Skip to main content

[Australia] Meeting my BFF



Bismillah, Assalamualaikum.

Okay, agak lambat sebenarnya update cerita ni, huhu.  Sebabnya, macam yang aku pernah cakap dulu kitorang balik aussie 8 September.  9 September tu dah kelam-kabut balik kuantan.  10 September tu dah start kelas.  Kelas sem ni jangan main-main, full house!  Weekend ni pulak pergi Ipoh *Brit’s wedding*, pagi ni baru balik.  Sekarang baru ada masa update trip aussie sementara tunggu nak pergi café, haha.  Macam relaks je kan?  Padahal, kerja, homework bertimbun nak kena buat, tutup mata buat tak nampak je ni.  So siapa kata final year relaks memang nak kena cili.

28 Ogos 2012
Sydney

Malam tadi mendarat di Sydney lebih kurang 10.45 malam.  Sampai hotel pun dah agak lewat.  Alhamdulillah, bilik kat sydney backpackers sangat selesa.  Bila masuk je dalam bilik, dah tak ingat kesejukan di luar.  Makanya, kitorang pun tidur dengan hanya memakai baju tidur yang standart *baju t-shirt lengan pendek + seluar tidur*, AND this decision proves to be a bad one!  Ya Allah, sejuk gila bila bangun subuh.  Rupanya, lepas pekerja dia balik malam tadi, diorang tutup heater *nanges*.  Taubat takmau tidur pakai camtu dah!

Okay, tentatif hari pertama di Sydney.  Lawatan ke Walsh’s Pharmaceutical Village, masuk either wildlife, mdm tussaud, or any other attractions at darling harbour which I can’t remember *as usual -_-“*.  Malamnya pulak, kitorang akan dinner dengan pelajar Malaysia *kawan solha*, dan berjalan pulang ke hostel.  The end.  Looks easy right?  The hardest part of today’s tentative is to get all 27 of us to the right places on time, dan yang paling penting sekali, TAK SESAT!  Sebabnya, hari ni kitorang punya ‘independence day’.  Takde pakai agent atau tour guide langsung.

Bagi aku, tentatif hari ni MESTI KENA ADA perjumpaan dengan cik phyto hystrix a.k.a. Fatin Nur Atiqah!  She is one of my BFF during highschool years *sekarang pun!*.  Sebelum puasa tu, kitorang sepatutnya ada reunion.  Tapi,  aku terpaksa tarik diri last minute atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan.  So diorang hanya jumpa bertiga.  Seriously, terkilan sangat masa ni, sebab nak berkumpul 4 orang memang sangat susah, dahla ili nak balik scotland dah.  So, bila Sydney ‘masuk’ dalam tentatif aussie, aku memang dah cakap, ‘nanti kita jumpa’.  So, I was a bit anxious this day.  Pening ni kepala, nak selit mana meeting ni, hehe.  Mahu nanges kalau tak jadi jumpa.

masa form... 4 ke 5? tak ingat sudah -_-"

rasanya ni 1st reunion lepas habis sekolah, maybe tahun 2009?

So, back to our story.  Pagi kami bermula dengan breakfast di bilik.  Makan je apa yang ada, kalau ada megi makan megi, ada biskut makan biskut, ada kopi minum kopi.  Semua pun share je.  Lepas breakfast, semua berkumpul di lobi sementara najwa pergi beli tiket bas *yep, naik public bas, hehe*.  Bila dah selesai beli tiket.  Semua pun ‘berarak’ pergi tempat naik bas *tak ingat nama, hehe*.  Masa ni, najwa yang punch tiket dekat mesin tu.  Bila sampai dekat 1 tempat ni *again, tak ingat nama*, kitorang tukar bas pulak.  Masa ni, kitorang beli 1 tiket yang boleh pakai 10 kali.  Sebab kitorang ada 27 orang, kitorang beli 3 kad.

Masa naik bas yang ni, aku yang punch kad tu.  Ada 3 kad, so aku punch 3 kali saja *please remember this part!*, lepas dah punch aku simpan kad tu dalam dompet.  Sampai di Maroubra, kitorang berjalan kaki ke Walsh’s Pharmaceutical Village.  Anis yang guide dengan menggunakan bantuan gps, hehe.  Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di tempat yang dituju.  Ketibaan kitorang disambut Richard & Phillip Walsh *the owners* dan Shan, pharmacist yang bekerja di situ.  Masa ni kitorang agak excited, sebab Shan ni orang Malaysia cuma kerja kat situ.  So boleh cakap Melayu dengan dia!

Kitorang sampai Walsh pun dah agak lewat dari masa yang sepatutnya.  Sampai-sampai je terus diorang hidangkan kitorang makanan *mood terharu*.  Makanan yang dihidangkan sangat banyak.  Kenyang betullah *jimat duit untuk lunch, muahaha*.  Lepas dah makan, kitorang proceed dengan diorang punya tentatif untuk kitorang.  Mula-mula richard explain pasal Walsh dengan servis diorang.  First time dengar pharmacy buat delivery ubat ke rumah patient.  Lepas tu philip bagi ‘lecture’ tentang sleep apnoea.  And then, Shan bawak pergi tengok compounding room dan packaging room.



Masa nilah baru tahu kewujudan webster packaging.  Webster packaging ni biasanya pakai kat nursing home, especially untuk orang-orang tua yang banyak medications, memang sangat convenience!  Lepas dah habis aktiviti kat Walsh, kitorang jalan-jalan sekitar south maroubra sebelum ‘shooting’ dan solat di pantai.  Sebelum bertolak dari Walsh, kitorang tanya-tanya nak naik public transport macamana dari sini ke bandar semula.  Kitorang cuma tanya.  TAPI, phillip datang semula dengan 27 tiket bas dengan explanation macamana nak ke bandar.  Dia bagi free je tiket tu *mood terharu lagi*.

ni le webster packaging, tapi tak masuk dalam casing plastik tu lagi

So, lepas solat kat pantai Maroubra, kitorang naik bas pergi ke bandar.  Dari bandar sydney tu, kitorang kena jalan kaki pulak untuk sampai ke Darling Harbour.  Tentatif petang dan malam ni adalah, masuk Wildlife je *tak cukup masa kalau nak masuk yang lain, huhu*, lepas tu ada casual meeting dengan Dr Jalal kat darling harbour tu, and finally dinner kat Malay Village.  So, I tried to insert my ‘personal meeting’ here.  Thank you so much kak fatin sebab bagi kimi guna kredit!  Setelah berbincang-bincang dan menimbang-nimbang option yang ada, kitorang decide untuk jumpa di Malay Village tu.  So, aku target nanti dinner sekali je lah, senang.

Okay, lepas solat di Maroubra, kitorang naik bas pergi darling harbour.  Masuk wildlife.  Excited ni nak tengok kangaroo ngan koala.  Tapi, dapat jumpa koala je, kangaroo ‘outstation’, *apekah?*.  Koala kat sini pandai, siap posing kalau ada orang nak ambik gambar dia.  Comel sangat!  Tapi kecewa la tak dapat jumpa kangaroo, huhu.  Keluar je dari wildlife, kitorang lepak-lepak dulu kat jeti tu sementara tunggu Dr Jalal datang.  Dr Jalal ni alumni IIUM.  Lepas jumpa, borak-borak dan ambik gambar, kitorang bergerak ke Malay Village pulak *again, anis lead dengan bantuan gps, hehe*.







Sampai di Malay Village.  Aku nervous.  Seriously, macam-macam fikir.  Camana kalau takleh jumpa?  Dahlah jadual kitorang padat untuk hari-hari mendatang kat sydney.  Kalau nak jumpa memang malam ni je.  Tunggu-tunggu tak datang.  Kitorang dah nak habis makan dah.  Okay, nervous.  Pastu, kebetulan diorang nak ambik gambar dengan penebar roti canai kat Malay Village tu *siap pakai topi bendera Malaysia lagi, patriotik sungguh!*.  Tengah sibuk-sibuk ambik gambar, ternampak cik fatin kat pintu masuk Malay Village dengan muka blur berkerut-kerut.  Masa ni tak fikir panjang dah, automatik lari-lari sambil melompat-lompat kat pintu tu, pastu terus peluk!

Mengikut statement saksi-saksi yang sedang bergambar, masa aku berlari-larian tu aku terlanggar penebar roti canai tu.  Nasib baik roti canai tu dapat diselamatkan -_-“.  Lepas dah lari-lari lompat-lompat peluk-peluk baru perasan semua orang tengok *malu!*.  Masa ni aku dah habis makan.  Masa lari-lari keluar tu aku lupa langsung dengan meja dan makanan.  Nasib baik asma tolong bayarkan *tak senonoh, hehe*.  Memandangkan fatin dan kawan-kawan die dah pun makan kat open house, so kitorang decide untuk jalan kaki balik hostel sambil berborak.  Mulut aku memang dah macam pistol.  Bercakap tak berhenti-henti sebab dah lama tak jumpa, but at the same time, rasa macam mimpi!

with cik fatin, *aaa, serabai gila kimi!*

dengan kawan cik fatin, pian, anwar, & tq sebelum mereka-mereka di dalam berlari ke luar.
ps: gambar kamera kak fatin *tapi kak fatin ada dalam gambar ni? misteri nusantara nih

Okay, berenti lagi.  Oh ye, gambar tak larat nak upload sini banyak-banyak dah, nak tengok sila tengok gambar yang dah upload kat fb.  Tak puas hati?  Meh datang bilik I dengan external hardisk.  Ye, external hardisk, takmau pendrive.  Gambar-gambar terkumpul dah 22Gb.  Aku malas nak cantas-cantas, korang cantas sendiri. 

PS: maybe nanti boleh ‘melencong’ ke scotland pulak untuk jumpa ili?  Haha.

Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...