Skip to main content

Meniti hari-hari terakhir sebagai PACMAN level 3


Bismillah, Assalamualaikum


Okay, confirm ada yang tak paham apa benda pacman level 3, hehe *Rx8 sah-sah tahu, sila jangan buat blur*.  Tahu tak pacman?  Takkan tak tahu, kan dah letak gambar die kat atas ni! *jegil mata*.  Okay, sebenarnya lecturer kitorang (Dr Razak) yang bagi gelaran ni.  Katanya student ni macam pacman, makannnnn je tahu.  Pacman kan kerjanya ngap semua ‘makanan’, macam tu jugakla dengan student, kerjanya ‘ngap’ je semua yang lecturer bagi padahal tak paham apa-apa pun, haihh -_-“.

But personally, I have to agree with him.  Memang la dah berusaha nak pahamkan dan mencintai sesuatu topik tu, bak kata orang tua-tua mat salleh, learn by heart.  Masa ni boleh tengok nota berconteng-conteng dan berwarna-warni dengan highlighter stabilo tu.  TAPI, bila dah rushing nak habiskan notes, memang confirm aku akan jadi pacman, scan je nota tu dengan harapan akan ada yang masuk ke kotak memori.  Masa ni boleh tengok nota putih je, paling-paling pun conteng ngan pen merah, hehe.

Okay, cukup dengan pacman!  Kitorang sekarang berada dalam revision period.  Hari jumaat ni dah start final exam *oh cuaknya*.  Tapi, seriously aku takde mood langsung nak study.  Aku ada mood nak packing barang je.  Ini semua gara-gara evacuation notice tu.  Macam semalam, kerjanya nak packing je.  Mula-mula kemas desktop.  Lepas tu bawak turun 2 beg tarik dari atas almari baju *tinggi weh*, habis turun semua ‘salji’, haih.  Lepas sapu semua habuk kat beg-beg, atas almari dengan kipas, startlah kerja packing baju!

Penuh 2 buah beg tu dengan baju.  Oh oh, aku dah asingkan baju nak pakai pergi exam.  Takkan aku packing semua, karang nak pakai apa pergi exam, huhu.  Lepas isi penuh beg-beg tu baru terfikir.  Mana nak letak beg-beg ni, sudahlah besar, buat nyemak lantai je.  Setelah beberapa lama berkonflik nak letak beg kat mana, aku decide angkat letak atas almari tu balik.  Hoih!  Berat tau beg tu, sudahlah almari tu tinggi.  Macam nak berperang je gayanya masa nak tolak beg tu naik *aku buat sorang, kagum dengan diri sendiri, eheh~*.

Lepas tu siap call mama;

“Mama, nanti bawak beg tarik 1 lagi tau,” <-_-“>

Okay, gaya aku cakap ngan mak aku macam sabtu ni aku nak balik tau, haha.  Dan beg tarik tu bukan nak letak baju, nak letak buku untuk memudahkan proses turun naik memunggah buku.  Almaklumlah, bilik kitorang ni tingkat 4.  Buku-buku bukannya sikit dan ringan, BANYAK!  Berat pulak tu.  Nak-nak orang macam aku yang suka habiskan duit beli buku *haruslah bukan buku ilmiah, hoho*.  Buku tu pulak, lepas bawak turun, susun je dalam kereta, tak payah nak berkotak bagai lah.

Kitorang ni pulak dok berura-ura nak bina takal untuk bawak turun barang.  Entah jadi entah tidak projek takal ni, hehe.  Ikutkan perasaan memang aku campak je dari tingkat 4, huh!

Oh, dah pukul 1 tengahari.  Kejap lagi nak zohor dah, babai!  Eh jap, hari isnin hari tu berlangsung sudah Rx8’s Appreciation Night *ADG la tuh* dekat lobby KOP.  Boleh pulak aku kelam-kabut bersiap sampai ‘malas’ nak cari cermin mata dengan anggapan,

“alah, power mata aku bukannya tinggi pun,”

Nah ambik, sampai je lobby KOP, bulat mata aku sebab tak nampak.  Eh tak, aku nampak, tapi TAK HD.  Adoi, muka semua orang dah macam hantu je aku rasa haha.  Nah letak gambo sebijik, ni pun curi aidil punya sebab macam biasa, aku tak ingat nak charge bateri kamera *lempang diri sendiri*.

Tema adalah hitam-hijau.  Tapi, aku haruslah pakai HITAM.  Pastu bawak botol air warna hijau, kira ikut temalah tu, hehe

PS: Nanti pindah blok tapi harap dapat duduk dengan budak-budak level 4 sekarang ni *kira nak 1 level jugak* sebab korang are the best!

PS2:  Sebab semua orang buat wish kat aku, aku pun nak buat EHEM!;-

Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku ibu jari kaki kalau aku ada termarah, tersakitkan hati korang dan macam-macam lagi lah.  Good luck exam!  I know this semester feels like a "disaster", but hey!  We can make it and we WILL pass through it!  Go go go! 

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...