Bismillah,
Assalamualaikum
*warning awal-awal, panjang ni okeh*
As
I said previously~ Kitorang kena lapor
diri di Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing 4 haribulan November! Kecuali lah Kelantan dan Pahang sebab ada
cuti bola tu kan haha. Kebanyakan dari
kami terbang ke Kota Kinabalu, Sabah 3 November *ahad*. Takkan nak pergi pagi isnin tu kan.
Flight
dari KL ke KK ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Mak aih!
Bosan gila! Lepas tu aku ni bijak
bestari pulak tak pergi charge mp3.
Headphone pun tertinggal kat rumah.
Buku pulak takde. Bawak fail
sijil dan dokumen lapor diri je kat atas.
Takkan aku nak belek-belek baca sijil pulak. Itu kerja gila namanya.
Sampai
KK naik teksi pulak pergi hotel. Papa
cakap tak payah sewa kereta sebab bukan nak pakai sangat pun. Hotel tu dekat dengan laut. Belakang tu KK Plaza, jalan sikit pasar
Filipina. Ok la tu. Boleh la mak aku beli dia punya kuih cincin
ngan amplang haha.
Hari
Isnin pagi.
Parents
wan datang ambik aku kat hotel. Kiranya
nanti kitorang berempat la pergi JKN sekali.
Masa ni dah fikir, lantaklah dapat mana pun *konon, tengok jap lagi apa
jadi*. Nervous tu tak payah cakap
ah. Nervous melampau-lampau sampai rasa
nak muntah. Sampai je terus isi borang
berkenaan dan tunggu dalam meeting room.
Lama-lama
penuhlah meeting room tu. Hari ni ada 4
universiti masuk sekali, UIA, UKM, UITM, UCSI.
Jumlah keseluruhan PRP hari tu 33 orang.
Tapi ada budak UITM datang lambat sebab nak tunggu convo. Convo diorang rabu depan tak silap.
Tunggu
punya tunggu! Takde pun orang masuk bagi
taklimat. Berjam-jam gak la menunggu
masa tu. Sempat la kitorang ada ice
breaking session, kenalkan diri bagai hehe.
Dalam pukul 11 lebih person-in-charge berkenaan pun datang. Part ni aku nak cut short, taknak cite
lebih-lebih haha. Yang penting aku
dapat;
HOSPITAL
BEAUFORT
PRP
situ pulak 2 orang saja.
REPEAT.
2
orang saja.
Partner
aku pulak lelaki.
REPEAT.
LELAKI.
Aku
nanges? Dah tentu lah. Memang la aku dah set otak. Anything takpe. Mana-mana pun takpe. Kimi, be strong! Tapi bila kena campak sorang-sorang dengan
takde perempuan nak kawan ngan geng sekali?
Korang rasa?
Aku
pulak jenis ratu air mata. Ye, aku tak
malu untuk mengaku aku senang menangis.
So what? Air mata aku boleh buat
Malaysia tenggelam ke? Air mata aku
boleh buat orang mati lemas ke? Tak
kan?! Mekanisma terkejut aku ialah
menangis. Semua orang ada mekanisma
terkejut masing-masing. Sesiapa prank
aku memang pernah kena.
Dulu
kat pj wan thohirah buat lawak ngan aku, tiba-tiba hantar sms cakap dia nak
kawen blablabla pada 29 februari *tahun tu tak melompat ye masa tu*. Aku terus call wan, bila dia gelak je terus
aku nanges. Tak memasal kena turun bilik
aku pujuk pulak.
Dulu
makcik yuni buat ‘surprise’ malam before lapor diri kuantan cakap dia tak pergi
esok, dia ambik medic mesir. Pun aku
nangis. Nape ntah aku nangis-nangis,
bukannya budak tu cakap dia nak kawen lari pun.
Dapat
surat posting Sabah? Pun nanges muahaha~
Nak
tukar hospital?
Memang
tak boleh. Tak boleh negotiate
langsung. Keluar la kuota
malay/non-malay, kuota muslim/non-muslim.
Masa isi borang pun, wan yang isikan.
Kalau tak basah kuyup la borang berkenaan. Lepas tu call mama sambil nangis-nangis
haha. Ye lah, nak buat apa lagi. Orang lain boleh la pakat-pakat nak gi tawau
camana, Sandakan camana. Aku ni,
beaufort kat mana pun aku tak tahu. Nak gi sana macamana pun aku tak tahu
Nak
mengadu? Tak tahu nak mengadu kat
siapa. Semua orang lapor diri hari
ni. Semua orang ada masalah
masing-masing. Takkan aku nak
menambahkan serabut orang dengan serabut aku.
Nasib baik budak Kelantan lapor diri hari rabu kat JKN. Boleh la aku mengadu nasib dengan mai,
huhu. Masa tu memang mata aku kerja dia
menangis je. Kira ni masih dalam state
of denial. Haha.
Surat
penempatan siap print semua dalam pukul 3 lebih. Tak sempat pun kalau nak lapor diri hospital
hari tu jugak. Nak gi beaufort pun ambik
masa sejam lebih dari KK. Lepas dapat
surat, papa sewa kereta dengan kawan dia.
Terus pergi beaufort tengok-tengok.
Papa ngan mama buat arrangement aku tumpang rumah anak kepada jiran
kepada pakcik aku kat kampung *panjangnya link dia*. Cikgu 2 orang. Kiranya aku sewa terus kat situ je la
Malam
tu kerja aku nangis, gosok baju, susun fail, nangis, tido. Haha, sungguh tak
senonoh.
Lapor
Diri.
Aku
sampai hospital awal. Dalam pukul 6.30
pagi haha. TAPI, kat sini dah cerah la.
Subuh pun dah habis. Time macam
ni la aku sibuk dok mengacau orang semenanjung haha. Sampai awal sebab tumpang cikgu tu dulu. Diorang kena ada di sekolah pukul 7 pagi,
sebab tu aku datang awal. Ok lah, dari
aku kena jalan kaki kan.
Lapor
diri dengan Ketua Pegawai Farmasi (KPF).
KPF tu pun baru jugak transfer dari tawau *kot?* Masa ni hati tengah bersedih lagi. Nak bercakap dengan orang pun rasa berat je
mulut ni. Rasa macam nak tampal je sign “don’t
speak to me!” kat dahi ni. TAPI! Semua orang kat sini peramah sangat,
especially pembantu pegawai farmasi (PPF) haha.
Rasa bersalah pulak kalau tak layan diorang.
DAN
aku sebenarnya taknak la orang panggil kimi kat sini. Kalau boleh nak la panggil nama betul aku
jugak. Tapi bila cakap je,
“Nama saya Izzati,”
Akak
PPF tu terus potong,
“Eh, sini pun ada PPF nama izzati jugak. Haha *gelak beramai-ramai*. Kamu takde nama samaran ke?”
Erk?
“takpelah, kalau taknak confuse, akak panggil la kimi,”
Lepas
tu jenuh pulak aku nak explain apehal pulak panggil kimi haha.
Lepas
lapor diri dengan KPF, dia terus bagi punch card haha. Walawei~
Baru rasa macam wanita bekerjaya siap kena punch card lagi. Kiranya kitorang sempat la punch sebelum
pukul 8 pagi. Punyalah jakun aku time
nak punch card tu, almaklumlah, tak pernah kan haha. Apa jadi eh kalau aku lupa nak punch card
haha.
Lepas
tu KPF bawak kami pergi admin nak isi segala jenis borang. Baru la aku tahu kalau nak isi elaun
perumahan wilayah *830 woo~* kena ada salinan I/C dan surat beranak
parents. CEH! Apesal tak tulis awal-awal? Dah jadi 1 kerja pulak papa nak email benda
alah tu. Papa pulak tengah outstation
kat pulau-pulau terpencil kat langkawi, line telefon pun putus-putus, inikan
pula nak emel.
Lepas
tu akak kat admin tu bagi 1 dokumen.
“Nah ini borang orientasi. Nanti kamu kena pergi semua department kenalkan diri minta cop dan sign,”
Eh? Cam kelakar je buat macam tu. But soon I realize that it is quite effective
in “promoting” ourselves as a new staff haha.
Takdelah pergi sendiri. KPF bawak
pergi. Kalau pergi sendiri mau sesat tak
balik-balik farmasi. Contohnya pagi
tadi, aku merayau sorang-sorang cari kantin tapi sampai depan pintu bilik
mayat. Menakutkan okeh.
Adalah
dalam 34 department gitu yang kena pergi.
Dari bahagian keselamatan sampailah bahagian kecemasan haha. Dapur diet dan wad TB pun kitorang
masuk. Kiranya macam kitorang ni pusing
SATU hospital la. Rasa nak tercabut kaki
lepas tu.
Orientasi
tu ambik masa dalam 2 jam jugak la.
Lepas tu terus masuk station masing-masing *kejap je pun, 30 minit lagi
pukul 5 haha*. Untuk bulan ni, aku duduk
di outpatient department (OPD) dan alex pulak inpatient department (IPD). Untuk dua minggu ni kerja aku filling kat
belakang la dengan PPF.
OPD
so far
Hari
pertama filling sumpah aku cakap otak aku macam kosong haha. Mula-mula aku tak biasa dengan nama
orang-orang di sini. Nama diorang agak
asing la bagi aku. Setiap prescription
yang sampai kat tangan aku mesti aku tanya PPF,
“akak, nama dia apa?”
Haha,
tak senonoh betul. Tu baru nama patient,
belum lagi part kau nak “menyelesaikan” code yang doctor bagi haih~
Lepas
2 hari filling dan labeling kat belakang, aku dah start pergi dispense kat
depan pulak. Keluar lagi 1 masalah
pulak. Sini loghatnya lain. Lenggok percakapannya lain. Kebanyakkan patient pandang aku semacam haha
sebab slang semenanjung aku kuat. Masa
ni baru tahu yang sesetengah term kena tukar.
Contohnya;
Ubat darah tinggi = Ubat tinggi darah *sama je padahal -_-“*
Asthma = Ampus
Gastrik = Dugal
Lepas
ni apa pulak?
Kali
pertama dispense aku memang macam robot.
Greetings takde *ni sebab nervous frp tengok kat sebelah ahaha*, cakap
laju, instruction tak lengkap larr.
Lepas
3-4 hari dispense dan filling kat belakang aku dapat rasa improvement sikit
haha. Aku makin laju kira hari, kira
berapa biji tablet nak bagi. Aku makin
laju jumpa ubat *kengkadang aku rasa ubat ni main sorok-sorok ngan aku
pulak*. Aku makin relaks bila cakap
dengan patient haha. Untuk dispense tu
aku banyak tengok cara senior frp cakap.
Lepas tu aku tiru la lenggok percakapan tu haha.
Dari
otak yang betul-betul ZERO masa masuk OPD tu sekarang dah terisi la dalam 10%
haha. Terima kasih kepada akak-akak dan
adik-adik PPF yang tak jemu-jemu melayan soalan bodoh aku sepanjang masa. Dan terima kasih juga kepada FRP yang tegur
dan marah aku bila salah haha. Kena
marah memang sentap larr, tapi lepas tu kita akan jadi lebih alert. Bagus gak kena marah sebenarnya haha.
Kat sini sewa rumah mostly 700-1k tapi fully furnished. So rasa agak berbaloi la sebenarnya sebab tak perlu spend lagi duit untuk kelengkapan rumah. Masalah aku SATU je sekarang ni, Transport. Takde kereta susah kat sini. Siapa suruh aku naik public bus meh sini aku nak lempang.
Buat sementara waktu ada pakcik tu tolong hantar ngan ambik gi kerja tapi berbayar la. Ok la asalkan aku sampai hospital haha. Nanti dah start oncall pening kepala la aku nak fikir macamana nak pergi kerja haish~ Lunch pulak? Haha, hari-hari mengekor frp makan kat luar so tak la sedih sangat.
Convo
Hari
lapor diri aku cakap awal-awal ngan KPF pasal convo. Kalau aku duduk KK, aku tak kisah sebenarnya
kalau tak cuti jumaat ngan isnin. Tapi
sebab aku kat Beaufort, aku kena fikir aku nak gi KK camana. Lepas tu nanti dari KK nak balik Beaufort
macamana. Sebab aku sorang je kat sini
dan aku taknak sampai Beaufort malam sebab aku duduk sorang je nanti sampai
cuti sekolah habis.
Alhamdulillah
cuti lulus! Sekarang dah kat rumah dah
settle hal convo bhahaha~
Okeh
nanti sambung lain, panjang gila dah ni.
PS: Bila dah start kerja baru rasa taknak graduate langsung dari universiti. Ahhh, rindu dengan zaman belajar dulu. Sampai sekarang hari-hari bukak external tengok gambar kat uia dulu haha.



bpe bnyk kali nk repeat da..... haha. aku bc later. review je dulu skang. hihi
ReplyDelete