Skip to main content

Finally completed PACMAN level 3 *phew!*



Bismillah, Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

FINALLY!  Its finally come to the end!  The most hectic semester has ended 2 days ago!  Lega sangat sangat sangat!  Tapi nanti tengoklah bila result nak keluar nanti, jantung berdegup laju *lup dup lup dup* sampai rasa nak admit diri sendiri ke hospital je, huh!  Lepas je habis paper yang terakhir jumaat yang lalu, kitorang rehat lebih kurang 15 minit sebelum masuk semula ke dalam exam hall 1 yang teramat sejuk tu untuk menduduki KUIZ PBL.  Noticed that I capitalised the ‘KUIZ’?  Sebab sangat ‘lawak’ ye bila dah exam baru kuiz.

Lepas je habis kuiz, semua terus keluar exam hall and marching towards our kulliyyah’s big staircase *patut jadi kebanggaan student pharmacy tu*.  Tujuan berkumpul adalah untuk ambik gambar batch.  Tak sabar nak tengok, confirm tudung senget benget sebab tak sempat nak menilik, haih.  Habis je ambik gambar, terus lari-lari jalan laju balik mahalah sebab kitorang ada projek BESAR nak buat, hehe.  Projek ini adalah kolaberasi para penghuni tingkat 4 *tak semua pun terlibat*.

Seperti yang aku cakap tulis sebelum ni,  kitorang akan pindah bilik.  Makanya, semua barang-barang dari sebesar-besar almari buku sampailah sekecik-kecik kerongsang tudung haruslah dikeluarkan dari bilik.  Dan kami orang perempuan tak macam orang lelaki.  Barang orang perempuan banyaknya 3 kali ganda barang orang lelaki *ini bukan fakta, anggaran saje*.  Kitorang pulak dah menetap kat bilik ni 3 tahun, so paham-paham sendiri la macamana banyaknya barang kitorang, especially buku *geleng kepala*. 

So, kitorang decide untuk buat takal sendiri.  Mula-mula ini angan-angan je.  Tapi lepas tengok khadijah and the geng bawak turun buku dari tingkat 3 guna tali rafia, terus kitorang semangat.  Kalau tak macam-macam idea keluar;

“kita letak tilam kat bawah pastu campak barang dari tingkat 4,”
“kita ikat tapi dari tingkap sampai mahalah ofis, pastu buat fying fox hantar barang gi sana,”
“andd soooo on!”

So lepas tali nylon dibeli, petang lepas exam kitorang pun memulakan operasi.  Memang penat!  Sakit pinggang semua ada, haha.  Kitorang punya OPS TAKAL tu aku tak sempat nak ambik gambar *tak kuasa aku nak charge bateri*, so aku pun lukis guna paint je, hehe. 

haha, sorry tipah, kancil emas kau tak nampak rupa, hehe, tapi warna tali tu betul, haha

Malam tu pulak sambung angkat barang manually *tak guna takal* dengan nadh.  Yang ni barang nak bawak balik rumah, yang petang tadi tu nak simpan kat stor.  Lepas angkat segala beg baju dan buku yang nak dibawa balik rumah, kitorang dah tak larat.  Seriously tak larat, sampai almari buku berwarna lime green kesayangan aku tu aku burn je, takmo angkat bawak turun -_-“>

Okay, so bye bye T3!  Bye bye tingkat 4!  Bye bye 4.1!  and bye bye compartment C!  I’m gonna miss this beautiful view from my window *titik eyemo kat pipi*.

Buka tingkap toleh kanan, nampak KOP ku yang terchenta

Bila toleh kiri pulak nampak 'KOM', ehehe~

Happy holiday!  Dan selamat belajar bagi mereka yang buat industrial attachment!  K bai, kena recharge diri sendiri sebelum start PACMAN level 4!


Comments

  1. aku paling suka gambar ops takal tu..kehkehkeh.. comel. takde butang like ke..hehe

    ReplyDelete
  2. haha, shikin. like dalam hati je,hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...