Bismillah, Assalamualaikum
Hari sabtu yang lepas (to be exact 25 February 2012), kitorang pergi berkelah dekat panching! YEAY! Hehe, actually mula-mula aku propose nak berkelah dekat pantai. Yelah, kuantan ni kan banyak pantai, tak habis explore lagi! Setakat ni dah explore balok, telok chempedak (TC), pantai batu hitam dan pantai gelora. Sikit je baru pergi ni! Cherating tak sampai lagi, sepat tak sampai lagi ni, tak cukup syarat lagi ni, huh!
Pantai balok tu sampai 2 kali pergi sebab pharmily day kat situ. TC tu kalau tak sampai lagi tu memang rasa sadis la kan, hehe. Pantai batu hitam pulak datang dengan family (time tu first year kot) sambil dengar syarahan geologi papa -_-“, kalau abah (ni pakcik saya) ke takpun abang long ada sekali join diorang LAGI banyak benda berkaitan batu yang aku kena hadam (kan ana?!), haihhhhh!
Okay, back to our picnic’s story!!! *tampar-tampar muka* jauh sangat aku melencong! Aku macam nak pergi pantai, mana-mana lah asalkan bukan dalam UIA! But then, wan cakap;
“jomlah pergi sungai!”“Haah, jom panching!!!”“leh picnic sekali!!!!”
*the summarized dialogs are between me, wan and ummu*
And then, bermulalah kitorang punya perancangan. Nak pergi pukul berapa. Nak balik pukul berapa. Nak masak apa. And SO ON. Perancangan harus rapi especially disaat poket tengah kering sekarang ni. Maka, kitorang pun booking kereta pukul 8 pagi sampai 2 petang. Masa ni aku dah bising dah;
“pukul 8 tu gerak dah, bukan baru bersiap!”
Sebenarnya nak pergi awal. Nanti boleh main dekat tempat best sikit, hehe. Budak-budak ni pun dah sound aku malam tu;
“kimi! Charge bateri kamera tu!”
Haha, aku SELALU lupa nak charge bateri kamera. Kadang-kadang tu, dah charge bateri. So aku pun semangat la nak ambik gambar, TAPI! Bila kamera on je;
“no memory card”
Okay, masa ni serious rasa nak hantuk kepala kat pokok -_-“
Pagi esoknya, aku dah terjaga pukul 5.30 pagi lagi *excited!!!!!*. Semua orang tengah lena lagi. Aku kesian kat diorang. Untuk taknak kacau diorang tidur, aku pun tidur balik, muahaha~ Pukul 6 aku jaga lagi, still tak bangun tidur. Aku pun pergi duduk kat tengah-tengah bilik tu sambil cucuk-cucuk nugget dengan sosej. Serius dah lembik, kena goreng dengan kadar yang segera!
Aku pun pergi cucuk-cucuk wan suruh bangun, hehe. Lepas solat subuh, bermula operasi memasak *kena cepat!!! Pukul 8 nak bertolak dah!* Sambil tu tangan sibuk mesej ani ngan ummu;
“kitorang dah start masak dah, jom la!!!”
So masak laju-laju!! Periuk tiba-tiba “off”, okay fine! Tukar periuk laju-laju!! Pack makanan laju-laju!! Pergi pack baju laju-laju!! Mandi laju-laju? Oh tak payah, kan nak mandi dekat sana, ahaha~
Oh, ingat tak aku cakap aku selalu lupa charge bateri kamera? And I did it again that day *sigh, I'm getting older day by day*. Pukul 7.30 macam tu baru tersedar tak charge lagi. Memang kena bebel la kan. Nasib baik sempat charge jugak, hehe.
In the end, kitorang bertolak dari mahallah pukul 8.30 pagi. Not bad la sebab perjalanan pun ambil masa lebih kurang setengah jam kan. Tapi, perjalanan nak ke situ rasa LAMA gila, bila balik rasa sekejap la pulak. Lebih kurang pukul 9 lebih, kitorang pun sampai. Parking SANGAT kosong! Ada la kereta sebuah kat situ. Whoa! Lagi la excited kan sebab takde orang. Lepas bayar RM2 tiket masuk, kitorang pun pergi cari tempat yang agak-agak macam tak ramai orang dan TAK DALAM *ini sangat penting, kitorang tak khatam lagi belajar berenang haha*
Sampai je terus makan sikit. Lepas tu terus masuk air! Air sungai tu serious sejuk gila. Sejuk dia tu terasa sampai ke sum sum tulang *ayat hyperbola dah keluar dah -_-“*. Tapi lepas dah adapt tu, mula la main macam budak tadika, nasib baik tak buat renang berirama je. TAPI, sebelum aku masuk air, aku dah ambik precaution step. Bila dah eliminate semua possibility untuk “kepala air” muncul, baru aku masuk.
SO guys!! Oh and girls too! Tahu tak kepala air tu apa? Kepala air ni boleh di tafsirkan sebagai satu fenomena air deras secara semulajadi. Benda ni macam tiba-tiba je datang. Bila kepala air tu datang masa kita dalam sungai, memang naya la. Pernah kan ada kes orang lemas sebab kepala air, yang ni sila google sendiri!! Maka dengan itu, kita mesti sentiasa berwaspada bila nak mandi sungai *air terjun especially*. Masa dalam air tu pun kena peka, jangan dok main sampai tak ingat dunia.
Antara tanda-tanda awal kemunculan kepala air ni adalah seperti berikut;
# Langit dekat hulu sungai tu gelap. *Okay, tengok bukit tempat air jatuh!!! Langit cerah kebiru-biruan. CLEAR!*
# Bunyi dentuman gerakan batu atau air dari hulu sungai. *gulung kertas letak dekat telinga (kumpul acoustic wave!), ada bunyi air jatuh dan unggas je, so CLEAR!*
# Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba. *tengok air, crystal clear, buih-buih dekat tempat air jatuh tu memang la berbuih sikit, so CLEAR lagi!!!*
# Siren amaran berbunyi. *okay, takde siren pun (ke kat sini memang takde siren?) Whatever! CLEAR!!!!*
So semua CLEAR! dah boleh mandi dengan hati yang tenang. Oh, lupa nak cakap, masa mandi, kadang-kadang kitorang berhenti makan kejap. Kat tengah sungai tu ada batu BESAR. So, kitorang pindahkan makanan kat atas batu tu. Masa tengah makan tiba-tiba wan menjerit sambil tangan tunjuk ke satu arah *nasib baik tak tercekik sandwich sardin tu -_-“*. Ya Allah! Mati-mati aku ingatkan ular tengah berenang sebelah kitorang, rupa-rupanya biawak. Haih, nasib baik lepas tu dia jalan melenggang masuk hutan.
Hurm, aku dah penat taip. Nah aku letak gambar je *mode malas muncul*.
bekal makanan, YES I KNOW, banyak gila kan!
Matahari pagi bersinar *feel so fresh even tak mandi lagi time tu, hehe*
SEJUK!!! photo is taken by aimi, hehe
ni lah biawak tu, -_-"
Subhanallah! Indah kan? We spend few moments just staring at this magnificent view to ponder His creation, nak bercakap telinga semua dah 'bengang', bercakap ngan orang sebelah dah macam nak berperang gamaknya.
PS: Anjing kat UIA ni dah macam “kucing” dah *if you get what I mean*. Setiap pagi nak pergi kelas, mesti teropong anjing kat mana dulu. Tengahari nak balik mahalah pun macam tu. Tapi, bila fikir balik kan, entah-entah tu anjing dekat hutan belakang mahalah tu. Sekarang UIA giat menaikkan bangunan baru, hilang tempat tinggal la tu. Asalkan dia tak duduk dekat lobi mahalah sudahlah.
PSS: Akibat main air terjun dengan badan tak sihat (baru nak demam masa tu), hari ni makin teruk lah, sampai rasa nak nangis je rasa dalam kelas tu.
Comments
Post a Comment