Skip to main content

[Australia] Sydney rush!


Bismillah, Assalamualaikum.

PHEW! *sapu lengan baju kat dahi lap peluh-yang-tak-wujud*.  Akhirnya jumaat datang lagi, meninggalkan hari-hari lepas yang menyakitkan jiwa dan raga.  Okay, hyperbola tu, ahaha~  Actually, hari isnin, selasa dan rabu je yang ‘sakit’, lepas tu lega dah.  Kenapa sakit?  “Sakit” buat report PT le!  Bayangkan, 3 report pt dalam masa 3 hari.  Buat 1 report pun dah nak meroyan, inikan pula 3 report, huh!  TAPI, tengah gila buat report pun boleh lagi hang out & dinner ngan makcik-makcik lain yang tension jugak.  Sempat gi TC lagi kot, haha, what to do, life has to go on~

Okay, memandangkan hari ni agak lega sikit, so aku cekalkan hati untuk sambung post aussie tu, haha.  So this is our the third day at sydney!

30 Ogos 2012
Sydney

Hari ini bermula dengan PACKING!  Yup, packing! Sebab dalam pukul 3 nanti kami akan bergerak ke wagga wagga pulak.  Malam sebelumnya kitorang sibuk basuh dan keringkan baju.  Oh, kitorang tak cuci tangan.  Kalau cuci tangan bila nak kering?  Baju semua dah la tebal-tebal, so kitorang pakai mesin.  Mana dapat mesin basuh?  Kat Sydney Backpackers memang ada coin-operated washing machine, kan sonang!  Dryer pun ada, ahaha~

Lepas dah siap, semua berkumpul kat bawah.  Masa check out, kitorang deal dengan pihak sydney backpackers untuk ‘simpan’ 1 bilik sampai pukul 12 tengahari untuk simpan segala luggage yang besar gedabak tu.  Sebab hari ni kitorang tak pakai agent, jalan kaki sendiri je.  Tentatif hari ni adalah packing > check out > University of Sydney > sydney backpackers *amik barang* > sydney central station > wagga wagga!  Fuh!  Macam ‘gila’ kan?  Actually kitorang pun kagum sebab hari semua benda berjalan dengan lancar, Alhamdulillah!

So, sebelum aku sambung cerita hari ini aku nak cerita pasal Sydney Backpackers pulak.  Hari tu kan aku dah bebel pasal backpackers kat melbourne, so ni sydney punya pulak.  Dari segi lokasi, sydney backpackers memang strategik!  Betul-betul kat tengah bandar, so senang nak merayau, hehe.  Dari segi bilik, pun OK!  Tapi, kalau tanya aku, bilik kat melbourne tu lagi cozy.

Kat pintu masuk sydney backpackers

Bilik kitorang ada 12 katil, tapi kitorang 10 orang je.  Agak luas, muat la 2-3 orang solat dalam satu-satu masa, cuma bila semua orang tebar beg baju masing-masing tu kena melompat-lompat buat aksi akrobatik kalau nak jalan, ahaha~  Kat sini nak basuh baju ada washing machine, nak masak ada dapur *kitorang masak air je la, tak guna periuk belanga tu pun, tak kuasa nak samak*, nak lepak ada open rooftop, hehe.  Macam-macam ada lah.

bilik kitorang, oh abaikan pakcik mahmud, dia bukan roommate kitorang, die tumpang letak luggage je, hehe

Dari segi toilet.  Pun aku lagi suka kat melbourne punya sebab kat melbourne secure, asing laki pompuan.  Kat sini, toilet share *unisex*.  Kat level kitorang, ada 3 toilet, 3 shower dan 1 disabled room.  Alhamdulillah, bilik kitorang betul-betul depan deretan toilet/shower ni, so sebelum guna, boleh la skodeng dulu yang mana kosong, lepas tu buat larian pecut masuk toilet, ahaha~  Bukan apa, tapi level kitorang duduk tu ada orang negro lah, fiji lah, so haruslah berhati-hati.

ni le deretan toilet/shower tu

Okay, habis review sydney backpackers!  Sambung perjalanan hari ni!  Dari hostel, kitorang naik public bus untuk ke University of Sydney.  Kat sini, kitorang tak lawat fakulti pun.  Tapi, kitorang ambik heritage tour, sorang bayar dalam AUD13.  Najwa dah pre-booked tour ni masa kat Malaysia lagi.  Sampai-sampai tu, sementara menunggu tour guide datang kitorang ambik gambar, ambik gambar dan ambik gambar!

Okay, mula-mula aku dengan lily je.  Lily ambik gambar aku, aku ambik gambar lily.  Lepas tu baru model-model aku datang sambil berlari-lari untuk ‘photo shoot’ *ceh!*.

gambar lily tolong snap!








Tengah sibuk-sibuk ambik gambar, tiba-tiba datang sorang mat saleh nak tolong ambikkan gambar, hehe.  Lepas ambik gambar, kitorang borak-borak kejap.

dengan amy henderson

Lepas Amy pergi, sambung photo shoot!  Lepas tu, bermulalah Heritage Tour.  Takde benda nak cerita sangat pun part ni, ahaha, mostly tour guide tu cerita pasal sejarah, opkos la aku dah tak ingat!  So as usual, campak-campak gambar je la.

ni tour guide kitorang



diorang punya KOP, ahaha~

Lepas habis heritage tour, kitorang pergi makan tengahari dekat….  Er, tak ingat, hehe, tapi tempat student situ makan la.  Oleh sebab perjalanan ke wagga wagga nanti dekat 8 jam, kitorang beli untuk dinner sekali, yela, nanti kan payah pulak kalau tak jumpa makanan halal, kang ada yang nanges sebab lapar.  Untuk tengahari, aku ngan nani makan burger, untuk malam kitorang beli kebab *besar gila kebab dia! Patut beli 1 share je*.  AH!  Time ni ada benda kelakar!

Aku ngan nani order sekali.  Dua-dua order menu yang sama which are 2 burger dan 2 kebab.  Masa nak makan burger, baru perasan something pasal burger tu.  Roti burger kan ada bahagian atas yang berbijan dengan bahagian bawah yang agak kasar tu kan.  Burger aku dua-dua bahagian roti yang berbijan tu.  Burger nani pulak dapat bahagian bawah, hehe.  Sumpah lawak!

Lepas makan, kitorang naik bas balik backpackers untuk retrieve kitorang punya luggage.  And then, kitorang berjalan kaki ke town hall station untuk naik train ke central station.  Masa ni semua berjalan dengan lancar, rasa macam tak percaya pun ada.  Sebab, train akan stop sekejap-sekejap je kat satu station.  Dalam 1 minit gitu la.  Dan kitorang kena make sure semua 26 orang dan luggage-luggage yang gedabak tu masuk dalam train dan keluar balik tanpa ada yang tertinggal!

SEE! sorang ada 2 luggage, ni before naik train kat town hall


So, kitorang bahagi-bahagi.  Tak boleh berkumpul dekat 1 pintu je.  Scattered sikit la, 1 pintu ada la 5-6 orang.  Masa nak naik train agak mencabar sebab sorang luggage ada 2 *beg tarik ngan beg bimbit*, masa ni kena ada kerjasama, tolong-tolong angkat luggage masuk.  Masa nak keluar pun sama, laju je angkat luggage keluar, ikut hati aku sepak je satu-satu tu keluar, lagi jimat masa!  Sampai kat central station, kitorang pergi dekat station bas.

Dari sydney ke wagga wagga, kitorang naik greyhound.  Ni bas ekspress la.  Sementara menunggu boarding time, kitorang masuk 7 eleven beli bekalan atas bas *air mineral je pun*.  Lepas boarding, encik driver pun bagi mukadimah sebelum perjalanan bermula, sebijik macam dalam kapal terbang die punya introduction.  Dan setiap seat ada seatbelt macam seatbelt kereta, DAN semua orang wajib pakai!  Dalam bas tu kitorang tidur.  Terjaga je makan lepas tu tidur balik, muahaha.

tunggu masa boarding


Sebelum sampai wagga wagga, bas ada berhenti dekat 1 RnR ni.  Masa ni dah luar bandar la, so kitorang pun turun la nak pergi toilet.  Bila jejak je kaki kat tanah, terus angin datang menyerbu.  Ya Ampun!  Sejuk gila, sampai melompat-lompat lari masuk toilet, mata sampai berair sebab sejuk sangat.  Lepas pergi lari naik bas balik, huhu.  Lepas tu sambung tidur.  Dalam pukul 12 tengahmalam kitorang sampai wagga wagga, Alhamdulillah.

Masa ni dah nampak dah kat luar tu berangin *kompem sejuk melampau!*.  Masa ni jugak first time nampak Prof Ball.  Eh tipu!  Sebelum ni dah jumpa dalam exam hall sebab die jadi external examiner.  Prof Ball sambut kitorang dengan George.  Dua-dua tu lecturer kat CSU *Charles Sturt University*.  Diorang sempoi je tengah-tengah sejuk tu.  Kitorang ni lepas masuk luggage, terus lari masuk van.  Sejuk sampai mata dan hidung berair, macam nak nangis dah.

George dan Prof Ball terus bawak kitorang pergi rumah sewa kitorang.  Kat wagga wagga, kitorang sewa 3 buah rumah.  Rumah kitorang ada 9 orang *kimi, ani, najwa, k.fatin, kaled, ala, huda, kak aida & lily*.  Aku, ani dan najwa share 1 bilik yang ada 3 katil single.  TAPI, hanya 1 katil je yang ada heater, 2 lagi takde.  So, 2 orang kena mengalah tidur atas lantai kat ruang tamu depan heater besar tu.  Untuk malam pertama, aku yang tidur atas katil, hehe.

So, habis cerita untuk hari ni!


Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...