Skip to main content

Clerking untuk kali pertama [Kemaman]

Salam, Bismillah.

 ~sumber gambar dari google~

*Tarik nafas sedalam-dalamnya~*

Clinical pharmacy.  Subjek ini antara yang buat aku berdebar-debar semester ni.  Sebabnya?  Kena pergi hospital untuk clerk patient.  REAL patient, bukan macam baca buku teks mahupun nota-nota lecturer.  Risau betul.  Mula terfikir, cukup ke ilmu di dada otak nak clerking ni, buatnya salah interpret ke….  Macam-macam lah yang berlegar-legar dalam otak ni!  (haha, agak hyperbola di sini, buat sign and symptom je pun).  Tapi, nasib baik kitorang tagging dengan senior.  Lega lah sikit, boleh dijadikan rujukan sebab diorang dah ada experience.

Mula-mula, nak cerita clerking ni apa buat mereka yang tak tahu, sebab aku pun tak tahu clerking ni apa mula-mula, hehe.  Clerking ni macam kita pergi interview patient kat ward untuk ambil data-data yang diperlukan.  Nampak macam simple, tapi realitinya, kalau takde experience, blur jugak la (aku la tuh).  Untuk subjek ini, kitorang akan clerk patient kat 3 hospital iaitu HTAA, Kemaman dan Temerloh.

Minggu pertama clinical (minggu lepas), aku clerk patient kat hospital kemaman under respiratory and genitourinary system.  Mak aih, malam sebelum clinical tu, compartment aku macam tongkang pecah!  Aku ngan nadh study sambil bergosip sampai kertas-kertas berterabur.  Habis nota-nota Body System semester lepas terdampar atas katil, lantai ngan meja.  Kalah final exam kot, haha.  Dah puas study panjat katil nak tidur sebab esok kena bangun awal.  Bas ke kemaman bertolak 6.45 pagi, kena bangun awal bersiap-siap ngan sarapan, hehe.

Pagi esok, sampai kat hospital kemaman pukul 8 pagi (lebih kurang lah).  Berdebar-debar sangat.  Sampai je, terus pergi ke farmasi pesakit dalam untuk briefing.  Lepas briefing, dapat case, berduyun-duyunlah semua naik ke wad.  Group kitorang dapat case AECOAD (acute exacerbation of chronic obstructive airway disease).  Aku taknak discuss lebih-lebih pasal case ni, kena jaga patient confidentiality, be professional.

Kitorang salin-salin data ngan interview patient tu sampai pukul 11.  Masa ni, kena bertolak-ansur dengan staf-staf lain kat wad tu.  Macam BHT (bedhead ticket; fail yang ada semua data pesakit), kena kongsi-kongsi dengan doktor kat wad.  Kalau tak paham apa-apa kat BHT tu, boleh jugak tanya doktor kat situ, diorang sedia membantu.

Muka kena selalu senyum.  Otak tengah dilanda krisis pun senyum.  Aku takde masalah sangat pun nak build rapport ngan patient, cuma satu je masalah.  Masalah dialek.  Patient aku umur 83 tahun.  Dialek terengganu dia agak pekat.  Itu satu kekangan, tapi tak de masalah sebab tipah ada, hehe, kelantan ngan terengganu lebih kurang kan (sila jangan argue kenapa aku tak reti cakap kelantan eventhough aku asal situ, aku paham tapi tak reti balas).  Lepas tu terus turun pergi discussion room kat wad bersalin nak interpret data sebab presentation start pukul 12 tengahari.

Masa ni, seriously senior sangat membantu.  Diorang yang tolong tunjuk mana data yang perlu salin.  Diorang yang tolong ‘terjemah’ tulisan doktor yang sangat cantik (tulisan aku lebih kurang je ‘cantiknya’, ahaha).  Diorang jugak lah yang tolong betulkan mana-mana part yang salah masa presentation!  

Masa presentation, kitorang dibahagi kepada 3 kumpulan di bawah pengawasan pharmacist.  Group aku dengan pharmacist kat situ, kak ida.   Seronok sebenarnya dengar presentation ni, tapi masalahnya, keadaan mental aku masa tu sangat tak condusive.  Aku hypoglycemic (lapar le tu, hehe) ngan kesejukan yang melampau.  Bila aku cakap sejuk melampau tu memang serius sejuk!  Sampai tahap tangan aku nak menggigil.  Aku ngan nazmi paling teruk kot sebab angin air-cond memang kena direct kat kitorang.  Kitorang habis presentation dalam pukul 2 petang.  Oh, leganya!

aku rasa tulisan aku tagi 'comel', haha

Sementara tunggu group lain siap, kitorang pergi makan tengahari dan solat.  Lepas tu berkampung dekat tepi kiosk sebab nak discuss report.  Petang tu bas sampai (serius tak ingat pukul berapa).  On the way balik kuantan, pakcik bas berhenti kat tepi pantai kat kemaman.  Hurm, aku tak sure nama tempat tu apa, tapi kitorang satu family memang selalu lalu jalan tu nak cari satar.  Dekat sejam jugak lah kitorang berhenti kat situ sambil makan-makan.  Masa ni, hilang stress sekejap sebab suasana dia macam tengah bercuti, hehe.


Report CP (clinical pharmacy) kena hantar seminggu selepas clinical.  Kelam-kabut jugak lah nak interpret lab test.  Masa aku tengah menaip ni, kitorang punya part dalam report tu dah siap.  Sebab tu senang hati menaip kat blog.  Hari ni hari selasa.  Lusa hari khamis, kitorang akan clerk patient kat hospital temerloh pulak under CVS (cardiovascular system).  Adoi, CVS lagi sakit jiwa nak menyalin ngan interpret data! 

Okay, sampai sini dulu update semester ni.  Next time kalau rajin aku cerita pasal personality workshop yang kitorang pergi ahad lepas.  Excited gila nak cerita!

PS:  Nak cakap jugak.  Minggu ni sangat stressful!!!

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...