Bismillah, Assalamualaikum.
*entry ini tiada kena mengena dengan drama ‘blue blood’, ehehe~
Pernahkah korang dengar ayat yang sipi-sipi lebih kurang macam ni;
“Eh, korang ni macam belangkas lah, asyik berkepit je,”
Kan! Pernah dengar kan. Kadang-kadang kita asyik mention nama belangkas ni, tapi tahu tak rupa belangkas ni macamana? Dulu, zaman aku kanak-kanak dulu, aku bayangkan belangkas ni spesis-spesis ungka dan monyet yang dok bergayut dalam hutan. -_-“ Jahilnya masa tu. And then, baru aku tahu belangkas itu rupanya tak sama langsung dengan spesis monyet, habitat pun cam langit dan bumi. Hehe, sila tengok gambar makhluk Allah yang bernama belangkas di bawah ni.
~sumber gambar klik kat sini ~
Okay, entry ini ditulis bukanlah untuk mengupas erti peribahasa melayu, “seperti belangkas”, tapi adalah untuk melihat kegunaan belangkas yang sebenarnya telah berjasa kepada homo sapiens macam kita semua ni (selain dari menjadi hidangan berbuka koranglah). Idea untuk mengarang entry ni timbul lepas papa campak majalah nat geo kat aku minggu lepas. Maka, aku pun menyelak helaian demi helaian tanpa perasaan teruja sebab edisi kali ni takde artikel yang aku ‘berkenan’ nak baca, hehe.
Tangan aku terhenti bila terbaca tulisan biru, ‘blue blood’ dalam satu artikel ni. Tak tahu lah kenapa, tapi otak aku automatik terbayang muka ani (bangga tak kau? Hehe) sebab ani selalu cerita pasal drama blue blood tu masa aku duduk rumah dia. Buka page tu luas-luas, terpampang belangkas-belangkas tengah beratur tersusun sambil darahnya dikeluarkan. Dan darah belangkas warna biru! Okay, I’m in awe. Aku pun baca artikel tu dengan tekunnya.
~cam ni la rupanya belangkas tengah beratur diambil darah, sumber gambar klik sini ~
-------------------------------------------
Darah belangkas berjasa.
Sebelum aku explain jasa darah ini pada kita anak-anak Adam, aku nak tanya satu soalah cepumas.
Kenapa darah belangkas warna biru?
Any answer? Okay, mari aku explain. Korang tahukan kenapa darah kita warna biru merah? Sebab darah kita ada hemoglobin dan salah satu komponen hemoglobin adalah ferum. Macam tu jugak dengan belangkas, cuma belangkas ada hemocyanin yang fungsinya lebih kurang sama dengan hemoglobin. Salah satu komponen hemocyanin adalah kuprum dan kuprum ini yang menyebabkan warna darah belangkas biru.
Uniknya, bila bakteria dan toxin seperti E. Coli dan Salmonella masuk ke dalam belangkas, darah belangkas akan membeku (massive clotting) dengan cepat. Untuk membuktikan sensitifnya darah belangkas, aku quote ayat dari majalah nat geo (malas nak translate sebenarnya, hehe);
“So sensitive is the test derived from the proteins that it can detect amounts as slight as one part per trillion. That’s lime one grain of sugar in an olympic-size pool,……”
Oleh sebab itu, darah belangkas digunakan dalam industri farmaseutikal untuk mengesan bakteria dan endotoxin (mostly gram-negative kalau tak silap) yang mungkin ada tersisa pada ubat-ubat (intravenous drug), implants dan lain-lain medical tools even selepas sterilization. Kiranya macam impurity test lah, nak make sure product tu bebas dari ‘pencemaran’.
Extract darah belangkas ini di panggil Limulus Amebocyte Lysate (LAL). Buat pencinta haiwan, jangan risau sebab belangkas-belangkas ni takkan dibiarkan mati dalam proses ini. Jumlah darah yang diambil hanyalah 30%.
Kajian menunjukkan belangkas punya blood volume akan kembali normal selepas seminggu, manakala blood cell count pula mengambil masa 2 ke 3 bulan untuk kembali ke paras normal. Proses ini dilakukan lebih kurang setahun sekali. Tengok, belangkas pun derma darah macam manusia, hehe.
~sumber gambar dari sini ~
Setiap benda ada kekurangan. Tak ada yang sempurna melainkan Allah. Macam tu jugak dengan LAL ni;
#LAL tak boleh bezakan bakteria hidup dan mati#LAL tak boleh tentukan jenis bakteria (endotoxin) sebab reaksi yang ditunjukkan semuanya sama.
Ada lagi reagent yang boleh di extract dari darah belangkas, tapi aku cerita satu ni je, yang lain, sila google okay.
Sampai sini dulu aku membebel, baru perasan, masa cuti ni entry keluar sekali sebulan, haha, nampak sangat malas nak update. Tiba-tiba sekarang macam nak tulis entry banyak-banyak. Idea dah ada, malas nak kembangkan je. Pasal belangkas ni pun dekat seminggu aku mengarang. Hehe.
Salam Ramadan, sila jangan main mercun yang menyebabkan pencemaran bunyi di malam hari, buat jiwa aku kacau je, kalau nak main sangat main bunga api yang comel-comel dan takde bunyi tu je, sekian~




ehem.. ehem.. patutla tetiba aku rase tertarik nk bace blog ko no.. :P aku ingtkan entry ni psl drama 2.. hehe.. btw, belangkas 2 boleh mkn ke??
ReplyDeletesakit tekak ke? nak strepsil? hehe
ReplyDeletebelangkas boleh makan,tapi certain part je cam telur, nak try ke?
rasa nak makan satay belangkas...
ReplyDeleteserius ke ade sate belangkas?
ReplyDelete