Skip to main content

Exam Datang Lagi


Bismillah, Assalamualaikum.
 
Minggu ni dah minggu terakhir untuk semester ni.  Minggu depan dah final exam -_-“.  Haih, rasa macam baru je masuk sem ni (ayat cliché ketika di hujung sem, hakhak).  Jadual exam pun dah keluar.  Alhamdulillah, takde lah rasa sesak sangat, acceptable lah.  Hujung-hujung sem before final memang compact dengan kuiz dan presentation.  Macam hari ni (19/12/11), kitorang ada 2 kuiz berderet, biopharm dengan CP.  Presentation tu mainly CP je la sebab presentation DD dah cancel.

Aku menulis kali ni takde point pun, saja je gian nak menulis kat sini (tanda-tanda stress sudah muncul, haha).  Lagi 1 sebab, nak letak gambar yang aku ambil minggu lepas di kala stress study untuk kuiz.  Sepanjang semester ni kamera aku tak pernah bukak kot (kecuali time counselling awareness program, tapi tu sebab untuk report)  sebab takde mood punya pasal.

Boleh la pulak, tiba-tiba hari tu stress study, muncul rasa gian nak ambik gambar.  Sanggup pulak tu pergi charge bateri kamera bagi full.  Kesian fondo nak tido kena kacau, hehe.


 Tembak fondo!  BANG! BANG!

Ops! Dah bangun!
 
Serius time ni rasa comel sungguh makhluk Allah yang 1 ni!

Akhir kata, good luck untuk semua yang ambik final exam especially budak-budak UIA, dan kanak-kanak riang Rx8 sekalian, hehe.  Smile always.
list yang hanya akan muncul sekali setiap hujung sem before final, hehe

PS:  tak sabar nak tunggu jumaat ni sebab nak balik rumah!! Yeah!
PSS:  Saya tengah stress dengan kuiz CP, agak-agak berapa carry mark, haih (rasa nak volunteer hantuk kepala kat dinding, huhu)


Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...