Bismillah, Assalamualaikum.
~5 bulan tak jumpa KOP lepas ni, sob sob~
Wargh (sambil stretching segala sendi-sendi kat badan). Setelah hampir 3 minggu “berperang”, akhirnya exam telah pun tamat. Terasa sekejap sangat pulak exam tu (tapi tak bermakna aku nak lagi -_-“). Bayangkan, dah 3 minggu keluar masuk exam hall, tiba-tiba semalam masuk lecture hall untuk briefing attachment, terasa lain pulak perasaannya. Sudah lah tu lecture hall YEAR 3. Dah nak masuk 3rd year sudah kita. Setahun lagi lepas tu, masuk 4th year pulak, lepas tu graduate, lepas tu PRP, lepas tu kerja, lepas tu……. (sila sambung ikut rancangan hidup anda).
Berbalik kepada intipati entry ni (dah hampir jauh aku terbabas ni, ehehe). Okay, semestinya korang akan tertanya-tanya, siapakah gerangannya ‘kak yah’ itu. Aku pun tak kenal, hanya ani je yang kenal, hehe. Ceritanya begini;
(imbas semula)
Rabu; 6 April 2011
Post-OSPE (sekitar kuantan)
Lepas OSPE, aku dengan nadh beserta ani (yang join last minute), pergi ke bandar kuantan untuk menyelesaikan 1 urusan. Kononnya, benda ni take time la, so isi la minyak banyak “sikit”, haha. Tapi dengan tak disangka-sangka, urusan tu habis cepat sangat la pulak. Minyak masih “banyak”. Masa sewa kereta pun banyak lagi. So, kitorang pun berkira-kira nak lunch kat luar. Sebab minyak ngan masa banyak kan, kitorang plan nak makan kat tempat jauh-jauh sikit, hehe. Maka, ani pun mengcadangkan “warung kak yah”. Aku dengan nadh ikut je.
Kitorang pun ambik jalan menghala je Gambang.
5 minit kemudian.
Aku; “nampak lagi tak kak yah?”
Ani; “tak, depan lagi kot”
Aku; “okay (sambil tukar gear 5, pecut kereta, jalan straight kan, haha)”
10 minit kemudian.
……………………………….
Aku ngan nadh; “dah ada ke kak yah? Kebulur dah ni,”
Ani; “belum lg, sabo2,”
Setelah beberapa lama………
Kitorang; “mana kak yah~”
Setelah beberapa lama lagi………
Kak yah! Aku pun tak tahu dah berapa kali kitorang panggil kak yah sebab cari warung die tak jumpa jumpa. Aku rasa terbersin-bersin kak yah kat warung dia, hehe.
Setelah beberapa lama lagi lagi…….
Aku; “weh, kalau depan lagi ni, masuk gambang da,”
Nadh; “gambang ada apa eh?”
Aku ngan ani; “waterpark,”
Nadh; “jom!”
Aku ngan ani lagi; “weh, kita ni dah la pakai baju kurung,”
Setelah beberapa minit, kelibat gerai kak yah tak muncul-muncul lagi. Tiba-tiba;
Ani; “kita gi panching nak? (sebab dia nampak signboard panching, haha)”
Aku ngan nadh; “serius? Okay je,”
Dan kebetulan masa tu, memang ngam-ngam sampai kat traffic light nak belok ke jalan menghala ke panching. Terus je aku bagi signal, terus belok kanan. Setelah beberapa lama, dah lebih separuh jalan nak ke tempat berkenaan, baru terfikir, cukup ke tak minyak ni? Buatnya mati kereta tengah-tengah hutan tu buat naya je, so untuk “langkah berjaga-jaga”, kitorang mesej wan kitorang kat mana, kalau tak balik before pukul 6, buatlah operasi mencari dan menyelamat -_-“. Tapi, yang tak leh blahnya, kitorang straight je pergi, tak patah balik pun, hehe.
Dalam takut-takut minyak nak habis, kitorang sampai jugak ke panching, Alhamdulillah, nak balik karang jenuh la nak risau balik pasal minyak nih. First impression, tempat ni okay (jangan gelak, walaupun aku dah 2 tahun kat sini, tak jejak kaki lagi kat situ). Subhanallah, air terjun tu cantik, batu-batu tu cantik (sila maafkan, papa ngan anih adalah ‘orang batu’, so aku agak menghargai batu).
Nak ambik gambar tapi tak bawak kamera, uhuhu~ Masalah betul la. Bateri kamera tu nak kena ganti da sebenarnya, tuan dia ni malas, dok pakai hak tu jugak. Aku selalu nyanyuk kalau bab kamera sekarang. Kadang-kadang dah bawak dah, bateri pulak kong. Okay, yang tu tahan lagi, boleh la beli kalau jumpa kedai kan. Pernah sekali tu, kamera bawak, bateri tu pun dah charged penuh sepenuhnya! Tiba-tiba nak ambik gambar, memory card takde! -_-“
So, terpaksa la ambik gambar dengan handphone je, huhu. Serius cantik view tempat air jatuh (effect tengok merong mahawangsa, air terjun = air jatuh). Tengok air tu macam sejuk je. Waaaa, rasa nak mandi sungai! Last time mandi sungai masa kat cenfos dulu, ikut hisbah fana pergi teratak riverview tu (yang cermin mata aku jadi harta karun kat sana, sobsob T_T). Hari ni alang-alang dah sampai, tak dapat mandi, celup kaki pun jadi la, hehe. Tengah celup-celup kaki, boleh pulak kitorang plan nak datang lagi lepas habis exam~
Akhirnya, kitorang makan tengahari jugak, tapi bukan kat warung kak yah. Sehingga kini, keberadaan warung itu masih lagi menjadi misteri.
(habis imbas semula)
Sabtu; 16 April 2011
Mahalah Talhah 3, IIUM K
Setelah di rancang dengan “teliti-setelitinya”, kitorang pun bergerak ke pusat bandar untuk mengisi minyak kereta SECUKUPNYA, cukup la kan risau pasal ni minggu lepas kan, haha. Alang-alang tu, nak bungkus nasi kat mana-mana, kononnya nak berkelah sekali la. Lepas isi minyak kat stesen minyak shell, kitorang pergi restoran timur (ke pantai timur? Not sure). Sampai sana, cakap dengan pekerja restorang tu;
“nak bungkus nasi, 4 orang eh,”
Akak tu pun masuk dapur nak prepare semua tu, kitorang pulak dok usha lauk-lauk kat depan. Tiba-tiba, memandangkan semua orang memang tengah kebulur. Bila tengok lauk yang sedap tu pulak makin la kebulur, bila akak tu keluar bawak 4 bungkus nasi (tinggal tambah lauk je dalam tu), kitorang cakap kat akak tu pulak;
“akak, tak jadi bungkus la, makan sini,”
Sambil tersenyum, akak tu pun masuk balik dapur ambik pinggan. Selesai makan. Semua dah kenyang. Sambung perjalanan.
Sungai Panching
Tengahari yang terik
Okay, aku stress kan kat situ, tengahari yang TERIK. Sangat bersyukur sebab tak hujan. Mama dah warning awal-awal, kalau hujan jangan mandi sungai, siap tambah, “jangan dekat dengan sungai,”. Ceh, tau la anak dia ni jenis yang clumsy, huhu. Sebab clumsy sangat, time jamuan kat cenfos dulu, aku boleh dapat anugerah ‘clumsy girl’. Berderet alasan diorang bagi kat aku bila aku tak puas hati, antaranya;
# Tengah elok-elok jalan, boleh terjatuh terjelopok tak tentu pasal -_-“# Tengah naik atau turun tangga, boleh jatuh bila-bila masa. Er, yang ni memang tak boleh dinafikan, sejak sekolah lagi perangai pelik camni.# Luka teruk kat jari semata-mata nak selamatkan pasu (takde kaitan pun, huhu)# Cermin mata hanyut time mandi sungai# dan banyak lagi (ntah la apa yang banyaknya -_-“)
Err, okay, aku termelencong lagi. Berbalik ke trip kami ke sungai panching. EHEM!
Seperti yang aku cakap tadi, cuaca sangat elok, tapi orang pulak ramai, huhu, terlupa pulak hari ni hari sabtu kan. Tapi, kitorang mandi je. Wah, sejuknya air!
Dah puas mandi, kitorang bersantai kat batu-batu tu nak keringkan baju. Baju ganti bawak, tapi malas nak tukar baju, haha. Dah agak-agak kering tu, pakai kasut terus balik!
Mahalah Talhah 3
Sampai bilik, bersihkan diri, punggah barang turun. Nak tercabut je rasa tangan, tingkat 4 kot, ikut hati rasa nak je campak dari tingkap, huh! Tengah kelam-kabut tu, mama sampai. Wargh!!! Tak siap pape pun, barang je siap punggah. Pakai je tudung mana-mana. Memang selekeh la. Confirm kena marah dengan mama. Mama selalu cakap,
“budak ni, takde rasa sukakan kecantikan!”
Erk, -_-“. Aku rasa aku dah cukup melawa dah, haha.
Sebelum aku mengakhiri entry terakhir untuk sem ni, aku senaraikan senarai subjek sem 1 3rd year nanti (kalau takde perubahan la);
# PHM3113 Islamic Input in Pharmacy# PHM3123 Pharmacokinetic and biopharmaceutic# PHM3133 Dosage Design I# PHM3142 Pharmacy Practice III# PHM 3153 Clinical Pharmacy I# PHM3162 Body System V; Muscoskeletal muscle# PHM3172 Biopharmaceuticals (elective)
Macamana? Terangkat sebelah kening aku baca, haha. Terasa seram sejuk pulak sebab nak masuk clinical year dah. Okay, sampai sini je. Kepada yang dah cuti, selamat bercuti! Kepada yang masih exam, selamat exam, jangan jeles! Haha.
PS: Balik rumah, papa pun sakit kat ibu jari jugak, haih… “like father like daughter” betul, so sekarang menumpang kasih ubat papa, haha.

destinasi utama next sem: kak yah.. insyaAllah 1 day aku akan bwk jugak korg g c2.. haha..
ReplyDeleteAni, plan dlu nk bwk kitaowng jln kat rmh ko plak. hehehe....kimi, AIR CRASH, BEST!!!
ReplyDeletekan, best kan, aku tgh download season 9 pulak, wahaha!
ReplyDelete