Bismillah,
Assalamualaikum.
YES
I KNOW, macam dah agak terlewat nak cerita pasal aussie dekat blog. Gambar pun diorang dah post banyak kat
facebook kan, hehe. Tapi, nak cerita jugak.
Kalau ada details yang aku lupa tu, aku campak-campak gambar je *as
usual lah -_-“*, hehe. Sebelum aku
cerita, secara keseluruhannya nak cakap, trip ni SANGAT best dan SANGAT
berbaloi. Worth it! Especially bagi kami para committee ni, lega
sangat sangat sangat!
Okay,
takmau bebel banyak-banyak dekat intro, sebab nanti berjela-jela entry ni. So, let the story begin….
25
Ogos 2012.
LCCT
Masa
sampai dekat lcct, perasaan gemuruh mendominasi diri. Seriously, NERVOUS! Dan aku rasa bukan aku seorang. Tanyalah mana-mana committee program ni,
semua akan jawab benda yang sama. YES,
aku excited nak pergi, gembira nak pergi TAPI perasaan gemuruh tu lagi kuat. Tapi alhamdulillah segala benda settle dan
kami selamat naik kapal terbang ke melbourne walaupun ada sedikit drama
berlaku, hehe.
Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami
di beri declaration form masa atas flight untuk di isi. Okay, masa ni dah nervous balik. Sebabnya, selalu sangat dengar kastam
australia sangat strict, siap ada anjing lagi.
O-M-G, anjing! Atas flight tu
memang tidur je la kerja. Tudung jadi
senget-benget bila bangun, dah la sejuk gila atas flight. Pakai 3 lapis pun tak tahan!
26
Ogos 2012
Tullamarine
Airport Melbourne
Alhamdulillah,
kami selamat tiba. Dan semua berjalan
dengan lancar di bahagian kastam. Anjing
tu ada tapi nasib baik pegawai tu pegang kuat.
Dia pun nampak kitorang tak selesa dengan anjing tu, so dia suruh
kitorang berdiri tepi dinding je tengok anjing tu check luggage, nasib baik! Lepas je keluar, dah ada wakil travel agent
tunggu memandangkan hari ni bermula dengan half day tour di Melbourne.
Masa
ni semua excited gila. Yelah, baru sampai
mestilah excited lebih sikit. Keluar je
bangunan airport baru rasa sejuk.
Sejuk! Sejuk sampai rasa nak
melompat-lompat *apekah? -_-“*. Dah
masuk bas barulah lega, hehe. Hari
first, so terkejut dengan sejuk.
Tambah-tambah lagi angin memang kuat.
Lepas dapat kumpul semua orang, barulah kitorang bergerak meninggalkan
tullamarine airport menuju ke CBD, and our first stop is Queen Victoria Market!
Vic
Market SANGAT besar. Seriously! Kitorang tak habis explore pun. Sampai-sampai je kitorang terus beli glove
bila jumpa, serious tak tahan! Mula-mula
survey souvenir. Harga kat semua kedai
lebih kurang je. And then kitorang jumpa
1 kedai souvenir yang memang murah! Kak
aida *our accompanying officer* dah bertimbun dah barang dalam bakul,
haha. So, kitorang pun join shopping
sekali kat situ.
Lepas
shopping kat situ, jalan lagi. Jalan dan
jalan dan jalan. And then barulah
perasan masa berkumpul dah dekat. Memang
tak sempat la nak cari makanan. Sempat
pergi foodcourt beli latte je, share 3 orang *arifah, ani*, nak benda benda lain tak berani, sebab masa ni kitorang takde guide lagi.
Out
next stops, St. Patrick Cathedral, Victoria Parliament House *gothic-style
building, cool!*, Fitzroy Garden & Captain Cook’s Cottage, Shrine of
Remembrance and lastly National Gallery of Victoria before our half day tour
ended. Nama je half day tour, habis
pukul 4 petang. Masa ni semua dah penat,
lapar tu takyah cakap la, memang kebulur.
![]() |
| nak besarkan gambar? klik je |
Sampai Flinders Station Backpackers terus check in, solat zohor/asar
sebab maghrib sini awal.
Flinders
Station Backpackers best! I mean bilik
dia bersih dan selesa. Kitorang ambik
bilik 4 orang *ala-ala dorm la*. Toilet
kat luar bilik. Tapi Alhamdulillah la, sebab bilik kitorang
kat corner so terlindung sikit dari laluan orang. Mula-mula nervous jugak sebab bilik kami *kimi,
ani, k.fatin, kaled* sahaja kat tingkat 4, yang lain semua tingkat 10, huhu. Nasib baik jugak tandas kat depan bilik
kitorang, haha.
Eventhough
tandas kat luas, kitorang rasa selamat.
Sebabnya? Semua orang ada kad
kunci. Dan kad kunci tu mesti bawak
kemana-mana. Nak naik bilik dari lobi
pun kena cucuk kad kat lif dulu. Kalau
takde kad, jangan harap kau boleh naik.
Nak masuk bilik pun of course pakai kunci. Nak masuk Toilet pun kena ada kunci! So insyaAllah takde isu lelaki masuk toilet
perempuan melainkan kalau ada perempuan yang sengal bawak lelaki masuk. Kan?!
Okay,
back to our story. Lepas dah solat,
semua berkumpul. Kitorang ada “dinner
date” dengan wakil-wakil VPSA dari monash.
So apa tu VPSA? VPSA stand for
Victorian Phamacy Students Association.
Kitorang jalan kaki dari hostel ke Blok M *restoran makanan
indonesia*. Tak jauh mana pun sebab
hostel kitorang tu memang betul-betul tengah bandar, so senang nak
merayau. Dan keputusan kitorang untuk
beli glove di vic market tu memang berbaloi sebab malam memang sejuk!
Lepas
makan, adik mira dan kawan dia bawak kitorang jalan-jalan sekitar bandar. Singgah 7eleven kejap untuk sesiapa yang nak
beli simcard. And then, kitorang pergi
coles untuk beli makanan. Masa ni senang
nak membeli sebab diorang tahu mana halal, mana halal. So end up nya, aku beli liquid breakfast 3
kotak. Nak beli banyak-banyak malas
sebab kitorang kat melbourne 2 hari 1 malam je pun. Malam esok dah fly pergi sydney pulak.
So
aku berhenti sini dulu. Tak sanggup nak
teruskan sebab nanti entry ni jadi panjang sangat. Hehe. Gambar memang takyah cakap la, hari pertama
ni pun aku snap sampai 350+ keping gambar *nganga mulut*. Sebab tu aku kumpul-kumpul jadi picture collage,
hehe.













Comments
Post a Comment