Skip to main content

Life is too short to wear seatbelt


Bismillah, Assalamualaikum.

Okay, tajuk di atas adalah satu sindiran *angkat kening sebelah*.  Berapa ramai antara kita yang rasa leceh untuk pakai tali pinggang keledar?  Dan sedar tak berapa ramai manusia yang hilang nyawa sebab tak pakai tali pinggang keledar?  Well, aku adalah salah seorang manusia yang pernah ada perasaan menyampah nak pakai seatbelt *tali pinggang keledar panjang sangat nak taip, so taip seatbelt, hehe*.  Tapi tu masa zaman sekolah dulu…

Masa aku kecik dulu *zaman baru belajar ABC*, kalau balik kampung, mesti aku kena duduk depan sebelah papa dalam kereta.  Sebabnya, adik-adik lelaki aku semua mengada-ngada nak bermanja-manja dengan mama, tidur pun beriba, gedik gila.  Memang pergi mana-mana pun aku dengan papa, diorang dengan mama.  So, masa ni pun aku dah kena ‘paksa’ pakai seatbelt dengan papa.  Masa ni kaki aku tak cecah lantai kereta pun lagi.

Masa sekolah, papa yang hantar kitorang pergi sekolah kalau kitorang sekolah sesi pagi.  Oleh sebab aku kakak, maka haruslah aku yang duduk depan (seat sebelah driver tu), muahaha.  Dan setiap kali duduk depan tu, mesti kena marah kalau tak pakai seatbelt.  Okay, ayah aku marah gila tau bab-bab keselamatan ni, tapi sekarang kalau orang naik kereta dengan aku tak pakai seatbelt, aku bagi jelingan manja je, takde marah-marah pun, ehem!

Okay, bila papa dah start marah, bermulalah dia punya lecture (dah memang dia lecturer pun -_-“).  Keluar lah semua cerita orang tu accident, orang ni terbang, macam-macam lah, haih.  Tapi, sebagai budak yang suka protes sana sini, of course lah aku hanya pakai bila papa marah, hehe.

Aku ingat aku mula-mula ‘ikhlas’ nak pakai seatbelt masa naik kereta dengan mama.  Masa tu sekolah lagi kot.  Orang perempuan kan, standard la tekan brek mengejut, hehe.  Time tu mama tekan brek mengejut.  Seperti biasa, badan kita akan laju nak ke depan disebabkan inersia.  Tapi, seatbelt tu tahan, its like dia ‘pegang’ badan kita.  Okay, analogi aku pelik, tapi korang paham kan?  Dan aku actually suka masa tu.  Sebab dah experience function seatbelt, jadi seronok nak pakai *aku tahu korang mesti rasa aku pelik, admit it!*


Tapi, lama-lama benda ni jadi habit tau.  Asal naik kereta je terus tarik seatbelt, especially kalau naik kereta dengan ana (sepupu ku sayang), muahaha, naik kereta dengan ana WAJIB pakai seatbelt.  Rule papa, selagi kereta tak berhenti jangan buka sealtbelt tu.  Nak pergi dekat pun kena pakai sebab anything can happen.  Sama jugak dengan helmet untuk yang naik motor tu.  Sampai nadh bising;

“kimi! Perlu ke, Nak pergi dalam uia je pun!!”
“accident tak kira tempat la weh!!”

TAPI, kadang-kadang aku pun ada rasa malas nak pakai seatbelt especially bila tangan penuh dengan barang macam lepas balik dari pasar malam, hehe.  Time tu mesti nadh bising lagi;

“Kimi! Pakai seatbelt!!”
<pulak dah -_-“>

Okay, macamana korang pakai seatbelt?  Before that, aku nak briefly explain the structures or components of sealtbelt.  Sealtbelt untuk kereta *seatbelt untuk kapal terbang tak kira eh* terdiri dari 2 straps of ‘belt’, namely lap belt and shoulder belt.  Lap belt tu yang dekat korang punya abdomen tu.  Shoulder belt tu yang dekat dada korang tu.


Dari pemerhatian aku.  Ada orang pakai seatbelt, TAPI dia pakai lap belt je.  Yang shoulder belt tu dia tarik letak kat belakang badan.  Kan!  Sila mengaku siapa yang buat tu!  Aku pun macam ni masa kecik, hehe.  Ada orang pulak pakai seatlbelt tu, both lap and shoulder belt.  TAPI, dia duduk macam orang malas, aku panggil slouching, duduk gaya malas macam slowpoke *sejenis pokemon, eheh*.

Haihh….  Korang tahu tak kenapa ada lap belt dengan shoulder belt?

Lap belt tu ‘dicipta’ supaya dia aligned dengan kita punya pelvic tu.  Meanwhile, shoulder belt tu ‘dicipta’ supaya dia lalu dekat kita punya thoracic cage.  WHY?  So that the stopping force is applied to the rib cage and the pelvic which is the sturdier (kuat) part of our body.  Kat tulang, bukan dekat abdomen atau perut *untuk yang duduk slouching*.

Everyone aware of the existance of inertia right?  Right??  Right!!!!

Oh fine lah, for those who didn’t know or….  You know but forget already hah? *baca dengan gaya comel dr sanda*This is one brisk “scientific” explaination on inertia;

The tendency of an object in motion to remain in motion, or an object at rest to remain at rest, UNLESS acted upon by a force.

Okay, got it?  Dalam bahasa mudahnya, bila kereta bergerak dengan laju, lets say dalam 120kmj.  Manusia-manusia yang ada dalam kereta tu pun bergerak dengan halaju yang sama tapi inertia kereta dengan manusia tu independent.  Bila kereta tu berhenti tiba-tiba sebab impak yang kuat contohnya macam langgar tiang lampu atau apa-apa je lah, manusia tu still bergerak dengan halaju 120kmj.  So ada 2 kemungkinan je yang berlaku kalau korang tak pakai seatbelt;

#   kepala “ter”hantuk dekat dashboard atau stereng kereta dengan halaju 120kmj.  Okay, serius tak nak bayangkan kesakitan tu.

ATAU

#   terbang melayang menembusi cermin depan kereta
Seriously nauzubillah!

Okay, contohnya lah.  Tak pakai seatbelt.  Pastu bawak kereta macam kimi raikkonen atas litar F1.  Tiba-tiba langgar tiang lampu.  Kepala pun terhantuk dekat stereng atau cermin *OUCH!!*.  Dalam kes ni, stopping force tu concentrate dekat bahagian kepala yang terhantuk tu, dan ini seterusnya akan menyebabkan complication.  KALAU pakai seatbelt, stopping force tu akan spread dekat rib cage dengan pelvic, so force tu takdelah concentrate sangat.

Another important feature of seatbelt is the material used to build it.  Okay, aku tak faham lah dia guna fabrik apa, macamana dia "kait" benda tu atau apa-apa je lah, TAPI, in the end kita berhenti tu tak mengejut sangat.  Paham kan?  Kalau nak maklumat lebih lanjut, sila google.  Aku rasa dah panjang gila entry ni, hehe.

Conclusionnya, semua orang dah besar, perkembangan CNS (central nervous system) korang pun sempurna kan.  Maka, korang boleh fikir sendiri *termasuk aku jugak*,

"is life too short to wear seatbelt?"



Comments

  1. haha.. comel la kimi nih. in honest truth.. i dont like wearing a seatbelt. sesak kat bahagian dada.. if you know what i mean.. heh. tapi pakai gak. tapi selalu nye cam ade jarak 200m nak sampai umah atau destinasi, mesti cepat2 cabut sbb bile nak tgk jalan kan kena ke depan sket..hehe.. anyway, thanks for the info! *semua orang tahu tapi tak amalkan n x sedar* ;p

    ReplyDelete
  2. no problem rai! hehe, aku kalau kereta nak masuk parking tu tangan dah standby nak bukak seatbelt tu, *tampar muka sendiri*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...