Bismillah, Assalamualaikum.
Okay, serius lama tak update blog ini. For your information, sem baru sudah pun bermula seminggu yang lalu, to be exact, 12 september 1989 2011, time birthday cik fatin nur atiqah ku sayang, hehe. So far, kelas okay, memang tersangat okay sebab kotak-kotak dalam jadual masih ada yang kosong, tapi nanti tengoklah 3 atau 4 minggu kemudian ada lagi tak kotak kosong tu, huhu.
Back to the main topic, Gua Tempurung!
Aku pergi Gua Tempurung 6 september yang lalu. Hari tu hari jadi aku, kira aku celebrate dengan kelawar lah, hehe. Pergi situ pun bukan sebab melancong, tapi sebab ikut papa supervise student dia buat kerja untuk diorang punya tesis. Kerja-kerja tu aku takleh nak describe sebab aku pun tak paham apa diorang buat sebenarnya, hehe. Sudahlah student tu classmate anih, semua lelaki, so aku ikut papa je lah sebab takde kawan T_T, anih mesti ngan kawan dia.
Sedikit info, gua tempurung ni terdiri dari batu kapur (mostly lah), bak kata papa;
Aku pergi Gua Tempurung 6 september yang lalu. Hari tu hari jadi aku, kira aku celebrate dengan kelawar lah, hehe. Pergi situ pun bukan sebab melancong, tapi sebab ikut papa supervise student dia buat kerja untuk diorang punya tesis. Kerja-kerja tu aku takleh nak describe sebab aku pun tak paham apa diorang buat sebenarnya, hehe. Sudahlah student tu classmate anih, semua lelaki, so aku ikut papa je lah sebab takde kawan T_T, anih mesti ngan kawan dia.
Sedikit info, gua tempurung ni terdiri dari batu kapur (mostly lah), bak kata papa;
"batu kalsium karbonat," -_-"
Pemandangan dalam gua pun sangatlah cantik, lebih-lebih lagi kalau korang boleh appreciate batu-batu dan alam semulajadi di sekitarnya. Tapi, elok-elok sikit jalan atau merangkak, jangan khusyuk sangat tengok kecantikan alam sampai kepala terhantuk-hantuk kat bumbung gua macam aku, hehe.
Benda paling penting aku nak ingatkan, kasut mestilah sesuai. Tolonglah jangan pakai wedges ataupun heels. Kasut sukan pun bagi aku tak berapa sesuai. Paling sesuai kasut getah. Sebabnya, sepanjang korang jalan kat bawah tu (bukan yang tangga-tangga tu), kaki korang memang dalam air. Air sungai dalam gua tu pulak sejuk yang amat. Lepas keluar gua, memang confirm, kulit kaki korang jadi kecut!
Papa cakap peraturan masuk gua kat aku ngan anih masa student dia sibuk ukur itu ini. Aku malas nak google, aku tulis apa yang aku ingat je;
# Minimum 3 orang. Supaya, kalau sorang tu kecelakaan, sorang boleh lari mintak tolong, sorang lagi boleh stay jaga yang lagi satu tu.# Lampu suluh adalah wajib beserta bateri tambahan. Manalah tahu kan, tersesat ke ada spare bateri, hehe.# Bekalan makanan. Reason dia sama dengan yang di atas.# Banyak lagi, google sendiri la ye.
Kitorang masuk ikut sungai kat dasar gua. Makin lama makin gelap sampai tahap, kalau tutup lampu suluh, tak nampak apa-apa pun. Kelawar time ni tak banyak. Ranger cakap bukan musim dia. Seriusly? Kelawar ada musim ke?
Perasaan aku dalam gua tu berdebar-debar sangat. Sebab sebelum masuk gua, orang kat luar cakap kena keluar sebelum pukul 1 tengahari sebab takut hujan. Kalau hujan, gua tu akan dipenuhi dengan air. Sangat menakutkan! sebab kita mana tahu cuaca kat luar masa dalam gua. Tapi ranger tu ada cakap tanda-tanda hujan masa dalam gua. Antaranya, tiba-tiba angin kuat datang. Masa tu, larilah keluar ye. Dah la mereka-mereka ni bila buat kerja memang khusyuk. Perjalanan 2 jam jadi dekat 4 jam. Banyak kali jugak lah aku suluh jam tangan, pastu bising pot pet pot pet kat telinga papa dah nak pukul 1.
Hurm, tak tahu nak tulis apa sebab kepala tengah fikir nak study pharmacokinetic ngan kelas dr rushdi esok, kalau korang perasan tulisan aku berterabur habis kat atas ni, so letak gambar je lah.
Gambar lawa sebab guna kamera upik yang canggih, kalau pakai kamera aku nampak hitam je.
Haruslah apa part kena merangkak dalam ni, baru mencabar, hoho.
Makhluk gua.
Masa ni dah dekat dengan bumbung gua dah, semput betul nak panjat sampai atas ni, dah sampai atas kena turun pulak, haish -_-"
PS1: Esok petang ada kuiz pharmacokinetic. Kuiz pertama untuk sem ni, berdebar gila. Doakanlah kami ye, hehe.
PS2: Rindu dengan fateh walaupun baru jumaat tu jumpa, huhu. Takpe, nanti suruh bonda bawak pergi sambutan hari raya kat KOP ye fateh! (tak ingat panggilan fefa, ingat fateh je, huahaha). Tak dapat nak letak gambar fateh sebab ada dalam handphone, malas nak trasfer, ehehe.
PS3: Oleh sebab kelajuan internet kurang memberangsangkan, aku upload sikit je gambar. Upload banyak-banyak pun bukan korang boleh appreciate, gambar batu je semua.
Comments
Post a Comment