Skip to main content

mujhse dosti karoge? ♥



Bismillah, Assalamualaikum

Okay!  Actually aku nak cerita pasal kawan.  Kawan ye, bukan kawen, hehe.  Mengikut syeikh google, ‘mujhse dosti karoge’ bermaksud ‘will you be my friend’.  Percaya je lah ngan syeikh google, malas nak tanya nadh, hehe (teringat kat dr merzouk bila mention syeikh google, hehe).

Dapat idea lama dah sejak mar buka group JESSian kat facebook.  JESS tu maksudnya Jalan Empat Secondary School (ni takyah tanya syeikh google).  Tak silap aku, group ni buat lepas fatihy ngan nasyrah kahwin (first ever married couple in our batch, aku sungguh tak menyangka mereka berdua ni bakal kahwin, lalala, so who's next?! <sila jangan tanya aku balik ye>).

Alang-alang dah bertemu kembali kat dinding maya facebook tu, kitorang pun dah mula nak merancang-rancang mass reUnion, campur kelas dinamik ngan cendekia, baru meriah!  Oh untuk yang tak tahu, batch kitorang sikit je, dua kelas je duduk sebelah menyebelah, pusing-pusing jumpa muka tu jugak, haha.  Dah la kebanyakkan yang masuk jess time batch kitorang datang dari jalan 3, muka tu jugak le yang dok ngadap dari form 1 sampai form 5.  Bak kata azlan;

“kimi, asyik muka kau je, bosanlah! <ceh kau>”

Yang tu baru dari jalan 3.  Ada yang lagi lama!  Cam najat, kenal sejak kecik.  Kecik tu means masa taska atau tadika atau time transit, tak ingat mana satu, hehe.  Ada la yang lain-lain kenal sejak sekolah rendah, hehe.

Owh, Bila reunion nak buat tu kena tanya event manager lah, harap-harap ramai boleh datang (sambil buat muka mengharap), rindu sangat-sangat kat korang tau!  Kalau budak uia especially rx8 yang baru berapa bulan tak jumpa pun dah rindu bagai, ini pulak yang dah bertahun-tahun tak jumpa, huhu.

_____________________________________

Alang-alang terbuka topik zaman sekolah, banyak lah kenangan muncul kembali di dalam otak, antaranya;

#  Dulu masa sekolah setiap kali perhimpunan, kena buat barisan.  Sebab batch kitorang dua kelas je, so buatlah dua line beratur.  Tapi, kitorang ni sikit, makanya lama-kelamaan bila dah duduk lama, jadi berterabur sampai nampak macam 1 line je.  Masa tu kebanyakkan daripada kitorang layan formula one.  Race tu kan selalu hari ahad.  So, hari isnin mesti bergosip pasal F1, oh rindunya!  Paling lawak raj lah, siap tengok sambil tekan kalkulator sebab nak kira gap antara driver, hehe.

#   Paling best dan mencabar mestilah masa design dan buat banner sempena sambutan merdeka ngan maulidur rasul!  Macam-macam la, dengan cat tertumpah atas lantai kelas lah (ada lagi tak? Ke cikgu dah sental?), lepas tu nak lukis unta tapi nampak pelik sampai last-last ashwin yang lukis unta, hehe.  Nah, bawah ni letak gambar banner yang sempat di ambik.

~ Banner maulidur rasul time form 4 (4 dinamik punya)~

 ~banner maulidur rasul time form 5 (dinamik), nampak sikit je banner, haha~

 ~Banner merdeka time form 5.  Yang background hitam tu dinamik, sebelah tu cendekia punya~

#   Aku dulu tak suka pakai kasut sekolah dalam kelas (sekarang pun buka juga, hehe).  Biasanya, sampai sekolah, aku 'parking' kasut aku kat bawah meja pastu jalan kehulu kehilir dengan stokin je.  Tapi kalau nak jalan jauh-jauh cam tandas, makmal ngan kantin pakai lah kasut tu balik.  So, kadang-kadang adalah mereka-mereka yang berkenaan yang pergi sorok kasut aku (ceh!).  Sekarang pun dalam kelas ngan lab aku selalu bukak kasut pastu jalan ngan stokin, hehe, so, janganlah tunjuk muka pelik kat aku.

#  Selalu menang kelas terbersih dan terceria!  Kelas dinamik lah!  Berapa kali entah dapat.  Haha, bangga kot.

~cun tak kelas kitorang? hehe, rajin sume orang study time ni? nak dekat spm kot~

#   Hurm, apa lagi?  Banyak sebenarnya.  Tapi kalau nak tulis semua, berjela-jela la entry ni, hehe.

Okay, cukuplah pasal kenangan ni.

________________________________________

Aku rasa, semua sebelum kawan dengan aku, ingat aku sombong, senyap, garang.  Ya, dah terlalu biasa dengar benda ni.  Even za'eh (one of my best friend), cakap;

"kimi dulu kita ingat awak sombong gila,"
aku; "errr <sambil sengih>"

Masa GPDP (ye ke nama program ni, tak ingat dah) kat uia pj.  Kena pecah group kecik, pastu duduk kat SMAWP dengan akak-akak dan abang-abang faci.  Masa tu aku tak kenal siapa-siapa dalam group kecik tu.  Antara aktiviti adalah 'first impression'.  Adalah sorang brother ni pergi tulis aku punya;

"GARANG,"  <terangkat sebelah kening aku bila baca -_-“> 

~tak kira, nak jugak letak gambar SMAWP!~

Ahaha, rela je lah, dah biasa.  Garang, memang aku garang.  Tapi garang aku ikut tempat dengan mood.  Tapi aku rasa aku dah cool down sejak masuk uia, so korang takkan dengar la aku jerit-jerit angkat penyapu kejar manusia lain (ni salah satu versi aku mengamuk, banyak lagi versi lain), so, jangan risau ye.  Sekarang ni nak marah pakai mata jeling-jeling ‘manja’ je, hehe.

Of course lah paling rindu dengan mereka bertiga ni (refer gambar kat bawah)!  Seriusly rindu ngan korang!  Teringat dulu ili selalu marah aku sebab aku malas buat homework add math, hehe.  Kenangan paling lawak ngan mereka ni sudah semestinya time nak buat kad hari jadi.  Haha, masa tu kitorang kreatif yang amat dalam bab-bab ni especially dari segi construction kad tu.  Contohnya, Birthday za’eh buat replika pizza, siap ada kotak pizza buatan sendiri, pastu suruh ken buat delivery dalam kelas, sweet je bila ingat balik!!


Aku tahu aku tak perfect.....  Selalu menyendiri melayan diri (tak bermaksud aku jiwang).  Facebook pun on sebab main cityville, handphone memang tak layan sangat, e-mail lagi la malas nak bukak.  Somehow, lama-lama aku rasa jauh, or maybe korang rasa jauh dengan aku, but deep down, korang semua ada dalam hati aku (aku dah kunci siap-siap korang, takleh lari punya) Full Stop.  Tak tahu nak tulis apa, hilang kata-kata....

Aku jumpa sajak ni masa berborak-borak dengan syeikh google, bacalah korang ye~ (lupa nak amik nama author, kira halal la.

The best of friends,
Can change a frown,
Into a smile,
when you feel down.
The best of friends,
Will understand,
Your little trials,
And lend a hand.
The best of friends,
Will always share,
Your secret dreams,
Because they care.
The best of friends,
Worth more than gold,
Give all the love,
A heart can hold.


The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing... not healing, not curing... that is a friend who cares. (Henri Nouwen).

I'm not perfect.  In fact, everyone not including you!  I admit my weaknessES, and we learn new things everyday about our friends.  So, Mujhse dosti karoge?

PS:  Err, for some reason, tiba-tiba je aku ngidam coolblog sebab bukak blog (adalah sikit persamaan dalam sebutan tu, ahaha~)

PSS:  Kalau korang perasan kan, nama sekolah kat bangi ni kebanyakkannya ada jalan; jalan 3, jalan 4, jalan reko.  Haih, jalan apa lagi?

PSSS:  Baru intai-intai blog rx6, tengok penempatan PRP diorang.  Haih, debar pulak rasa walaupun 2 tahun lagi baru nak menempuh PRP.  -_-“


Comments

  1. aku suke3! hahaha.. eh aku xpenah pon tgk gmbr yg dlm kelas yg yuzuan pdg blkg tu.. Oo bnyk ko sorok gmbr ye kimi.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. haha rai, aku dok godek2 gambar zaman dulu jumpa gambar tu. tp aku rasa tu mcm dr kamera ili, x ingat dah, bercampur2 gambar sume

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...