Skip to main content

Pharmily Day Cherating 2012!

~taken from the goody bag~

Bismillah, Assalamualaikum

Oh, akhirnya aku sampai jugak cherating!  Okay tipu, aku pernah sampai dengan family dulu, tapi itu hanya persinggahan sementara je sambil-sambil balik kelantan, eh jap, ke dari kelantan ke bangi? *Great, memory loss again <sigh>*.  Anyway, bila kertas yang promote pharmily day ni sampai kat tangan aku dalam kelas semester lepas, aku dah tahu dan akan make sure aku pergi sebab kali ni buat kat cherating, haha, semangat ni!

And so, 17 March 2012 has finally come!  Aku bangun pagi sambil berdoa hari ni tak hujan.  Sebabnya, minggu ni asyik hujan je.  Kalau hujan je takpe lagi, ni siap datang dengan ‘ribut taufan’ lagi.  Setiap kali hujan ribut ni datang aku mesti tanam niat nak rembat baju hujan papa bila balik rumah nanti sebab payung memang tak berguna.  Kalau pakai payung, bahagian pinggang ke atas je yang kering -_-“.

~matahari sangat terik, ni ambik gambar mengadap matahari, hehe~

Alhamdulillah, hari ni tak hujan.  Matahari siap bersinar-sinar dengan penuh ‘semangat’ sampai mata aku silau sangat, nasib baik pakai transition glass, hehe.  Sampai-sampai je semua sibuk ambik gambar sebelum main-main. Aku malas nak cerita lebih-lebih sebab aku rasa aku banyak termenung sorang-sorang je sambil tengok Rx10 handle pharmily day.  Kalau main pun 1 game je which is drawing chain sebab main dengan mentor, hehe.

Sebab kenapa aku tengok je diorang handle program ni?  Sebab aku teringat balik Pharmily day 2 tahun lepas kat balok *organized by our batch, the Rx8*.  Ahh, terasa diri ni dah ‘tua’ tengok juniors pulak bertungkus-lumus dengan program ni.  Dan aku rasa Rx9 dan Rx10 sangat SANGAT sangat bertuah dan kena bersyukur sebab cuaca baik masa diorang organize pharmily day.

Zaman kitorang dulu, musim hujan.  Masa tu, bukan setakat plan B keluar, macam-macam backup plan keluar in case kalau hujan dan memang hujan la masa hari kejadian kan.  Bila hujan, semua kelam-kabut ‘protect’ PA system dengan plastik sampah hitam tu -_-“, nostalgik gila.

Okay, aku dah tak tahu nak tulis apa.  Makanya, aku campak-campak gambar je, hoho.  Mata ni asyik jeling nota sensory dengan CP je sebab ada kuiz dan rasa minggu depan CONFIRM semput nak study sebab hari selasa ada visit ke FRIM, hari khamis pulak CP kat temerloh.  Boleh pulak kuiz tu menyelit kat hari rabu ngan jumaat, haihhh….  Nevermind lah, jawab je, macam tak biasa, hehe.



 



 
Rx10 organizing the event, semangat gila mereka ini, hehe.
 


And these are Rx8 2 years ago organizing the same event :)



 ~'rantaian' extension yang di balut dengan plastik sampah, gambar PA system takde, hehe~

PS:  Patutnya nak post cerita pasal kes CP dulu, tiba-tiba terkeluar cherating punya post pulak.  See!  Betapa semangatnya aku kalau bawak aku pergi pantai, haish~  Tapi balik je baru perasan muka burn gila, padan muka sendiri, siapa suruh tak sapu sunblock!  Confirm balik rumah nanti kena ‘lecture’ dengan mama -_-“

PSS:   Pukul 6 lebih tadi baru menyaksikan peperangan antara anjing dan monyet dekat dataran antara T3 dan T4.  Oh, kitorang haruslah tengok ‘drama’ ni dari tingkat 4 sambil makan popcorn -_-“, tak kuasa la kan nak tengok dari parking lot, karang ada pulak jadi perang 3 segi <anjing-monyet-manusia>.


PSSS:   Entry ini di taip pada 17 mac, tapi lewat post entry ni sebab nak tunggu transfer gambar, hehe.  And btw, malam ni ada operasi penangkapan anjing *alhamdulillah!!!*, hopefully no more adrenaline rush di pagi hari.   

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...