Skip to main content

Pengalaman OSCE dan “dikurung” dalam Makmal


Bismillah, Assalamualikum


Hari khamis yang lepas (22/12/2011), berlangsung sudah kitorang punya OSCE yang pertama.  Ini adalah OSCE yang pertama.  Maka, perasaan berdebar-debar adalah di tahap maksimum!  Serius, sampai rasa nak muntah sebelum sesi bermula.  Oleh sebab jumlah batch kitorang yang ramai (105±), sesi OSCE terbahagi kepada 3.  Nama aku pulak termasuk dalam sesi pertama pagi tu, pukul 8.30 sampai 10.30 pagi.  Setiap sesi ada 3 wing (A, B, C).  Kira macam 3 group jalan serentak la.

Dalam wing B, nama aku kedua dalam senarai, macam biasa ar, diapit rostam ngan nadh (balik-balik muka budak berdua ni je, haha).  Maka, kitorang lah orang pertama yang mula dan habis, termasuk jugak 6 orang yang lain dari wing A dan C.  Kitorang punya OSCE habis dalam pukul 9.30 pagi sebab seorang ambil masa dalam 1 jam.  Habis je sesi kitorang, kitorang dipenjarakan dikuanrantinkan dalam lab pharmacogenetic sampai pukul 2 petang.  Ambik kau, dekat 5 jam kitorang kena kuarantin tau!

Persediaan OSCE

Dari segi persediaan, tak banyak pun yang aku sempat buat.  Sebab sehari sebelum OSCE, ada presentation CP sepanjang hari.  Walaupun aku dah habis present CP minggu lepas, tanggungjawab sebagai timekeeper menyebabkan aku bertapa dalam lecture hall untuk sesi pagi dan petang.  Mula-mula tu, adalah juga berhajat nak bawak nota untuk dibaca.  Tapi, lagi best dengar presentation tu, hehe.  Bila rehat je, berkejar pulak masuk lecture hall lagi 1 nak tengok presentation belah sana pulak.

Okay, back to the point, kitorang start study untuk OSCE malam sebelum OSCE tu sendiri.  Of course lah kitorang buat perbincangan ramai-ramai.  Benda alah macam ni, kalau study sorang-sorang mana nak paham, hehe.  Antara yang kitorang study dan practice  gila-gila malam tu, kaunseling MDI (metered dose inhaler), kaunseling insulin pen (flexpen ngan novopen) dan drug information service (DIS).  Yang DIS tu, kitorang siap berlakon bercakap dalam telefon lagi, hehe.

Malam tu study dan practice kaunseling dengan harapan insulin pen tak masuk, nak MDI je sebab insulin pen comlplicated, hehe.  Aseptic technique tak tersentuh sangat sebab tak tahu nak expect apa yang akan ditanya.

OSCE

Masa ni memang dah tawakal dah, nak baca apa pun dah tak masuk sebab nervous sangat.  Time OSCE pun main redah je, betul ke salah tu belakang kira, janji senyum dan berlagak cool.  Aku paling stress dengan chemotherapy punya kaunseling sebab aku rasa aku tak perform kat situ, haih.  Paling sengal pulak masa DIS.  Aku expect ada telefon.  Masuk je bilik Dr Ramadan, terus dia proceed dengan soalan.  Aku pulak blur, siap tanya;
“where’s the telephone?”
Station terakhir aku adalah OPD (outpatient department).  Kat sini kena kaunseling MDI.  Nasib baik bukan insulin pen,  Phew!  Aku tak tahu la cara aku bercakap nampak kelakar ke, atau aku nampak gelabah sangat ke, tapi patient tu macam nak gelak tengok aku -_-“.  Tapi still rasa macam nak hantuk kepala lepas keluar bilik tu sebab lupa nak mention kena gargle lepas guna corticosteroid inhaler, haihhh~  Tapi sebab ni aku punya last station, aku rasa happy sebab aku tahu lepas ni aku da habis, hehe.  Antara dialog masa kaunseling yang sengal;
Aku:  “do you understand my explaination on the technique?”
Patient:  “YES,”
Aku:  “so can you show me?”
Patient:  “NO!”
Aku:  “you said you understand?” <sambil kerut muka tak puas hati>
Patient:  “YES,”
Aku:  “Err….”  <terus masuk topik lain -_-“>
Haha, tapi aku difahamkan memang sepanjang 10 minit tu kita yang kena bercakap, tapi tension jugak kalau kita dok bercakap, patient tu macam takde respond.  Haihh…

Kuarantin

Seperti yang telah aku cakap, kitorang yang habis awal ni kena kuarantin dari pukul 9.30 pagi sampai 2 petang.  Aduh, sakit jiwa kot kena kurung.  Nama pun kuarantin, so tak boleh ada handphone dan laptop.  Aku pun konon-konon bersedia untuk menghadapi kebosanan dengan bawak novel ngan mp3.  Tapi, bila aku bukak beg, jumpa headphone je, tak jumpa mp3.  Nak baca novel pulak tak boleh sebab suasana tak condusive.  Akhirnya, kitorang dok buat sesi berurut kat belakang sampai pukul 11 lebih.

Ada 1 benda yang best kena kuarantin.  Kitorang dapat makanan free, hehe.  Lepas makan, main game pulak sementara nak tunggu pukul 2 petang.  Main BINGO ngan main tulis nama orang, negara etc ikut huruf tu.  Hehe.  Dah puas main, pergi bersembang pulak.  Kesimpulannya, agak terseksa jugak lah nak membuang masa sampai pukul 2 petang.  Sebabnya, lab pharmacogenetic tu agak kecik (research lab tu rasanya).  Lepas tu, kitorang yang kena kuarantin ni pulak ramai.  So, paham-paham sendiri la ye.  Yang tak boleh blah, sebelum nak keluar lab, jumpa pulak mp3 tu dalam beg, STRESS!  Penat aku charge die.

-----------------------------------------------

Hari ni hari jumaat.  Petang ni aku balik, hehe.  Dah kot, aku tak tahu nak tulis apa dah, hehe,  BYE.

PS: di tengah minggu yang hectic dengan CP dan OSCE, boleh pulak terlupa birthday adik sendiri (tampar muka sendiri, -_-“)


Comments

  1. kimi, kite pun lupa psl gargle after taking the corticosteriod inhaler tu!! serius rasa mcm...hadoiii...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...