Skip to main content

Awan

Bismillah, Assalamualaikum

Awan.  One thing yang aku suka sangat dengan kuantan tempat-tempat yang berhampiran pantai adalah sebab awan dia cantik.  Okay, maybe fakta ini tak berapa betul, tapi berdasarkan pemerhatian aku, aku memang rasa langit kat kawasan pantai cantik.  Ini adalah salah satu sebab kenapa aku suka pantai.  Bagi aku, pantai adalah tempat yang mendamaikan dan menenangkan.  Tapi aku just suka duduk je, tak suka mandi air laut sangat.

Okay, reason for this entry is.....   Hurm, aku tak terasa nak tidur lagi walaupun masa sudah menghampiri jam 12 tengah malam.  Maka, aku pun  menggodak-godak external aku untuk tengok gambar-gambar lama.  Oh, tak la lama pun, 2 tahun lepas punya album je, haha.  And then, aku jumpa satu album, tajuk yang aku beri “Awan” bertarikh 9 Julai 2010 (aku susun album gambar ikut tarikh, senang aku nak cari kalau ada apa-apa hal).

Masa ni, semester 1 tahun 2 baru je nak buka.  Tak silap, aku dengan nadh je yang dah ada kat bilik kitorang, aimi dengan wan belum.  Masa ni jugak, kilat sabung-menyabung, guruh berdentum-dentum.  Awan memang tak payah cakap la, tebal yang amat sampai rasa macam pukul 7 malam.  Masa ni, awan memang sangat cantik.  Serious lawa.  Dengan warna birunya, dengan bentuk-bentuk awan tu.  Boleh tak aku terbayang bunga mawar biru bila tengok, ahaha.

Tapi, masa ni fokus aku bukan dekat awan tu, tapi dekat kilat yang tengah sabung-menyabung.  Aku pun on kamera, buka tingkap luas-luas, pastu termenung tunggu kilat muncul.  Konon nak ambik gambar kilat sebab aku suka tengok kilat sabung-menyabung, tapi haruslah ketika aku berada di tempat yang selamat macam di sebalik tingkap kereta dan bilik.

Tapi, oleh sebab kamera tak ‘power’, yelah, kilat tu kan cahaya dan cahaya tu kan laju, tak menyempat le aku nak snap.  Oleh sebab aku tak pro, maka aku ambik je la gambar awan, pun lawa apa, hehe.

Ni raw punya, sebelum edit

Ni lepas edit 

 Honestly, aku rasa yang tak edit lagi lawa, haha.  Kan!

PS:  Kalau korang buka entry ni untuk baca fakta tentang awan, mintak ampun ye, takde.  Tajuk dia awan sebab aku letak gambar awan, haha.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...