Skip to main content

Terengganu I [keindahan Masjid Kristal]

Bismillah, Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku dan nadh selamat sampai ke kuala terengganu hari khamis yang lepas (semalam, hehe).  Selamat tinggal jerebu!  Hopefully, lepas 2 minggu, jerebu tu hilang, hehe.  Okay, berbalik ke cerita asal; Hari ini, kami bertiga bersiar-siar ke masjid kristal dan pantai batu burok.

[13 Mei 2011]
Taman Tamadun Islam, KT.



Okay, tempat pertama yang kitorang lawati adalah taman tamadun islam.  Sebenarnya, nak pergi tengok masjid kristal tu ha.  Selama ni aku nampak dari jauh je (atas jambatan), hari ni baru jejak kaki kat sini.  Hari ni baru aku tahu yang masjid kristal ni termasuk lah dalam taman tamadun islam, huhu, nampak benar aku ni hulu gila sebab aku baru tahu fakta ni.  Selain masjid kristal, terdapat juga bermacam-macam lagi tempat menarik dalam taman tamadun islam ni, contohnya, taman monumen (ala, yang banyak replika masjid tu) dan juga pelabuhan (boleh naik cruise kat sini, hehe).

Mula-mula, kitorang nak naik cruise.  Okay, duration perjalanan cruise tu dalam 1 jam ke 1 jam setengah (mengikut papan tanda yang disediakan).  Harga yang perlu dibayar?  Hanyalah RM10 seorang.  Dah excited ni nak naik cruise, tapi ramai la pulak orang, and then next trip pukul 4.30 petang.  Tak kuasa la nak menunggu lama-lama kan, so abaikan dulu niat untuk naik cruise, straight pergi ke masjid kristal.  Taman monumen tu tak silap sorang masuk dalam RM15, tapi yang ni kitorang KIV dulu, hehe.

Sampai di masjid kristal, seperti pelancong-pelancong yang lain, kitorang pun sibuk kelilingi masjid sambil ambil gambar.  Habis 1 pusingan.  Kitorang ditegur oleh seorang pakcik yang merupakan sukalerawan kat masjid ni.  Berikut merupakan dialog antara kami, dialog maybe tidak lah sebijik dalam percakapan sebenar, tapi intipatinya sama, hehe;

Pakcik; “orang mana?”
Ani; “saya orang sini, yang ni selangor, yang ni negeri sembilan,”
Pakcik; “Ni nak tanya ni, awak tahu tak kenapa masjid ni dipanggil masjid kristal?”
Kami; “sebab masjid ni dari kristal?”
Pakcik; “tunjuk sikit mana kristal tu,”

Okay, blur, tersangat-sangatlah blur.  First thing first, kenapa dalam banyak-banyak pelancong, kitorang yang kena tanya?  Kemudian, aku makin blur bila dia suruh tunjuk kristal, entah tang mana entah kristal kat sini, huhu.  Okay, melihat kepada muka kitorang yang blur, pakcik meneruskan lagi pertanyaan.

Pakcik; “awak tahu tak dulu pernah ada cerita buruk pasal masjid kristal ni?”
Kami; Errr~  Pasal orang kata nampak syaitan kat kubah tu ke?”
Pakcik; “cuba awak tengok kubah tu, nampak tak syaitan?”
Okay, dongak!  Err, takde pun nampak makhluk bertanduk kat kubah tu kan, so geleng-geleng kepala, hehe.
Pakcik; “okay, meh ikut,”


Erk, blurr tapi ikut juga.  So, kitorang pun keliling masjid tu balik.  Sampai kat satu penjuru, dia suruh dongak atas kat kubah.  Punyalah aku mendongak mencari-cari apa yang dia tunjuk.  Rupa-rupanya ada nampak reflection kitorang kat bawah ni, sila rujuk gambar dibawah;

~ni reflection kitorang kat kubah paling besar dan atas tu~

Aku; “Oooooooooooooo”

Kitorang dibawa ke beberapa sudut untuk tengok reflection tu.  Okay, done.  Lepas tu, pakcik tu bawak kitorang berdiri kat pelantar yang menghadap sungai dan jambatan (tempat yang orang dok ambik gambar “syaitan” kat kubah tu).  Mula-mula pakcik tu terangkan pasal kubah-kubah kat masjid kristal ni, berapa banyak yang besar, yang saiz sederhana berapa, saiz kecik banyak mana, susunan kubah-kubah tu macamana, semua dia explain.  Lepas tu dia tunjuk jari dia kat atas.

Pakcik; “awak nampak reflection kat kubah paling besar tu, ada reflection kubah-kubah yang kelliling dia tu?”
Kami; “Nampak-nampak!”
Pakcik; “tu la tanduk syaitan yang diorang dok kata tu (merujuk kepada tiang yang hujung die ada bulan bintang tu),”
Kami; “Ooooooooooooo,”

Wallahualam la kan, tapi penjelasan pakcik tu logik dan boleh diterima akal jugak.  Selain isu ni, banyak jugak la yang dia cerita kat kitorang sepanjang kitorang mengelilingi masjid kristal buat kali kedua, antaranya, isu arah kiblat masjid ni yang pernah jadi perdebatan suatu masa dulu, macam-macam lagi la!  Sebenarnya, kitorang sangat bertuah ada orang sanggup explain benda-benda ni kat kitorang, terima kasih pakcik!  Ohya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada imam masjid kristal (imam besar rasanya), yang turut sama memberi penerangan (bertuah gila kitorang tau!), hehe.  Gambar imam tak ambik sebab segan walaupun imam tu sempoi je.


berikut adalah gambar di sekeliling masjid kristal :)




~sekeliling ni ada tulisan "subhanallah", "Alhamdulillah", "Allahuakbar"~



~Ini lah pakcik tu~


Lepas keliling masjid, pakcik tu bawak kitorang masuk dalam masjid pulak.  Kali ni, dia suruh dongak atas lagi.  Hampir nak ternganga aku tengok chandeliar sebesar itu!  Okay, kemudian, dia suruh kitorang berdiri kat 1 sudut dalam masjid tu, dan dongak ke atas balik.  Okay, this time memang sangat cantik, ‘O’ aku tu entah berapa harakat aku cakap, hehe.  Tak percaya?  Sila tengok kat bawah ni, pakcik tu kata malam-malam LAGI cantik ‘masjid’ ni!

~reflection chandelier tu, nampak tak "masjid kristal" tu?  Siapa tak nampak tu sila pergi check mata!~

Okay, banyak lagi benda menarik pasal masjid ni yang pakcik tu cerita, tapi aku ingat-ingat lupa sebab time tu blur sikit, hehe.  Hah, ni ada soalan cepumas untuk korang yang membaca (pakcik tu tanya kitorang dulu, hehe).  Pernah tak korang terfikir, 

"Siapakah manusia pertama yang solat subuh?  Solat zuhur?  Asar?  Maghrib?  Isyak?"

Pernah tak?  Sila buat research, paling koman pun tanya syeikh google la, hehe.  Kalau dah blur terlampau tu, boleh hubungi talian hayat ni;

"24434"

Lepas puas melawat masjid kristal, kitorang pergi ke pantai batu burok pulak.  Erm, takde benda pun nak cerita kat sini, letak gambar je lah, hehe.







PS: Entry ni lewat post dari tarikh yang sepatutnya sebabnya, bila tengah semangat gila nak mengupdate blog, terkeluar la pulak surat cinta ni, haih……


PSS:  Hari ni rasa sangat berbaloi sebab lawatan ni ada isi, tak kosong, siap dapat tazkirah lagi tu time kat dalam masjid.


Comments

  1. dulu ak masuk tmpt monumen tu byr rm10 je...siap bleh refreshment n tiket naik keretapi brgerak. msuk la weh...best bleh tgok monumen msjid2 yg cntik. then nk sewa bskl pun bleh kt dlm tu

    ReplyDelete
  2. insyaAllah, memang rasa nak masuk pun sebab da ternampak glimpse hagia sophia. btw, rabu ni hari museum KT, masuk free pastu banyak lagi event (aceh, awat aku promote sini plak, hehe)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...