Bismilllah, Assalamualaikum.
~sumber dari google, ehehe~
Tajuk entry pinjam tajuk blog aini, hehe.
*Uhuk, uhuk (batuk nih)* sambil menyapu segala habuk-habuk ngan sawang-sawang kat blog nih. Lepas post entry pasal terengganu, dah malas nak update blog sebab rasa macam takde benda nak share, hehe. So, hari ni aku merajinkan diri meng”update” blog (rosak weh bahasa, mintak ampun kat cikgu BM yang mengajar tatabahasa dulu, uhuhu~).
Okay, pada hari ini, telah berlangsung program Selangkah ke Menara Gading (SeMeGa) kat SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Err, aku bukanlah budak maahad tapi diajak oleh orang lain untuk join. Maka, dengan ini, aku ingin berterima kasih kepada nabilah (iiumdenss) yang telah mengajak faizah (iiumrx8) yang kemudian telah mengajak aku (gila panjang flow, tak tambah yang before nabilah tuh).
Basically, program ni macam nak dedahkan prospek kerjaya dekat student maahad dari form 4 sampai ke form 6. So, aku, faizah dengan nasyreen (alumni maahad, taktau eja nama die betul ke tak ni) jaga booth farmasi. Student bila datang kat kitorang akan tanya;
Pelajar 1: “akak, farmasi ni yang buat ubat kan?”
Pelajar 2: “akak dah buat berapa ubat?”
Pelajar 3: “kerja farmasi ni buat apa sebenarnya? Bagi ubat eh, duduk kat kaunter klinik ngan hospital?”
Pelajar 4: “err, susah tak?”
Ramai datang booth tanya soalan lebih kurang camtu la, hehe. Wahai adik-adikku sekalian berserta abang-abang kakak-kakak sekalian, YES, farmasi memang kena expert pasal ubat. Kira semua benda pasal ubat, dari A sampai Z kena kat hujung jari. Pasal buat ubat tu, kita biasanya akan prepare extemporaneous preparation (maksudnya cam buat on the spot) sebab zaman sekarang ubat dah banyak yang ready-made oleh kilang-kilang farmasi. Extemporaneous preparation ni contohnya macam ni;
Korang pergi kedai farmasi nak beli syrup panadol dengan concentration X. Tapi kat situ takde syrup panadol dengan concentration tu (habis stok ke, expired ke), makanya, pharmacist tu boleh prepare syrup tu dari tablet panadol contohnya. Contoh lain cream. So, kat sini kita buat ubat, tapi takde la patient datang cakap nak ubat kolesterol macam simvastation dan segala yang se-statin dengannya, kita pun lari terkocoh-kocoh bukak buku resipi camana nak buat ubat tu, hehe. Even kalau buat ubat dekat kilang farmaseutikal tu, akan ada mesin yang high-tech dengan technician yang akan assist.
Lagi satu, masyarakat selalu keliru perbezaan pharmacist dengan doktor. Masa aku buat community posting dekat farmasi eureka, kebanyakan yang datang panggil Mr Ong (owner) Dr Ong. Pernah 1 hari, ada sepasang suami isteri datang nak check blood pressure. Kat farmasi eureka ni, Mr Ong guna BP monitor yang lama tu, bukan digital. Aneroid BP monitor ni yang macam pam tu (bawah ni aku letak gambar), aku memang fail kalau guna alat ni, berapa kali kena marah ngan gelak dengan Prof Noriah ngan bro erman, haih -_-“.
Oh, okay, kita cerita balik pasal suami-isteri tu (gila jauh menyimpang, ehehe);
Oh, okay, kita cerita balik pasal suami-isteri tu (gila jauh menyimpang, ehehe);
Mereka; “ni pekerja baru ke? (sebab aku berdiri cam patung depan pintu stor)”
Mr Ong; “takdela, student buat praktikal,”
Meraka; “owh, <pastu pandang aku>, belajar kat mana?”
Aku; “uia,”
Mereka; “ambik apa?”
Aku; “farmasi, tahun 1,”
Mereka; “farmasi ni belajar pasal apa?”
Aku; “pasal ubat, camtu la lebih kurang,”
Mereka; “<dengan penuh keyakinan> bukan doktor ke yang buat ubat,”
Aku; “errr, <blurrrrr, time tu first year, dimaafkan kot>”
Mr Ong pulak yang terang panjang lebar, hehe, malu kot.
~gambar google gak; kiranya yang pakai stetoscope tu doktor, yang pegang ubat pharmacist, ehehe~
Okay, perbezaan doktor dengan farmasi. Hurm, explaination yang paling simple dan senang (kitorang pun cakap camni je tadi, hehe). Doktor ni expert pasal penyakit tapi dia kena tahu pasal ubat jugak. Pharmacist ni pulak expert pasal ubat tapi kena tahu jugak pasal penyakit. Dua profesion ni bagi aku, macam complementary to each other, saling melengkapi (cam suami isteri pulak eh). In fact, bukan setakat dua profesion ni, tapi banyak lagi macam nurse, radiographer… macam-macam la.
Dalam bidang kesihatan yang sangat sangat sangat LUAS ni, takde profesion yang boleh stand alone (okay, maybe ada ‘kot’, saja nak buat gempak disini). Doktor, pharmacist, nurses, allied health science yang ada bermacam-macam cabang saling tolong-menolong, bantu-membantu untuk make sure pesakit tu dapat terapi yang terbaik! Contohnya kat hospital, doktor boleh ke nak buat surgery kalau takde nurse yang assist? Cuba bayangkan kalau doktor sorang-sorang bedah orang, tak ke haru? Takde orang tolong tu satu hal, tekanan jiwa pun boleh dapat kot (nurse takde, nak borak ngan sape, patient dah tak sedar time surgery, huhu).
Lagi satu, tak ada course yang inferior atau superior. Bagi, aku, semua course sama je. Takde yang course ni “up” sikit, yang ni cam takde standard. Bagi aku, itu mentaliti je tu. Kalau telinga aku terdengar orang cakap macam tu (pernah beberapa kali kot), mula la mata aku nak menjeling sampai juling (ros ngan fana tahu aku jeling orang camana, tak sempat coverline depan diorang, hehe). Kalau nak kata dari susah atau senang belajar, semua course susah. Kalau nak diikutkan, tak ada benda yang senang kat dunia ni. Betul tak?
Okay, sebelum aku jadi emo, tukar topik.
Hurm, kerja pharmacist? Bidang ni sangat luas. TerSangat luas. Tak semestinya kena duduk dalam hospital dispense ubat. Kalau korang tak suka duduk hospital (maybe korang alergik dengan bau hospital? -_-“) boleh buka bisnes, jadi law enforcer, terjun dalam industri, jadi lecturer and inspire more young future pharmacists. Okay, skop yang aku letak ni yang common punya, actually, banyak lagi skop dia, macam forensic pharmacy (aku pun baru tahu tadi, hehe) dan macam-macam lagi la, sila research sendiri kalau nak tahu lagi.
Lagi satu kerja pharmacist. Kita ni macam last line of defense tau. Bila prescription datang, kita kena check prescription tu dari A sampai Z. Dosage regimen dia, side effect ubat ni patient tu boleh tahan ke tak, ada drug interaction ke in case patient tu dapat banyak gila ubat. Kalau ada silap yang kita boleh detect, kita bagitahu doktor. Cuba bayangkan kalau pharmacist tu senang-lenang goyang kaki, tak mahu check detail sebab percaya kat doktor 100%, apa jadi kalau ada interaction atau apa-apa la, so, pharmacist tu boleh dikira sebagai last line of defense sebab doktor pun boleh buat salah, in fact, semua orang tak perfect, itulah manusia.
Lagi soalan yang biasa student tanya, “susah tak nak menghafal ubat?”. Hafal ubat eh, bagi aku, takde menghafal sangat, cuma bila dah biasa tengok benda tu, dengan sendirinya kita akan ingat, so its not a big deal actually, nanti dah masuk hospital, dengan sendirinya akan “ter”hafal pasal ubat. Sebab bagi aku, lagi senang nak ‘hafal’ kalau dah jumpa ubat tu, hehe.
Haha, okay. Cukup pasal ni, lagi banyak aku membebel, lagi banyak aku menyimpang, hehe. Okay, ni saja untuk sekarang, lain kali kalau mood datang, aku membebel lagi, hehe.
PS: JESS taknak ke buat benda cam hari kerjaya panggil kitorang ‘super-senior’ ni? (takde kena-mengena dengan superjunior ye).
PSS: Bila masuk sekolah maahad tadi, rasa cam rindu pula kat sekolah sendiri, of course lah dengan classmate2, huhu, takde ke yang nak initiate re-union besar-besaran (I mean, combine cendekia ngan dinamik)? Hehe



hehe.. aku pon nak kne brainwash people pasal industrial design.. kadang2 org pikir aku ni bakal keje kat kilang yg pki bju biru tu.. huhu.. sedih je..
ReplyDeletehaah jom la wat reunion~ coz ktorg yg dak abim pon mungkin ade la kot nk wat gak nih.. huhu..
haha, sabar itu sebahagian dari iman... weh, jom buat nak? tapi bila yg sesuai? aku rasa cam kalau kita wat reunion kat sekolah macam nostalgik gila kot, hehe
ReplyDelete