so kurang la orang lalu lalang kat depan bilik, al-maklumlah, pintu bilik kami ni mana pernah tutup kecuali time tidur waktu malam kan, haha. Sebab tak de orang, kalau bunyi selipar je kitorang dah dapat detect siapa nak datang, haha. Lagi 1 kelebihan, kes kecurian pun kurang (kalau ada la kan). Cuma yang tak berapa nak bestnya, kena selalu “bersiaga” (effect baca laksamana sunan, ahah!) kot-kot la ada serangan dari cik “nyet” dari hutan seberang sana tu. -_-“ Tiap kali nak keluar bilik, even nak pergi toilet, kena make sure tingkap lock (tapi, pintu tu ternganga jugak, sengal kan? Hehe).
(sebab atas sekali selalu dapat usha monyet)
# Dapat tengok langit tanpa sebarang halangan, hoho~
Okay, ni paling best. Hobi aku tengok langit. So, kalau aku baring atas katil, staight nampak langit. Kalau aku duduk atas lantai cam sekarang ni, dongak atas, nampak langit terus, eheh~ Tadi baru nampak ada jet (TUDM punya kot) terbang atas KOP tu, takde la betul-betul atas, tapi cukup untuk buat mulut aku ternganga sambil peluk tingkap tu (nasib baik tak jatuh -_-“). Hah! Lagi 1 view yang mahal, dapat tengok KOP yang terchenta sepanjang masa, hehe. Kalau aku ada teropong kan bagus, boleh dok intai KOP tu.
# Dapat memahami perasaan binatang dalam zoo..
Okay, kenapakah aku berkata-kata sedemikian? Bila aku duduk dalam bilik macam ni, dengan tingkap tertutup, mesti lah rasa macam dalam kurungan. Pastu ada la makhluk-makhluk Allah yang datang melawat. Setakat ni (yang aku perasan), burung ngan monyet. Selamba je burung ni jalan-jalan depan tingkap aku. Dah la tingkap ni tinted, dia confirm-confirm tak nampak aku tengah melekat kat tingkap tu tengok dia, haha. Burung aku tak kisah lagi, sebab dia tak kacau. Kalau monyet, err… yang ni memang aku kisah kalau dia datang. Pernah sekali tu;
(imbas semula)
Di suatu petang yang indah. Roommate-roommate ku semua tengah dinner kat ruang tengah. Aku pulak? Aku tengah layan movie dalam compartment. Oleh sebab cuaca panas, tingkap tu aku bagi bukak SIKIT je, nak bagi udara masuk. Pastu, langsir tutup bagi gelap, heee~
Tengah aku syok tengok movie (aku punya port atas lantai memang ngadap tingkap), tiba-tiba, muncul 1 tangan kecik menyelak tengah langsir aku, dan….
CHAKKK!
Tersembul muka monyet tu dalam compartment aku. Nak luruh jantung rasa time tu. Bila mata dah bertentang mata ngan monyet tu, 1 je benda aku terfikir nak buat,
“AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA~”
Nasib baik tak tersedak roommate aku yang tengah makan tu, ish2~
(habis imbasa semula)
Yang tu kalau tingkap bukak time dia buat lawatan kat T3 ni. Kalau tingkap tutup, dia jalan-jalan depan tingkap, pastu buat gaya cam nak teropong dalam bilik. Kalau dia buat camtu, secara automatiknya aku freeze, takmo gerak sampai die pergi, haha.
Hurm, apa lagi? Tu je kot sebab-sebabnya, haha. Okay, kena sambung study respiratory tuh. Good luck kepada mereka-mereka yang exam!
PS: Patut post entry ni tengahari tadi, tapi broadband buat hal, haish....
PSS: Baru nak post pasal die, monyet dah datang melawat lepas exam tadi.
PSS: Baru nak post pasal die, monyet dah datang melawat lepas exam tadi.


Comments
Post a Comment