Skip to main content

[Australia] Wagga Wagga Day 2!



Bismillah, Assalamualaikum

Wagga Wagga
1 September 2012

The second day of our stay at Wagga Wagga is more leisure than yesterday.  Kalau semalam kami sibuk dengan “kelas” dan “praktikal”, hari ini kami akan menjelajah Wagga Wagga!  Kalau semalam Prof Ball dan Carl yang accompany kami, hari ini kami ditemani carl *again, hehe* dan George!

Hari ini dah masuk bulan September, meaning we are leaving winter and entering spring.  Maka banyaklah bunga-bunga yang berkembang di sana-sini.  Even semalam dekat CSU pun dah nampak bunga ros bermacam-macam warna di sana-sini.  Subhanallah, cantik sangat!




So!  Today’s activities are;

Pagi: breakfast at home.  Waiting for George and prof ball to pick us up and spend some time in Junee *will explain on this later*.

Tengahari:       Merayau-rayau di kawasan sekitar and visiting Gundagai’s historical bridge.

Petang:   Melawat ladang Carl.  Balik rumah dan masak-masak for our open house tonight!

Malam :   Raya OPEN HOUSE!

Hari kami bermula dengan photoshoot!  Haha, yup!  Photoshoot!  Owh, ni applicable untuk rumah kami saja *as I said before, kitorang ni hantu kamera*.  Ahli rumah kami terdiri daripada kimi, ani, najwa, kaled, kak fatin, huda, ala, kak aida dan lily.  Sembilan orang hokei!  Memang riuh gila la!

ruang tamu. bersepah sikit sebab ada yang tidur sini depan heater.

perkarangan rumah


entrance.

DAPUR!  tempat yang kitorang habiskan masa, haha


Kak aida is actually our senior, merangkap kitorang punya accompanying officer lah.  Lily pulak adik dia.  Masa duduk serumah ni la kitorang bonding.  Dari tak bercakap jadi macam best friend, hehe.  Sebenarnya ada sorang lagi senior yang ikut which is kak Jaja, tapi kak Jaja ikut sampai Sydney saja.

Tempat pertama yang kami lawat hari ini adalah Junee Licorice and Chocolate Factory.  Sepatutnya kitorang ikut tour sekitar kilang dengan tour guide.  Tapi entah kenapa tour tu start lambat.  Sementara menunggu tu kitorang dah habis explore kilang dan kawasan sekitar dah pun.  Siap buat photoshoot lagi kot sebab menunggu punya pasal.  Maka kitorang decide untuk tak ikut tour itu.




kilang coklat pandangan dari luar





model-model berlakon lagi. banyak lagi gambar drama diorang ni tapi karang berjela-jela pula entry ni -_-"

Lepas Junee, kitorang berjalan-jalan ke sekitar Wagga Wagga.  Honestly, aku dah tak ingat nama tempat yang ada tugu manusia tu, haha, BUT I do remember visiting an old historic bridge in Gundagai!  Ingat kot sebab berkali-kali Carl ajar kitorang sebut Gundagai!

photo by dhabit, belakang tu gundagai's bridge



Lepas Gundagai, George dan Carl bawa kitorang ke 1 ladang yang besar di tengah-tengah hutan.  Rupanya itu ladang carl *nganga mulut*.  Dekat sini, carl bawa kitorang semua dan George *apparently, its George’s first time here too!* melawat ladang dia, DAN fawwaz is actually helping Carl to feed his cattle, haha.  Tapi fawwaz sorang je lah, kitorang yang lain ni jadi paparazzi kat luar  pagar, hehe.




Lepas penat merayau di ladang, kitorang masuk ke rumah carl untuk berehat.  BUT me and ani sibuk merayau-rayau dekat beranda rumah sambil photoshoot sampailah kitorang ternampak George naik ATV sambil melambai-lambai ke arah kitorang berdua.  Maka berlari-larilah kitorang ke arah George!  Haha.  Mula-mula George ajar macamana nak pandu ATV tu.  Lepas tu dia bagi kitorang main pulak, siap offer nak jadi photographer kitorang lagi, hehe.



Lepas puas main kitorang pass ATV tu kat orang lain pulak, ikut turn lah.  Tiba-tiba Carl datang dengan motor besar.  Semua orang tak berani nak bawak motor tu except for najwa.  Amboih Najwa, baju je pink, haha.

Lepas ladang carl, kitorang request nak balik rumah.  Sebab?  Sebab, kan kitorang nak buat open house malam ni!  So kenalah balik masak.  Sepanjang perjalanan balik aku tidur dalam van tu.  Penat kot main-main sepanjang hari.  Bila tersedar dah pukul 4 petang, dan kitorang tak sampai rumah lagi.  Masa sedar tu van tengah mendaki bukit.  Ah sudah, kat mana ni?  So we ask carl;

Kami;  “carl, where are we going?”

Carl;    “HOME!”

Okay, BLUR!  Rumah kitorang bukan atas bukit, rumah mana pulak?  Bila sampai ke puncak bukit baru carl cakap,

“this is my home!”

WHOA!  Ingatkan rumah dia kat ladang tadi, rupanya tu rumah singgah je.  Dari dalam van tu kitorang dah nampak kelibat Mandy *isteri carl* dan anak perempuan die *tak ingat nama pulak, hehe*.  Oleh kerana aku baru bangun tidur, so aku dengan mamainya jadi orang pertama turun dari van tu.  Dan tiba-tiba kedengaran bungi anjing menyalak.

Bulat mata aku!  Carl dengan Mandy ada anjing!  Dan anjing tu berlari ke arah aku!  Budak-budak ni pulak semua tak jadi turun van bila nampak anjing tu datang berlari-lari dengan cerianya.  Aku?  Aku sorang je yang ada atas tanah.  Van lagi 1 baru sampai tak park lagi.  So akulah target anjing tu!

Berlarilah aku pusing-pusing van sebab kena kejar dengan anjing.  Tak tahulah berapa kali aku tawaf tempat tu sampai lah anak carl datang ambil anjing tu.  Tahulah kan anjing tu nak beramah mesra, tapi agak-agak la kan.  Hadoi~  -_-“.  Boleh pulak fawwaz buat lawak lepas tu;

“penat exercise kimi?”

Lepas tu kitorang explain dekat carl yang kitorang tak boleh dekat dengan anjing.  Tapi dia misinterpret pulak, dia ingat kitorang takut dengan anjing.  So die assume kitorang ni takut dengan kucing jugak -_-“.  Pelik je carl ngan mandy tengok kitorang main dengan kucing diorang tapi takut dengan anjing.

Sebenarnya kitorang serba-salah nak spend time kat rumah carl.  Sebabnya, kitorang tak prepare apa-apa lagi untuk masak malam ni.  Sudahlah nak masak untuk ramai orang.  Tapi sebab dah sampai.  Bila lagi nak datang rumah carl kan?  Lagipun Mandy siap masak lagi!  Hehe.  Masa kitorang sampai, muffin baru keluar dari oven.  Sementara tunggu Mandy siapkan makanan, Carl bawa kitorang ke tanah di belakang rumah dia.

Kat sini, kitorang jumpa Alpaca!  MasyaAllah, comelnya!  Alpaca tu pulak semua lari ketakutan bila nampak kitorang, aigoo~ Siapa yang patut takut siapa ni?  Nah kat bawah ni aku letak gambar Alpaca! 

photo by dhabit; beranda rumah carl yang sangat luas

photo by dhabit; belakang tu pemandangan dari rumah carl *kan atas bukit nih*

ALPACA!!!

Lepas dah puas kejar tengok Alpaca, kitorang beransur masuk ke rumah untuk makan petang. 

photo by kak fatin; masa ni aiskrim ngan muffin tak sampai lagi, hehe

Dah habis makan, carl dan George bawa kitorang balik ke rumah.  Masa ni dah nervous dah, masa dah agak lewat ni, sempat ke nak masak untuk berpuluh orang *nanges*.  Kitorang ada masa lebih kurang 2 jam lebih je untuk masak.  Dalam van dah riuh dah buat perancangan.  Sebab selain masak-memasak, kitorang kena bersiap-siap jugak.  Kan Hari Raya, so semua kena pakai baju raya lah!

Oleh sebab masa yang singkat, kitorang bergilir.  Sementara orang lain masak, akan ada orang bersiap.  Tandas rumah kami 2 je, so takleh lah tetiba semua nak serbu bila dah habis masak.  Sebab masa yang singkat jugak, aku tak sempat bersiap, memang selekeh betul malam tu!  Begedil kitorang pun tak sempat goreng semua.  Kitorang kena angkut dan goreng kat rumah Asma’ -_-“.

photo by kak fatin; begedil!  ni feveret diorang tau!  *bangga*

photo by kak fatin, buffet table

photo by kak fatin; puding sago with cream cheese!

Owh, kan aku ada cakap sebelum ni yang kitorang sewa 3 buah rumah.  Mestilah open house tu kat 1 rumah je which is rumah C *rumah nasi lemak* sebab rumah tu paling besar antara semua rumah.  Happening gila!  Macam raya betul, haha.  For this open house, we invite Prof Ball and wife, Carl and Mandy and few CSU’s pharmacy students.  Sayangnya George tak boleh datang, tapi dia sempat pesan untuk simpankan makanan untuk dia, hehe.

My biggest concern during this open house is nasi lemak.  Kenapa nasi lemak?  Haha, sebab takut diorang semua ni tak tahan pedas.  Tapi sambal nasi lemak tu tak pedas pun!  But then, masa kitorang tengah menggoreng begedil kat dapur, tiba-tiba lockland *okeh, tak tahu eja nama mamat ni, hentam je la* berlari-lari masuk ke dapur dengan muka yang sangat SANGAT sangat merah.  Bila nampak die minum air banyak-banyak kitorang dapat agak la sebab apa.  Tak tahan pedas la tuh, hehe.






Lepas makan-makan, kitorang buat sedikit “closing ceremony”.  It looks formal though, sebab ada upacara bagi cenderahati dekat prof Ball, ucapan, ucapan dan ucapan, hehe.  Sebabnya, esok merupakan hari terakhir aktiviti di wagga wagga, KECUALI untuk kami bersembilan yang buat attachment di sini *will update later*.  Lepas segala ucapan, kitorang menyanyi lagu raya! 

Okay, aku pun tak ingat macamana kitorang boleh menyanyi *start dengan Mahmud actually*, TAPI dengan kami berbaju raya, makanan Malaysia dan lagu raya, memang terasa sangat macam kitorang tengah beraya di perantauan, haha.  So MISSIONs ACCOMPLISH!  Diorang dah tahu budaya orang melayu, makanan orang melayu dan diorang tahu Muslim’s food specification *halal and haram*.

Lepas closing ceremony, kitorang bersurai.  Bila balik rumah, we conduct our own closing ceremony.  Esok ahli rumah ni tinggal kimi, kak fatin dan najwa.  Yang lain semua akan naik train ke Melbourne dan pulang ke Malaysia.  Bermula esok juga kitorang bersembilan kena jadi independent.  At least sebelum-sebelum ni boleh la mengekor prof Ball, carl or George, haih…

Sebelum tidur, kak Aida sempat bagi pesanan.  Banyak la dia bagi tips pasal kerjaya seorang pegawai farmasi di hospital, what to do and what to expect.  I’m really glad that I stayed with her in Wagga Wagga, kat Melbourne dan Sydney mana pernah duduk sekali, hehe.

ahli rumah kami, tak termasuk lily sebab die tukang ambik gambar, hehe

PS:       Owh, for those who “wonder”, kitorang dah samak semua peralatan memasak dirumah tu.  Maka bawaklah sabun taharah bila travel, sangat berguna!  Tak kuasa la kami nak ambik tanah kat luar rumah, beku lerr.

Comments

  1. Rumah kitorg ulwan amik tanah kt luar. Dia n anis yg samakkan.hehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...