Skip to main content

selepas cuti pertengahan semester itu...

Bismillah, Assalamualaikum

Jam sekarang menunjukkan pukul 10.45 malam.  Ye aku tahu esok pagi ada kuiz.  Tapi dah sakit hati mata tengok nota dan buku, maka aku pun ‘meluangkan masa’ untuk meng-update blog memandangkan aku dah LAMA gila tak update blog sejak cuti pertengahan semester tu.  Okay, selepas cuti midsem *tarik nafas!!!*  jadual hidup sebagai pelajar jurusan farmasi tahun 3 semester 2 adalah sangat sangat SANGAT hectic!

Seriously, sangat stress okay sem ni.  Kuiz berderet-deret sampai tahap tak tahu nak selit mana dah kuiz kalau ada lecturer bagi surprise nak kuiz lagik *please don’t!!!*.  Assignment pulak walaupun taklah sampai tahap bertimbun-timbun tapi tetap menyumbang kepada kesakitan jiwa dan raga.  Tapi bila aku rasa ‘penat’, aku cepat-cepat bermonolog dalam hati,

“ini jalan yang aku pilih, jangan mengeluh, BERTAHAN!

Okay, enough dengan luahan hati dan perasaan!  Mari update perkara yang terjadi lepas percutian kami ke kemaman.

Lawatan ke PUSPEN

Balik je dari kemaman, kitorang ada lawatan sambil belajar under subject elective drug abuse.  Jumlah yang ambil subjek ni lebih kurang 45+ orang je.  Dan kitorang dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan pergi ke tempat yang berlainan.  Kumpulan kami seramai 10 orang pergi ke PUSPEN Gambang.  PUSPEN ni dalam bahasa mudah dia pusat serenti lah.

Mula-mula agak berdebar jugak nak pergi.  Sudahlah jalan nak masuk tempat tu jauh dalam hutan kelapa sawit.  Inilah kali pertama aku berpeluang untuk bertentang mata dengan penagih dadah yang dalam proses pemulihan.  Siap ada sesi temuramah dengan para penghuni.  Sorang student handle 2 penghuni.  Perasaan?  Sangat nervous dan macam-macam lah.  Tak nak cerita lebih-lebih sebab nanti kan ada sharing moments.  Gambar pun tak nak letak.  Nak tengok, sila pergi sharing moment tu, muahaha~

Tamatnya CP 
*letup bunga api!*

Lepas dari cuti tu, group aku buat attachment under subjek clinical pharmacy buat kali terakhir di HTAA.  Lepas ni pun ada lagi attachment, tapi under pharmacotherapeutic pulak *seram pulak nak masuk 4th year, uhuhu~*.  Kalau korang perasan, aku tak cerita langsung pasal CP semester ni kan?  Hehe.  Ni semua sebab malas, ahaha.  Okay, kali ni kitorang dapat kes diabetic foot ulcer DUA KALI dan rectosigmoid cancer metastasize to lung.

Aku pertama kali tengok DFU kat kemaman.  Masa baca case note dengan muna dah perasan dah ada di tulis yang makcik tu dah amputate.  In fact, BARU je.  Kebetulan pulak masa kitorang tengah salin segala data, doktor datang untuk periksa luka operate tu.  So, nampak la.  Sedaya upaya tau aku berusaha untuk control mimik muka *don’t blame me! I’m not a medical doctor!*.  Kesian sangat kat makcik tu, ubat tahan sakit tu macam tak berkesan sangat.

Kali kedua di temerloh pun dapat DFU.  Tapi kali ni gangrene tu ada lagi, meaning tak potong habis lagi bahagian kaki yang terkena jangkitan tu.  Nasib baik kali ni takde doktor datang bukak balutan.  Kes terakhir kat HTAA tu pulak rectosigmoid cancer.  Pak cik ni cina.  Dan dia hanya faham bahasa cina.  Maka, interview tak dapat dijalankan.  So that’s all the case!  Next week dah start ‘grand’ presentation untuk CP, CONFIRM kena bahan weh.

Career day
(faci team punya program)

Okay, nama event tu aku tak tahu betul ke tidak, pakai letak je, hehe, aku pergi bawak mulut je.  Event ni baru je berlangsung sabtu lepas.  Target group dia pelajar tingkatan 4 dan 5.  Kitorang semua ni kira macam wakilkan IPha la.  Tak prepare kot.  Kitorang bergantung pada demonstrasi nak buat cream/ointment dengan kira tablet dan capsule guna counting tray.  Selebihnya bergantung lah pada mulut dan air liur kitorang untuk bercakap pasal profesion ini.

Depan kitorang booth budak radiography.  Mak aih.  Meriah gila.  Siap ada poster bertampal-tampal kat dinding.  Ada laptop dan lcd.  Macam-macam lah.  Kitorang bawak barang untuk demonstrasi je.  Dinding belakang kitorang pun suci bersih tak de bertampal apa-apa.  Nasib baik sambutan agak baik.  Mulut budak sekolah ni boleh tahan gak.  Ada patut dia tanya kenapa counting tray diperbuat dari besi tapi counting triangle diperbuat dari plastik?  Tapi budak kan, pelawat pulak tu, so smile!

Untuk demonstrasi cream/ointment, kitorang guna naphthalene ganti tablet *payah oo nak crush PCM*.  Kesannya, seluruh tangan aku serius rasa terbakar.  Aku sampai lari cari toilet nak lalukan air sejuk sebab tak tahan dengan rasa terbakar tu.  Boleh la pulak aku tak jumpa tandas perempuan masa tu.  Rupanya, tandas perempuan kat hujung bangunan sebelah sana, tandas lelaki kat hujung sini.  Cis!  Serius tak tahan ni!  Tangan ni dah terketar-ketar dah.  So tengok kiri, tengok kanan, intai-intai, aku lari je masuk tandas lelaki.  Nasib baik takde orang masuk *phew!!!*.

Makan-makan!

Okay, ada lagi banyak benda yang berlaku tapi malas nak ingat.  Perkara yang bagi release tension di kala kesibukan melanda adalah keluar makan dengan kawan.  Selalu lepak dengan budak-budak level 4 ni lah.  Hari sabtu hari tu, kitorang buat reunion kecik antara ex-roommates masa kat cenfos.  Reunion sangat la kan, hari-hari dok mengadap muka cik maisarah tu dalam kelas.  Feeling reunion pun sebab ada pa’ien, hehe.  Sayang betul azwa takde, dia sorang je masuk gombak, haih.  Kitorang decide nak dinner.  Tak silap aku at least setiap sem adalah sekali kitorang berjumpa makan-makan.

Dan kali ni ada insiden berlaku . -_-“  Okay sebelum cerita nak malu dulu.

Okay, dah habis malu.  Sebelum aku cerita insiden tu aku nak cakap, aku ni manusia yang cuai.  Betul ni!  Kat cenfos dulu aku siap dapat anugerah ‘princess clumsy’ -_-“.  Bila aku pertikaikan, berjela-jela alasan diorang.  Awal minggu lepas aku jatuh tangga kat KOP.  Entah macamana la aku boleh ter”miss” tangga yang terakhir tu.  So, aku dah cederakan kaki kiri aku.  CUMA, sakit kejap je.  Sakit sikit je, aku boleh marathon lagi in case aku kena kejar dengan anjing, hehe.

Dan insiden yang sama berlaku di situ.  Ya, aku JATUH lagi.  Pun kaki kiri jugak jadi mangsa.  Kali ni aku confirm aku dengar bunyi “PRAK!” *jangan risau, tak patah apa-apa*.  Sebab malu punya pasal aku duduk bersimpuh ala-ala perempuan melayu terakhir lama gila sambil mengenangkan nasib diri ini *titik eyemo kat pipi*.  Bila tengok kiri kanan baru perasan takde orang tengok sebab aku tak jerit so diorang tak perasan, muahaha, so boleh bangun.  Bila aku bangun je terus rasa effect jatuh tu.  Laju je mulut aku;

“Okay korang, kaki aku confirm terseliuh.  Siapa nak drive kereta balik?!”

Orang drive kereta auto memang takde masalah.  Kereta manual kan kena banyak main kaki kiri, so tak lepas lah aku nak drive, sudahlah malam-malam jalan sibuk.  Nasib baik pai’en dah reti bawak kereta, kalau tak, mana lah aku nak import second driver tu, haih….  Balik je terus bungkus kaki dengan bandage.  Bila bukak bandage semalam kaki bengkak.  Nasib baik dah surut bengkak tu hari ni.  Tapi kaki sakit pun boleh jalan ‘catwalk’ lagi, muahaha, turun tangga je macam siput.

Oh, okay.  Dah cukup kot.  Kena ulangkaji lagi ni, haish….. K bai!

PS: tadi dinner dengan classmate kat PJ; ani, nasrah dan che yam.  :)

 

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...