Skip to main content

Terengganu IV [pulau kapas]


Bismillah, Assalamualaikum.

[28 mei 2011]

Setelah puas merayau-rayau di dalam bandar kuala terengganu (3 kali weh masuk taman tamadun islam saja, over gila kitorang, hehe), hari ini, kami melencong ke pulau kapas pula! 

Jeti ke Pulau Kapas, Marang

Perjalanan ke sini dari rumah ani sekejap je (rasanya ayah dia guna bypass, sebab tu kejap).  Persiapan untuk ke sana sudah ada – baju ganti, makanan, minuman dan muka mengantuk dan blur, hehe – maka, takde benda yang dirisaukan sangat kecuali keadaan laut sebab nanti nak snorkeling (pasal snorkeling ni bawah aku cerita, serius sengal kitorang time tu).

Okay, tiba ke jeti.  Kitorang pun pergi cari tiket bot.  Muka memang blur yang terlampau lah time ni.  Makanya, seorang pakcik menegur kitorang;

Pakcik itu; “dik, nak pergi balik hari ke?”
Kami; “ha’ah!”
Pakcik itu; “meh ikut!”

Alhamdulillah!  Selesai satu masalah!  Kitorang cuak jugak mula-mula sebab kitorang takde booking mana-mana pakej, manalah tahu tiba-tiba semua bot full house musim cuti sekolah ni kan, hehe.

Okay, untuk pergi ke sana, boleh pilih nak naik slow boat (RM30, minimum 8 orang), ataupun speed boat (RM40, minimum 4 orang).  Kalau ikut hati aku, memang nak naik slow boat sebab baru lama sikit duduk atas air, haha (lagi 1, harga dia lagi murah :)).  Tapi, memandangkan kitorang cuma bertiga, slow boat kena ada minimum 8 orang, terpaksalah kitorang ambik speed boat jugak.  Aku siap membebel kat pakcik tu;


aku; "amik slow boat takleh ke?"
pakcik itu; "slow boat kena ada 8 orang,"
aku; "tapi speed boat kena 4 orang, kitorang 3 je, camana pulak?"


Tapi akhirnya naik jugak speed boat tu -_-"

Kat sini jugak, kitorang terus cakap kitorang nak snorkeling dengan island tour (cakap je, dia akan handle semua-semua tu, bak kata nur nadhirah, “tebalkan muka anda,”).  Jumlah bayaran untuk snorkeling RM25 (sekali dengan bot, life jacket dan equipment set dia), untuk island tour pulak tak silap RM20 kot.  Hurm, apa-apa lah, kat bawah ni aku letak brochure die, tengok la sendiri.




So, mengikut plan yang pakcik tu bagitahu, kitorang akan bertolak dari jeti pukul 9.15 pagi, lepas tu island tour dulu, lepas tu snorkeling pulak, lepas tu, ikut kitorang lah nak buat apa atas pulau tu tapi pukul 3 petang bot datang ambik, haha.  Exclusive gila rasa sebab kitorang 3 orang je time ni, haha~

Sementara menunggu bot bertolak (lama weh tunggu, huhu), kitorang lepak-lepak kat jeti sampai pakcik tu call panggil naik bot.  Masa ni, ada 1 lagi penumpang tambahan (maka, jumlah termasuk kitorang 4 je dan kitorang dah tak exclusive, hehe).  Lelaki tu foreigner, jepun rasanya sebab kat baju dia ada tulisan jepun, hehe.  Selain kitorang berempat, ada 2 orang abang yang accompany kitorang (aku bagi gelaran, abang baju hitam dengan abang baju brazil).


~wajah-wajah ceria yang bertukar menjadi monyok sebab kepenatan di kemudian hari, haha~


~bertolak dari jeti!  nasib baik aku takde mabuk laut, kalau tak kena pakai hyosine (scopolamine) patch, hehe~


 Dalam bot merentasi laut

Senyap.  Semua orang tak bercakap, hehe.  Sebabnya, bunyi enjin bot dengan laut sangat kuat, kalau bercakap pun tak dengar, so baik tutup mulut diam-diam.  Lagi 1, bila bukak mulut, kebarangkalian untuk menelan air laut yang sangat sedap adalah sangat tinggi, karang tak menyelam lagi dah kenyang dengan air laut, so tutup mulut elok-elok.  Tapi, kamera tetap tak tutup, hehe.



 
Jeti pulau kapas

Kitorang singgah sini untuk drop lelaki jepun tu, huhu (sayonara~).  Lepas tu, kitorang terus pergi island tour.  Masa ni, jadi exclusive balik sebab kitorang bertiga je, haha.  Pulau kapas ni bahagian yang menghadap tanah besar tu bentuk muka buminya terdiri daripada pantai-pantai, kalau bahagian yang lagi 1 tu yang menghadap laut cina selatan tu takde pantai, penuh dengan batu-batuan je (syurga geologist ar ni -_-").  Takde benda sangat nak cerita  part ni, banyak ambik gambar je, so, sila layan gambar je.  Masa ni, baru perasan air laut dia sangat jernih!  Cantik sangat sangat sangat!






~patut bawak papa, abah ngan anih la datang sini, baru ada explanation pasal batu-batuan~




Persisiran pantai (depan makcik gemuk)

Lepas habis island tour, tibalah masanya untuk snorkeling pulak!  Kitorang singgah kat depan makcik gemuk (ni nama resort tau, takde kaitan dengan mana-mana makcik) untuk ambik lagi 11 orang yang akan snorkeling dengan kitorang.  Semuanya 1 keluarga dan mereka tersangatlah sporting, hehe.  Makcik tu siap offer sunblock suruh pakai.

Tempat snorkeling itu

Dup Dap Dup Dap~  Serius nervous masa ni.  Dah la kitorang kali pertama snorkeling, lepas tu, tak reti berenang pulak.  Rasa macam tak nak turun je masa ni, huhu.  Tapi, berbekalkan semangat yang tinggi menggunung, aku turun jugak! (oh, ayat tak boleh blah gila).  Sebelum turun, kitorang campak-campak roti tengok ikan makan (oh comelnye).

~boleh nampak batu karang kat bawah tu~


Okay, turun masuk laut! (nadh siap lompat, haha).  Bila masuk air, life jacket tu macam tak kena je rasa.  So, kena naik balik untuk adjust segala benda yang patut, baru hari ni aku tahu cara yang betul untuk pakai life jacket, selama ni ingat 'klik-klik' pasang yang kat depan je, haish….  Okay, Dah settle.  Masuk air balik.  Keluarga yang 11 orang tu memang dah selalu snorkeling, so diorang takde masalah sangat, kitorang je lah yang buat 2 orang abang tu pening kepala.

Seperti yang dijangka, kitorang memang buat 2 orang abang tu pening kepala, haish -_-“.  Sementara nadh dengan ani atas bot dengan abang baju hitam tu (lepas tu diorang turun balik), aku pulak kena coaching dengan abang baju brazil tu.  Haih….  Sekali menyelam, berapa saat je tahan sebab teknik asyik salah je, tapi walaupun sekejap, tetap nampak ikan-ikan comel dengan batu karang, so, tak boleh berputus asa!  Akhirnya, aku berjaya jugak walaupun nafas pendek gila (untuk first timer kira okay la tuh).

Setelah beberapa lama, aku pun reunited balik dengan ani ngan nadh, huhu.  Kitorang pun main-main lagi.  Abang tu asyik membebel sebab kitorang selam tak lama, haha, banyak main terapung kat atas je.  Akhirnya, die pun pergi menyelam (selam betul ni, bukan snorkeling), pastu “culik” nemo bawak naik tunjuk kat kitorang.  Kitorang pun ter”motivated” nak selam balik, hehe.  Btw, ikan-ikan tu sangat comel, haha, nampak landak laut (teringat dekat family outing~), dory (semua ikan kaler biru aku panggil dory okay)  ngan ikan belang-belang yang tak diketahui nama.

Sementara kitorang berehat dengan berdiri atas batu di dalam air (kalau kaki korang boleh sampai), abang baju hitam tu pergi “culik” gamat pulak.  Gamat ni warna hitam dan tak lah besar sangat.  Masa ni, aku kagum sebab aku tak geli nak pegang gamat ni, korang suruh aku cium pun aku boleh kot, hehe.  By this time, kitorang dah boleh snorkeling (tapi agak berbahaya jugak sebenarnya), tapi, masa dah nak habis, huuuu, tak puas!  Sementara kitorang semua naik atas bot, abang baju brazil tu pergi culik gamat lagi, kali ni saiz dia 2 kali ganda besar dari tadi tu.  Kitorang pun pass gamat atas bot sampai die lembik (sian die, :().



~bersama dengan gamat, yang kaler hitam tu tak ambik gambar sebab time tu dalam laut~



~manusia yang pening kepala dengan kitorang~

Maka, tamat lah sudah sesi snorkeling.  Abang tu drop kitorang kat jeti.

Pesisiran pantai
Kitorang bermain-main kat sini macam pantai ni kitorang je yang punya.  Hurm, takde benda nak cerita banyak la.  Kitorang main-main air, snorkeling kat sini (abang tu bagi pinjam snorkeling gear, tapi nampak pasir je la, haha), makan tengahari, pastu tunggu bot datang ambik.  Penat sangat-sangat dah time ni, abang tu masa ambik kitorang;


"monyok dah? (sebab kitorang galak gila awal-awal tu -_-")"


Haha, anyway, sangat-sangat puas hati walaupun muka burn separuh (hidung ke bawah je -_-") dan penat sampai semua terdampar pengsan bila balik rumah.  Sekarang dah balik BBB semula dan jadi babysitter kepada bona (sepupu) yang ditinggalkan, haha.



Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...