Bismillah, Assalamualaikum
Sebelum korang semua bising, “apa yang bestnya pergi kemaman!” aku nak cakap;
Trip kitorang sangat best!
Okay, actually, kitorang takde rancang pun nak pergi kemaman. Seriously, TAK ADA langsung! Kitorang sebenarnya rancang nak bercuti ke 1 pulau-yang-dirahsiakan untuk mengisi cuti 2 hari sebelum visit drug abuse. Memang dah plan habis lah. Excited ni nak terjun laut! But of course dengan life jacket la, eheh.
TAPI malangnya hujan di bahagian pantai timur turun hampir setiap hari. Kitorang pun taknak ambil risiko kot-kot la bot tu terbalik sebab laut bergelora *here comes my imagination again <sigh>*. So, kitorang decide untuk tukar lokasi percutian. Maka meeting tergempar pun mengambil tempat!
Kita pergi genting?Takmo!Cameron highland?….Fraser?Gila kau, scarry weh nak naik atas tu!
And then, kemaman just popped out of nowhere. Mula-mula, aku pun terfikir nak buat apa pergi situ? Tapi lepas kitorang buat sedikit research, jumpalah jugak beberapa tempat menarik macam zoo dan tengok kelip-kelip. And the highlight of our trip is of course the FIREFLIES watching! Honestly, aku TAK PERNAH tengok kelip-kelip depan mata, so aku memang excited lah!
Persediaan nak ke kemaman memang dirancang seminggu sebelum hari yang berkenaan. Sebabnya, minggu yang kitorang nak pergi tu memang terAMATlah sibuk. Seriously, aku rasa macam nak ‘meletop’ je sementara nak tunggu hari sabtu datang. Mana taknya. Hari selasa visit ke FRIM *kena bangun awal*, khamis pulak kena pergi temerloh *kena bangun awal lagi*, lepas tu pulak ada kuiz menyelit hari rabu dan jumaat. Semput weh!
Okay, cukuplah aku membebel. Kitorang bertolak pukul 8 pagi. First shift driver *from kuantan to hotel check-in* is ummu zahidah. Second shift driver *around kemaman only* is nadh. And the last driver *from hotel check-out back to IIUM* is me! Mula-mula ketar tangan gak la nak drive jauh-jauh kan. Sudahlah bawak anak dara orang, haha.
“Mengembara” bersama rakan adalah sangat menyeronokkan, dan kami berlima *aku, nadh, ummu, ani, shikin* punya love language is QUALITY TIME! Quality time person is a person that feel loved and appreciated by spending the quality time with the loved one. Masa tak kahwin lagi ni la nak ‘melencong’ dengan kawan-kawan kan, hehe.
Okay, on the way nak ke hotel kitorang sempat singgah taman rekreasi telaga simpul. Subhanallah, air laut sangat cantik! Biru! Kat sini kitorang brunch dan rehat-rehat sebelum teruskan perjalanan.
Lepas check in hotel, kitorang terus pergi ke mini zoo dan taman rekreasi kemaman. Jalan nak ke sini agak ‘mencabar’ sebab ini laluan lori. Zoo ni boleh tahan lah saiz dia tapi janganlah pergi compare dengan zoo negara. Sampai kat sini, turun-turun je tram terus masuk akuarium pastu lari-lari nak pergi tengok arapaima gigas. Kitorang excited tengok ikan ni sampai tak toleh pun tengok ikan lain -_-“
![]() |
| tiket kitorang RM7, so kitorang dalam kategori kanak-kanak? |
![]() |
| Milah tengah bosan~ |
![]() |
| Lawan mata sape lagi bulat! |
Lepas habis pusing dalam zoo kitorang balik hotel. Puas golek-golek dalam bilik terus keluar pergi pantai. Kitorang pergi star cuirse jetty. Nama je star cruise jetty tapi takdepun cruise, hehe, tapi, tempat ni subhanallah sangat cantik. Air laut dia sangat jernih sampai dapat tengok dasar dan ikan-ikan berenang. Kalau aku tak ingat masa ni matahari tengak membahang atas kepala, dah lama aku masuk dalam air, hehe. Lepas snap gambar kitorang balik hotel balik.
Dalam pukul 6.15 petang. Kitorang keluar untuk dinner. Mindsetting kitorang;
Kemaman = coastal area = SEA! = SEAFOOD!
Tapi tak jumpa-jumpa. Maybe kitorang cari kat tempat yang salah, haish… But then, ternampak papan tanda ‘restoran al safina’. Okay, macam sedap sebab signboard dah merata-rata kan, so kitorang ikut je direction sampai dekat restoran tu. Restoran ni memang nampak mendamaikan sebab lokasi dia betul-betul tepi pantai. Turun je kereta baru sedar rupa-rupanya ini restoran makanan arab <sigh!>!
Seriously, tak pernah la pulak muncul dalam fikiran ada restoran arab kat tempat macam ni. But still, kitorang tak putus asa dengan usaha untuk mencari seafood! Kitorang tanya dekat pelayan restoran tu;
“area sini kat mana ada ikan bakar?”“Dekat sini takde, biasa dekat bandar,”
Oh, punah harapan nak makan ikan bakar~ Memandangkan kitorang kesuntukan masa sebab dah janji dengan pakcik ghani kelip-kelip pukul 8 malam, kitorang redha je makan kat sini.
Everything happens for a reason. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Memang berbaloi makan kat restoran ni. Makanan sedap, owner and waiter sangat peramah dan yang paling penting kitorang PUAS HATI. Dan harga keseluruhan kalau compare dengan makan hidang *ikan bakar* kira murah.
![]() |
| Ahhh, time ni air kitorang yang colorful tak sampai lagi, eh tak diorang 3 orang punya je bewarna-warna, aku ngan ummu warna hitam je |
Lepas habis makan kitorang terus rushing ‘lari’ pergi masjid nak solat maghrib. Nasib baiklah berhampiran restoran ni ada masjid tersergam indah. Lepas solat terus pecut cari sungai yak yah. Bila aku kata pecut tu maksudnya memang drift! Atas jalan tu macam nak berperang je dengan motor dan lori! Aku yang duduk sebelah driver ni macam dah buang tebiat bila kaki kanan asyik tekan lantai kereta konon nak tekan brek sampai 1 tahap aku hampir nak ‘berdiri’. So, imagine lah betapa lajunya kereta tu.
Anyhow, kitorang lewat sampai jugak. Haish, dalam 8.30 jugak lah sampai. First impression aku bila sampai kat tepi sungai yak yah ni;
“O-M-G! Serius tempat ni?!”
Seriously! Tempat ni gelap-gelita! Kalau bukan sebab lampu kereta kitorang memang tak nampak apa-apa. Lepas tu pakcik ghani cakap group lagi satu tu cancel last minute sebab wife dia tak berani naik bot. Okay, LAGI aku cuak. Dah lah kitorang perempuan *paham tak?*. Masa ni memang tawakkal dengan Allah. Mulut aku dah terkumat-kamit baca ayat kursi je. Nak pergi toilet pun aku tak berani, dah rasa macam dalam sumpahan kum kum je gamaknya.
Tapi, perasaan takut tu terus hilang bila aku dongak tengok langit. SUBHANALLAH! Tak pernah lagi aku tengok langit malam penuh dengan bintang macam malam tu. Bila aku tunduk balik terus terperasan satu pokok kat tepi sungai ni bercahaya. Yes guys! Itulah cahaya kelip-kelip! Excited! Hilang sikit rasa takut. Lepas pakai life jacket, kitorang masuk dalam bot AND the journey begin!
Subhanallah, subhanallah, subhanallah! Cantik sangat! Boleh tak korang bayangkan, langit yang gelap dengan bulan sabit dipenuhi dengan bintang-bintang berkelipan. Korang boleh nampak samar-samar bentuk-bentuk hutan paya bakau di kiri kanan sungai dengan cahaya bulan. Pokok-pokok tu lah tempat kelip-kelip tu berkelip. Kalau tak boleh bayangkan jugak aku letak gambar yang aku google yang best describe the situation.
Kitorang balik hotel dalam pukul 10.30 malam. Lepas mandi terus syahid atas katil sebab letih. Lagipun kitorang nak bangun awal tengok matahari terbit esok. Esok paginya, kitorang terlewat bangun, haish.. Lepas solat subuh terus rushing pergi pantai belakang hotel untuk menikmati angin pagi langit tatkala terbitnya matahari, subhanallah again!
Lepas breakfast, kitorang pergi merempit dengan ATV. Serious best gila! Lepas puas main ATV ngan main air kat swimming pool, terus naik bilik siap-siap untuk check-out. Lepas check-out kitorang pusing bandar kemaman untuk lunch. On the way balik kuantan singgah cherating pulak. Kitorang nak cari tempat mencanting batik sebenarnya, tapi yang jumpa tempat tu offer warna kain yang telah dicantingkan, nevermind lah!
Secara keseluruhannya, sangat best! Oh, hari keesokkannya kitorang ada visit drug abuse *ini lain entry baru cerita*. Group kitorang seramai 10 orang pergi ke PUSPEN Gambang diiringi Dr Wan. Ini adalah lawatan paling bermakna. Seriously! Owh, post ni dah panjang sangat, so bye!





















Comments
Post a Comment