Bismillah, Assalamualaikum.
16 Mei 2011
Taman Tamadun Islam (lagi, hehe)
Hari ini, kami kembali semula ke taman tamadun islam untuk melihat monumen-monumen masjid di taman monumen. Kitorang sampai lebih kurang pukul 3 lebih petang, dan cuaca hari ini terSANGATlah panas dan mencabar. Orang tak ramai. In fact, masa kitorang baru nak masuk tu, macam takde orang langsung, tu yang best tu, macam taman ni kitorang je yang punya, haha.
~sila melalui pintu gerbang tu untuk masuk (haha, main-main je, takde kaitan)~
Berbalik kepada taman monumen. Bayaran yang dikenakan untuk WARGANEGARA MALAYSIA adalah RM15 sahaja. Bayaran ini termasuklah dengan kupon makanan bernilai RM3 dan kupon cenderahati bernilai RM2, hehe. Masa nak masuk ni, siap dapat passport! Dan passport ini haruslah disimpan elok-elok sebab kalau kita pergi lagi untuk kali kedua dan ketiga, akan dapat macam-macam potongan yang best, hehe. Tapi kan? Kalau nak pergi kali keempat tu camana pulak?
~hehe, comel tak passport ni? macam ma;thurat pun ada~
Dalam taman monumen ini, ada 4 jenis kenderaan yang boleh korang guna. Yang pertama (paling mahal sekali), ialah buggy. Benda ni macam kereta comel kat padang golf tu ha, hehe, tapi mahal kot (bagi aku la kan), tak silap dalam RM35 (tak sure 1 buggy tu ataupun tu bayaran untuk seorang). Yang kedua, sewa basikal. Aku tak sure berapa sewanya tapi macam menarik je naik basikal. Tapi, memandangkan aku pakai jubah yang meleret-leret, memang agak tak sesuai la kan nak naik basikal ni, buatnya kain tersangkut kat rantai tu, naya je, huhu.
~buggy~
Yang ketiga, naik tram. Yang ni kena bayar RM3 (rasanya la), dia ada stesen-stesen tempat dia ambik penumpang, korang tunggu je, agak lama jugak, dalam 10 minit camtu. Yang keempat dan yang paling murah, naik kaki korang je, tu pun kalau korang larat nak jalan keliling taman di bawah sinaran terik matahari. Kitorang tadi pun, adalah jalan jugak sebab malas tunggu tram, pakcik-pakcik yang naik basikal tegur;
“dik, pakai payung, panas ni, karang demam,”
Okay, tu pakai cara korang nak merayau dalam ni (merayau yang membina okay). Mula-mula korang masuk taman ni, korang akan jumpa masjid negara Malaysia. Gambar masjid negara takde sebab time tu tak perasa lagi boleh panjat naik atas untuk ambik gambar, hehe.
Lepas tu jumpa masjid kudus minar yang terletak di jawa tengah. Gambar masjid ni aku terlupa nak ambik dari depan, ambik dari sisi je, tak cantik, so tak letak gambar, hehe.
Seterusnya, Pattani central mosque, thailand.
~Sawaddeekapp! Ni kat belakang masjid, time ni kitorang ingat ni depan, patut ar takde pintu masuk besar, huhu~
~ni baru depan masjid~
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei.
Taj Mahal, India.
Lepas tu ada Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Masjid ni pun tak ambik gambar jugak, huhu.
Kubah As-Sakhrah, BaitulMaqdis, Palestin. Serius cantik gila, masjid ni boleh masuk untuk tengok replika batu terapung, gambar kat dalam semua aku ambik curi-curi sebab tak boleh ambik gambar sebenarnya, hehe, nasib baik lengan baju jubah yang che ma beli ni labuh.
~mereka-mereka yang kepenatan dan kepanasan~
Great Mosque of of Samarra, Iraq.
~bilal akan naik ke puncak tu untuk melaungkan azan for safety purpose~
Masjid Sheikh Lutfallah, Iran.
Abu Nars Parsa, Afghanistan.
Masjidilharam, Mekah.
Kubu Aleppo (Syria), Suleyman Mosque (Turki), Great mosque of Agadez (niger), Kul Sharif Mosque (Rusia) dengan Xian Mosque (China) semua ambik dari dalam tram. Tak larat dah weh, hehe, banyak lagi monumen lain yang tak sempat di ambil gambarnya, korang pergi tengok sendiri lah ye, hehe.
Dah penat boleh guna kupon makanan kat café dia, kalau nak beli banyak-banyak guna duit cash ye.
Okay, pengalaman yang sangat menarik hari ni! Souvenir tak beli banyak pun, ahaha~

Comments
Post a Comment