Bismillah,
Assalamualaikum
Wagga
Wagga
2
September 2012
Hari
ni adalah hari ketiga kami di Wagga Wagga.
Tengahari ini mereka akan pergi ke Melbourne dengan train dan terbang
pulang ke Malaysia. Selepas itu,
tinggallah kami bersembilan di Wagga Wagga ni, huhu. Sedih je rasa pagi tu sebab nak kena
tinggal. Untuk attachment, kitorang sewa
1 rumah saja *rumah kami, hehe*. Maka
aktiviti di pagi hari adalah mengemas rumah dan photoshoot. Aku sorang je la, so takde model, haha.
| depan entrance rumah kami |
| pintu masuk garaj |
| view dari dalam |
| backyard~ |
Hari
ini kitorang di temani prof Ball dan Dr Hassan.
Dr Hassan bawak 1 family sekali tapi isteri dia drive kereta lain
la. Our first stop today is the mountain’s
peak. Haha, sebab utama datang atas
bukit ni sebab diorang nak tunjuk pemandangan Wagga Wagga dari atas. Subhanallah, luasnya.
Lepas
puas bergambar, kitorang turun bukit dan pergi ke Murumbidgee’s river. Katanya boleh nampak platypus kalau bernasib
baik *kitorang tak bernasib baiklah -_-“*.
Kat sini kitorang bergambar dan shopping souvenir. It turns out that the shop owner is lockland’s
mother, haha.
Our
next stop is Wagga Wagga Botanical Garden!
Kat sini takde entrance fee, semua free kecuali kalau nak naik miniature
train. Yang tu kalau tak silap kena
bayar 2 dolar. Kat sini ada zoo *lots of
kangaroo!*, botanical garden *kan sekarang spring* dan rumah burung.
| alpaca takde bulu -_-" |
| bunga dan mamat bunga, hahaha~ |
Dah puas menjelajah kitorang naik miniature train pulak. Tengah-tengah main ni prof Ball tunggu kitorang kat luar pagar, dah macam ayah bawak anak jalan-jalan dah.
| dengan driver kami |
| photo by kak fatin |
Turun
je train, kitorang ajak prof Ball makan aiskrim. Sungguh tak senonoh kitorang ni, sejuk-sejuk
nak makan aiskrim TAPI bila masuk dalam kedai semua tukar fikiran nak minum
kopi. Masa ni prof Ball kat luar save
tempat. Bila kitorang tanya dia nak kopi
apa dia jawab;
“long black”
Ah
sudah, mende pulak long black. Rupanya
tu kopi yang memang kopi, takde gula langsung, hoih, tak sanggup den nak minum
yang tu.
Lepas
minum-minum kitorang balik ke rumah.
Sebelum tu singgah sekejap CSU
untuk bergambar, hehe.
Bila
sampai rumah, sibuklah mereka-mereka ni mengangkut beg masing-masing. Aku, najwa dan kak fatin mana ada beg untuk
dikemas. So kitorang jalan sikit nak
ambik gambar dekat signboard jalan.
Malaya Drive dan Temerloh Avenue *kagum*. Tengah bergambar kitorang terjumpa orang
Malaysia yang duduk di situ.
| rumah kitorang kat Malaya drive |
This
is them leaving us, huhu. Sedih kot masa
ni.
Lepas
kena tinggal, kitorang berehat. Kitorang
decide untuk ke pekan petang ni untuk beli barang dapur. Untuk ke pekan, kitorang gunakan khidmat
taxi, to be more specific, MAXITAXI.
Haha, nama dia maxitaxi sebab dia boleh accommodate ramai orang, muatlah
kitorang 9 orang ni.
| Baylis St. Kecik je pekan ni. |
| Okay, ni barang dapur PLUS souvenir untuk 9 orang, sebab tu banyak gila. mat saleh pun kagum tengok. |
Lepas
shopping, kitorang lepak dekat bus stop sambil tunggu taxi datang. Tiba-tiba kitorang ternampak George di
seberang jalan, eh tak! George yang
nampak kitorang sebenarnya. Terus dia
berlari-lari melintas jalan tanya khabar.
Dia risau sebenarnya kitorang ni tak balik-balik rumah, haha.
Lepas
makan malam *spaghetti*, kitorang landing depan TV. Masa ni la projek budak-budak ni bermula *eh,
patut dah mula from the moment kitorang kena tinggal tadi*. Aku tengah mandi bila tiba-tiba kak fatin
tegur dari luar pintu toilet;
Kak fatin: “kimi tengah mandi ke?”
Aik? Obvious kot, bunyi shower bukan main kuat
lagi takkan basuh toilet. Lepas mandi,
aku join diorang di ruang tamu. Tengah
tengok tv ternampak dhabit dan bihah bersignal-signal, seriously korang tak
reti berlakon, agak-agak la nak bersignal tu, depan batang hidung aku kot. Lepas sesi signal-signal, bihah bangun
menghilangkan diri. Tak lama lepas tu
bihah muncul dengan 1 beg plastic dan;
“HAPPY BIRTHDAY TO YOU~” *sila sambung lagu sampai habis*
Okay,
ni birthday siapa pulak ni? Bila aku
perasan diorang nyanyi untuk aku, terus aku silangkan tangan aku;
“WEH! Birthday aku bukan hari ni!”
Kecoh
seketika ruang tamu tu. Sakit perut aku
gelak, haha. Bihah malu punya pasal
pergi baling hadiah tu kat aku *kena kepala kot!*. Adoi, salah tarikh pulak dah, kan dah tak
jadi surprise. Memang la birthday aku
masa kat Aussie nanti tapi bukan hari ni la.
Patut la time shopping aku kena tinggal dengan dhabit kat luar, konon
kena jaga barang la. No wonder jugak la
semangat masak spaghetti segala bagai, haha.
Anyway, thanks for the present!
Bila
dah reda kitorang rasa nervous pulak.
Esok dah start practical!
Comments
Post a Comment