Skip to main content

Clerking untuk kali kedua [Temerloh]



Bismillah, Assalamualaikum.

Seperti yang telah aku ceritakan pada entry terdahulu, kitorang akan clinical di 3 hospital.  Hospital Kemaman, Hospital Temerloh dan HTAA.  Minggu lepas-lepas (week 6), tibalah giliran kumpulan aku untuk clinical di Temerloh under cardiovascular and hematology.

(imbas kembali)

21 Oktober 2011

Hujan turun renyai-renyai.  Rasa macam tak nak bangun je, tapi paksakan jugak diri pergi bersiap-siap sebab bas akan bertolak ke Temerloh pukul 6.15 pagi.  Sekitar pukul 6.10 pagi, kebanyakkan dari kitorang sudah pun berkumpul di bawah T3.  Masing-masing membawa payung yang bakal digunakan untuk merentasi hujan untuk ke Kulliyyah of Pharmacy (KOP) yang terletak nun di sebalik kegelapan pagi.  Maka, bermulalah satu perdebatan;

“bas kat KOP kan?”
“eh, kenapa saya dapat mesej kata bas kat cf sis?”
“cf sis?  Kat situ bas nak kemaman je kan?  Bukan last week bas temerloh kat kop?”
“ah sudah!”

Setelah beberapa minit (yang tak terlalu lama), kitorang mengambil keputusan untuk pergi ke cf sis.  Lebih kurang 6.20 pagi, kitorang tiba di cf sis.  Masa yang digunakan untuk tiba di situ agak lama disebabkan hujan, makanya kitorang terpaksa guna jalan dalam which is very long.  Masuk saja dalam bas, terus duduk sambil tunggu bas bertolak.  Perjalanan ke Temerloh mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Sampai saja di Temerloh, kitorang terus bergerak ke farmasi bekalan ubat (yeke? Tak ingat nama tempat tu, hehe).  Jalan ke situ agak berliku-liku, kitorang cuma mampu ikut senior je sebab baru first time kat sini.  Di situ, kitorang diberi taklimat oleh ahli farmasi kat situ merangkap preceptor, karen dan shirleen dengan bro Hafiz sebagai supervisor.  Kali ni, kitorang dapat case NSTEMI (non ST elevation myocardial infarction).

Hospital temerloh sekarang ni pakai komputer untuk record anything, tak macam kat kemaman minggu lepas yang pakai bedhead ticket.  Untuk mengelakkan perebutan, pharmacist tu dah print out semua benda kat kitorang kecuali vital signs.  Maka, kerja salin-menyalin pun bermula!  Vital signs kena salin dari komputer dalam bilik seminar.  Komputer pulak ada 1 je dalam tu.  Nasib baik group kitorang yang first guna, hehe, sebab vital signs SERIUS banyak sebab patient sakit jantung.  Kesian group yang kena tunggu lama tu.

Kitorang selesai menyalin dan clerk patient dalam pukul 10.30 pagi.  Kitorang (group aku je, hehe) terus pergi café discuss kat situ sambil-sambil tunggu nak lunch.  Group yang lain semua masuk dalam library untuk discussion.  Lepas lunch (dalam pukul 11.30), baru kitorang join masuk library untuk discussion   Alhamdulillah, sekali lagi case yang kitorang dapat tak berapa complicated, so, perbincangan agak ‘santai’, hehe.

Bila tiba waktu lunch hour, group yang lain pun berduyun-duyun turun ke café, group kitorang pulak relaks dalam library tunggu waktu nak solat je.  Alhamdulillah sekali lagi, sebab setakat ni, group kitorang tak pernah lagi makan dengan tergesa-gesa, ehehe.

Presentation bermula pukul 2 petang.  Ada 1 sesi saja presentation, so, sesi ni memang mengambil masa yang agak lama sebab nak habiskan 8 group.  Selesai je presentation, terus rushing pergi melawat husna yang admitted to hospital temerloh sebab ketonuria.  Alhamdulillah bakal ibu ni sihat except for her morning sickness.  By the end of our third year, we will have 4 babies in our batch!  Huhu, tetiba rindu kat fateh…

Okay, lebih kurang pukul 5 petang lebih, bas UIA pun bertolak keluar dari hospital temerloh, aku betul-betul ingat bas tu nak balik terus, boleh pulak dia berhenti kat kedai makan -_-“.  Tapi takpe, turun makan kuih-muih sambil release tension, bila lagi nak datang sini kan? Hehe.  Lebih kurang pukul 6 petang lebih, barulah bas bertolak pulang ke kuantan.  Kitorang sampai UIA dalam pukul 8 malam jugak lah and seriously hari ini amat memenatkan.  Phew!

(habis imbas kembali)

Okay, masa yang aku ambik untuk update blog ini amatlah slow buat masa sekarang.  Apa nak buat, semenjak dua menjak ni, aku hilang mood untuk buat semua benda.  Dah balik rumah baru semangat tu recover balik.  Adakah ini dipanggil “homesick”?


Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...