Bismillah, Assalamualaikum.
FUH!!!
Berat rasa nafas nak dihembuskan. Hari ni hari kedua final exam. Kitorang baru sudah menduduki kertas peperiksaan pharmacokinetic pukul 11.30 pagi tadi. Semalam (29 disember), paper Islamic Input sudah pun selamat dijawab! Okay, another FUH!!! Alhamdulillah, sangat bersyukur sebab dah selesai dua paper. Ada baki lagi 5 essay paper, 2 paper MCQ dan 1 OSPE untuk di tempuhi sebelum tamat final exam 3rd year 1st sem ni.
FUH!!!
Okay, aku admit aku kuat “mengeluh” sejak kebelakangan ni, orang yang kenal aku tahu aku memang selalu semput. Setiap kali naik tingkat 4 mesti SOB, haih. Dah 3 tahun panjat tapi tak hilang-hilang semput tu -_-“.
Sesuatu yang berbeza tentang exam kali ini ialah ketiadaan perasaan gemuruh. Perasaan aku neutral. Sampai aku rasa takut sebab tak rasa nervous. Hari ni sudah hari kedua dah aku masih tercari-cari di mana aku tinggalkan perasaan gemuruh tu. Aku expect perasaan tu akan muncul sebelum masuk exam hall untuk Islamic Input, tapi still takde. Okay, boleh tak aku rasa nervous sebab aku takde rasa nervous nak exam lagi? Oh Bahayanya.
Ketiadaan perasaan gemuruh tu maybe disebabkan kuiz-kuiz yang berlambak-lambak terutama sekali di hujung semester. Aku rasa korang semua dah tahu, pharmacy kat UIA tak de mid semester examination. Kitorang pakai continous assessment method whereby exam mid sem diganti dengan kuiz setiap minggu hampir setiap minggu. Dan kitorang ada 1 exam je setiap sem iaitu final exam yang meliputi semua topik yang kitorang belajar dari awal sem sampai hujung sem.
So, dari awal sem lagi asyik rasa nervous nak pitam dan nak muntah segala bagai setiap kali masuk exam hall untuk kuiz. Sampaikan satu tahap aku rasa takde pape dah. Pasrah je jalan masuk exam hall. Dah immune dah, haih… Problemnya sekarang ni bukan kuiz, sekarang ni final exam, perasaan gemuruh itu harus ada untuk menggalakkan diri sendiri untuk study, Bahaya bahaya~
But, look at the bright side of “the loss of ‘nervousness’ ”. Takde perasaan gemuruh, maka hati akan lebih tenang. Bila hati tenang, otak akan dapat berfungsi dengan lebih waras efficient. *ayat menyedapkan hati sendiri, ehehe*
Selain dari ketenangan, otak juga memerlukan glucose untuk berfungsi dengan baik. Maka dengan itu, haruslah kita makan sebelum exam. But, even dah makan pun, still rasa exhausted gila lepas exam. Especially masa Islamic Input. Sebabnya, macam aku cakap kat atas, kitorang ni exam sekali je setiap sem. Biasa kuiz setengah jam je, tapi exam dua jam setengah. So, rasa letih duduk lama-lama. Masa nak hantar answer booklets kat depan, tangan aku boleh shaking sebab letih, what the fish?!
Tengah-tengah exam ni, teringat pengalaman exam masa kat matrik UIA dulu. Dulu, meja kecik gila kalau nak compare dengan meja exam sekarang. Kerusi yang bercantum ngan meja tuh, macam kat bawah ni.
~kelas kat SMAWP, ni time kelas arab~
Dulu, setiap kali exam, aku selalu sapu yokoyoko kat belakang sebab memang confirm akan sakit belakang. Meja kecik, kertas berterabur, especially time jawab paper math. Mana dengan calculatornya, dengan nak lukis graph nya, masa tu pencil case riba je, kalau tak letak atas lantai. Time tu, barang-barang jatuh bersepai adalah pemandangan biasa. Serabut sangat rasa expecially time nak lukis graph, haih.
Other than that, meja punya ketinggian pun tak standardize. Pernah sekali tu, meja tu betul-betul atas paha aku. Ingat lagi, masa tu exam biology. Memang sepanjang exam tu aku kena membongkokkan badan. Habis exam memang terus sakit belakang. Sekarang ni, meja exam besar. Boleh susun-susun alat tulis elok-elok. Boleh baringkan kepala kalau tengah buntu tak de idea mengantuk kan. Belakang pun tak sakit sangat kalau exam berjam-jam. Maka, bersyukurlah dengan nikmat meja itu wahai kimi!
~sekarang meja exam cam ni, time ni tengah shooting 'majika' ehehe, tapi kerusi takdelah se'empuk' tu~
Dalam banyak-banyak pengalaman exam, ada 2 pengalaman exam yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Exam physic masa kat matrik UIA dulu. Dulu, kitorang exam mid sem waktu malam. Siang hari kelas macam biasa, malamnya exam (oh tabahnya kami!). Maka, di suatu malam yang hening di petaling jaya, semua pelajar yang berkenaan berkumpul di Al-Malik Faisal Hall (AMF) untuk menduduki exam berkenaan.
~AMF time arabic cultural night, kelas kitorang buat choral speaking, hoho~
Tengah kitorang khusyuk menjawab exam. Tiba-tiba PAP! AMF menjadi gelap-gelita. Dewan tu mula riuh dengan kekonfiusan para pelajar dan lecturer. Setelah beberapa lama, lampu menyala kembali. YEAY! Jawab exam balik dengan tenang. Kemudian, tidak sampai 2 minit, PAP! AMF menjadi gelap-gelita kembali. Setelah beberapa ketika, lampu pun menyala kembali, dan kitorang pun teruskan menjawab exam sampai habis, haha.
Pengalaman kedua pulak masa exam english lvl6. Exam ni final kot, berlangsung dekat…. Jap aku fikir nama tempat tu…. Okay, kelas yang dekat office admin ngan finance yang ada fountain kat tengah tu, serius aku tak ingat nama tempat tu. Yang pentingnya, masa tu siang hari (pagi). Semua orang tengah bersesak-sesak dekat koridor sambil menunggu pintu dibuka. Exam kali ini bukan dalam dewan besar macam AMF, tapi dalam kelas (dia bahagi-bahagi ikut kelas lah kot rasanya).
~nilah tempat tu, exam kat kelas kat tingkat atas~
Alkisahnya, masa tu takde letrik. Tak silap aku 1 PJ takde api. Tapi, kelas tempat kitorang punya kelas dah dibuka. Invigilator pun dah panggil masuk. Maka, kitorang pun masuklah dengan semangatnya, haha. Kiranya, kitorang lah kelas pertama yang dibuka, orang lain tak masuk kelas diorang lagi. Macam biasa lah, bila dah masuk, duduk je terus belek kertas soalan. Tengah-tengah duduk tu, tiba-tiba invigilator tu suruh keluar balik sebab takde letrik, so tak leh start lagi. Haih, silap la invigilator tu, dia patut kuarantin kitorang masa tu sebab kitorang da buka soalan.
Tu pengalaman exam aku. Tetiba terfikir menda la aku merepek kat blog ni. Ni confirm sebab overdose caffeine, otak celaru sikit -_-“
Okay, mari kembali menyusun nota-nota untuk dibaca, hoho! Till then, bye!
Aku rasa bukan kau je kot yg ada symptom loss of nervousness tu,. aku pun kot. :) sbb kt dah pressure sgt b4 exam dgn mcm2 bnda, dah takle nak catch up dah dgn feeling exam tu. haha. (ye je teori aku ni) ada gk org lain yg ngadu ngn aku dia pun x rasa pape nk exam.
ReplyDeletehaha, tau, aku tulis pun sebab ada org complain kat aku die pun dah kebas dengan exam hehe
ReplyDeletename kelas tu AD la kimi... admin department kot?eheh
ReplyDelete