Bismillah, Assalamualaikum.
Alhamdulillah, I have safely arrive at BBB today *22 Oktober* selepas hampir 2
bulan 'bertapa' nun jauh di Kuantan. Oh ye, tolak lagi entry aussie ke
belakang, muahaha~ entah bila nak habis bercerita pun tak tau la, TAPI confirm
aku akan habiskan sebab aku dah mulakan, so please bear with me. SO, as I
told you earlier in my previous entry, kami akan berkampung di Kampung Batu 14,
Gambang hujung minggu yang lalu *20-21 Oktober*.
Minggu sebelum COHSAS amat mencabar. Bermula dengan kuiz-kuiz, hospital
attachment di Temerloh, report submission dan PBL. Lepas tu sambung pulak
COHSAS 2 hari. Owh, COHSAS tu apa? It stand for community and health
services for aborigines. Oh, nama je orang asli, tapi orang kampung ni agak
maju la. Bukan setakat kereta ngan TV, henpon pun ada *tapi tak semua ada
la*.
Letih memang letih. Serabut memang serabut. Siapa pun akan cakap
muka aku serabut sangat 2 hari tu, aisyah je kata muka aku berseri-seri,
hehe. Tapi seronok tengok budak-budak ramai datang. Aktif pulak tu,
especially budak kecik ni, Asfar nama die. Bulu mata die LENTIK
sangat! Dan die suka bergambar. Tapi letih kejar die, lagipun takut
aku terlepas pandang benda lain kalau asyik sangat layan budak-budak.
Last-last pass kat orang lain sambil cakap,
"ambikla, akak tak larat"
| asfar |
Ahaha~ Senangnya pass kat orang lain bila dah penat jaga, nanti kalau
anak sendiri nak pass ke siapa? Hah, yang ni pulak Andre, nama glamer die
Abang. Haha, dia ni sweet sangat! Sayang sangat kat adik-adik dia.
Mana-mana abang pergi mesti meme *yeke nama budak ni? hehe* ikut. Nasib
baik adik bongsu dia *dila* tak boleh jalan lagi, kalau tak beratur la 3 orang
tu kehulu-kehilir.
Takmau cerita lebih-lebih sebab
post-mortem tak buat lagi. Habis je
program petang ahad tu badan dah longlai dah.
Penat. Penat sangat! Tapi
aku pun tak tau apa yang aku buat sampai jadi penat sangat, hehe. Sampai
terus tertidur bila naik bas. Sedar-sedar je dah nampak Kulliyyah of
Dentistry. Tapi, penat-penat pun boleh
lagi pergi dinner kat lilawadi. Lepas
dinner memang lentok la. Tidur siap
pasang lampu lagi. Seram weh! Sudahlah bilik aku je yang isolated tak de
jiran kiri kanan, roommates semua dah balik, huhu.
Malam tu tidur dengan badan
gatal-gatal yang tak diketahui sebabnya.
Gatal yang amat! Sampai terjaga
pukul 3 pagi sebab tak tahan gatal, kaki dua-dua dah bengkak, merah dan penuh
dengan luka kesan garu *kuku tak potong, memang padan dengan muka sendiri*. Tengah mamai-mamai tu ‘gali’ almari cari
first aid kit. Ambik minyak yuyi sapu
kat kaki dengan makan cetrizine. Lepas
tu merangkak panjat katil tidur balik -_-“.
PS:
As usual, entry lewat sehari sebab tak habis taip, ahaha~ Oh, malam tadi pergi studio ambik gambar
family sebab anih convo. Alang-alang tu
menyamar jadi student UKM la, haha.
PSS:
List of homeworks! STRESS! *tarik
rambut*
Comments
Post a Comment