Skip to main content

[Australia] Wagga Wagga day 4, 5, 6 & 7; Retail Pharmacy Attachment!



Bismillah, Assalamualaikum.

Okay, sekarang mari sambung semula entry Aussie!  Aku merge semua hari attachment terus dalam 1 entry.  Sebabnya basically kitorang buat benda yang sama je berulang-ulang, haha.  So what I will write today is a summary of our activities from 3rd September to 6th September 2012.  Oleh sebab aku nak compress cerita, maka tak bolehlah nak detail sangat, karang berjela-jela sangat.

Wagga Wagga
3rd September 2012 – 6th September 2012

Untuk retail pharmacy attachment di Wagga Wagga, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan.  So 1 group will consist of 3 girls *they call us the triplets, ahaha~*.  The girls are;

Pharmasave Turvey Park:   Kimi, Bihah, Yana


Pharmasave South City:   Kak Fatin, Sol, Dhabit


Pharmasave Tolland:   Najwa, Asma’, Arifah


Rangkaian farmasi Pharmasave ni kepunyaan Carl dan Mandy *nganga mulut*.  So dialah yang arrange kitorang ni attach kat mana.  Bukan setakat arrange tempat attactment kitorang tau, tapi dialah ‘guardian’ kitorang sepanjang tempoh attachment kitorang. 

Hari pertama kitorang, dia hantar kitorang personally ke semua farmasi berkenaan.  Oleh sebab ada 3 tempat yang berbeza dan kereta carl kecil je, dia kena buat 3 trip.

So trip pertama ke South City *yang PALING jauh!*.  Second trip is Turvey Park *sederhana jauh, haha*.  Last trip Tolland *yang PALING dekat*.  Nak kata dekatnya Tolland dengan rumah kitorang berbanding 2 lagi tempat tu, mereka-mereka ni siap sempat jalan kaki balik rumah untuk solat lagi masa lunch hour.  Kitorang yang lain ni merata-rata solat, haha.

TAPI hari pertama je berhantar.  Masa balik petang tu, Carl ajar kitorang yang kat Turvey Park ni jalan kaki balik rumah.  Yelah, kesian dia kalau semua nak berhantar berambik.  Dia tunjuk direction je, lepas tu dia lepas kitorang macam tu je, haha.  Carl kata ambil masa 10 minit je tapi bila kitorang jalan dekat 20 minit jugak la baru sampai rumah, apa maknanya tu? 

Jalan kaki kat sini best walaupun penat.  Sebab masa ni kan dah masuk musim bunga, so love flowers are blooming everywhere!  Subhanallah cantik sangat sangat sangat!  Tapi takdelah aku nak tangkap gambar bunga depan pintu rumah orang kan, tu buang tebiat namanya.  Cuma SATU je yang tak best!  TIAP kali lalu depan certain rumah, mesti kitorang terlompat-lompat sebab terkejut anjing menyalak -_-“.

Aktiviti di Pharmasave selain “interview” semua pharmacist untuk complete kan report adalah;

1.      Jaga kaunter bayaran


Aku jaga kaunter ni hari pertama je.  Kenapa entah hari-hari berikutnya turn aku tak sampai-sampai, haha.  One thing yang aku suka jaga kat sini; orang-orang kat sini SANGAT peramah!  Kebanyakkan customer adalah orang-orang tua *wagga wagga ni ala-ala kampung lar*, so paham-paham la, diorang kan suka berborak.

Dan kitorang ni pakai tudung which is rare kat sana, in fact, hari terakhir attachment kitorang pakat-pakat pakai baju kurung or jubah.  So SETIAP KALI customer datang bayar ubat, diorang akan tegur dan tanya aku dari mana.  Dalam ramai-ramai orang yang tanya tu, sorang je yang tahu pasal Malaysia, aigooo~  So Emma lah yang explain siapa aku ni, haha.

2.      Jaga *more towards assisting, haha* prescription counter

belakang prescription counter ni dispensing counter

Yang ni pun aku musykil.  Entah kenapa aku tak pernah duduk kaunter ni.  So basically customer akan datang bawa prescription diorang ke kaunter ini.  Aku nak explain lebih-lebih pun tak leh sebab aku tak pernah duduk kaunter ni, pelik lah!  Sebab kitorang kena rotate semua kaunter, hurmmm~

3.      Jaga dispensing counter.

Kaunter ni PALING best!  Yang ni tak payah explain sangat lar.  Function dia dispense ubat according to prescription lar.

4.      Lain-lain kerja, haha

Stock check + susun ubat

Kitorang bertiga akan rotate semua kaunter di atas SETIAP HARI.  Cuma kalau ada stock baru sampai lepas lunch hour, kitorang akan bertapa kat belakang dispensing counter untuk kira stock dan susun ubat.  Honestly, aku lagi suka buat kerja ni!  Sebab boleh familiarize diri ini dengan ubat-ubat.

Koleksi ubat dia boleh tahanlah, kalau aku tak silap, aku pernah susun methotrexate atas rak *sila nganga mulut*.  Sebab ubat kat sini sangat banyak, aku selalu kena tanya Danielle ubat ni tempatnya kat mana -_-“.  Kat sini, stock sampai hari-hari sebab setiap hari order ubat.  So check stock dan susun ubat tu dah jadi rutin harian kitorang kat sana.  Cuma ada 1 kejadian memalukan masa aku susun ubat;

Dalam banyak-banyak ubat yang aku susun, Crestor antara yang terbanyak.  Yang ni memang fast moving item la, kalau stock sampai memang berpuluh-puluh kotak.  Dalam rak ubat tu, tempat Crestor dekat atas.  Tinggi la sampai aku kena panjat stool untuk susun.  Nak dijadikan cerita, aku dah habis susun dah ni, TIBA-TIBA kotak-kotak Crestor ni jadi tak stabil lalu jatuh atas aku.  Sudahlah semua orang nampak. 

Ini sangat memalukan!

Nursing Home supply


Selain daripada dispense ubat, farmasi kat sini jugak supply ubat ke nursing home.  Semua packaging *Webster packaging, I already explain on this in previous entry* untuk nursing home ni di buat dalam 1 bilik di belakang Pharmasave.  Kadang-kadang kalau bernasib baik boleh ikut Annette hantar ubat ke nursing home.  Aku tak pernah ikut, yana je ikut sekali.

Origami Lipat surat

Hurm, kerja lain yang kitorang buat adalah lipat surat dan masuk dalam envelope!  Surat-surat ni untuk customer diorang DAN sangat banyak!  Mula-mula tu Helen dah bagi dah *sumpah banyak gila!*, kitorang bertiga ni dah macam mesin lipat kertas dah dalam bilik kaunseling tu.

Tiba-tiba Helen masuk kata ada customer nak guna bilik kaunseling ni, so no choice lah, kitorang terpaksa lipat kertas atas prescription counter!  Sudahlah ramai customer depan tu tengah tunggu ubat, so senyum je lah *ah lagi satu!, sebab kitorang pakai baju kurung + jubah hari tu, haha*.

Kitorang dah nak habis lipat dah ni.  Lipat pun laju-laju sebab lunch hour dah dekat dah, tiba-tiba Will datang letak lagi surat untuk dilipat depan kitorang tanpa perasaan bersalah;

“here you go girls!”

Speechless!  Sudahlah sepanjang proses melipat tu kitorang berdiri.  Lepas tu siap kena maniskan muka sebab customer berderet-deret kat depan.  Kitorang increase speed melipat kertas sebab nak pergi lunch cepat.  Habis je lipat terus cabut!

So itulah antara kerja kitorang dekat pharmasave.  Okay, stop dulu sebab panjang gila dah ni!  Nanti lah aku cerita pasal kitorang punya “survival” hidup bersembilan di perantauan tu, haha.


Comments

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...