Skip to main content

Blue Blood


Bismillah, Assalamualaikum.

*entry ini tiada kena mengena dengan drama ‘blue blood’, ehehe~


Pernahkah korang dengar ayat yang sipi-sipi lebih kurang macam ni;
“Eh, korang ni macam belangkas lah, asyik berkepit je,”
Kan!  Pernah dengar kan.  Kadang-kadang kita asyik mention nama belangkas ni, tapi tahu tak rupa belangkas ni macamana?  Dulu, zaman aku kanak-kanak dulu, aku bayangkan belangkas ni spesis-spesis ungka dan monyet yang dok bergayut dalam hutan.  -_-“  Jahilnya masa tu.  And then, baru aku tahu belangkas itu rupanya tak sama langsung dengan spesis monyet, habitat pun cam langit dan bumi.  Hehe, sila tengok gambar makhluk Allah yang bernama belangkas di bawah ni.

~sumber gambar klik kat sini ~

Okay, entry ini ditulis bukanlah untuk mengupas erti peribahasa melayu, “seperti belangkas”, tapi adalah untuk melihat kegunaan belangkas yang sebenarnya telah berjasa kepada homo sapiens macam kita semua ni (selain dari menjadi hidangan berbuka koranglah).  Idea untuk mengarang entry ni timbul lepas papa campak majalah nat geo kat aku minggu lepas.  Maka, aku pun menyelak helaian demi helaian tanpa perasaan teruja sebab edisi kali ni takde artikel yang aku ‘berkenan’ nak baca, hehe.

Tangan aku terhenti bila terbaca tulisan biru, ‘blue blood’ dalam satu artikel ni.  Tak tahu lah kenapa, tapi otak aku automatik terbayang muka ani (bangga tak kau? Hehe) sebab ani selalu cerita pasal drama blue blood tu masa aku duduk rumah dia.  Buka page tu luas-luas, terpampang belangkas-belangkas tengah beratur tersusun sambil darahnya dikeluarkan.  Dan darah belangkas warna biru!  Okay, I’m in awe.  Aku pun baca artikel tu dengan tekunnya.

 ~cam ni la rupanya belangkas tengah beratur diambil darah, sumber gambar klik sini ~

 -------------------------------------------

Darah belangkas berjasa.

Sebelum aku explain jasa darah ini pada kita anak-anak Adam, aku nak tanya satu soalah cepumas. 

Kenapa darah belangkas warna biru?

Any answer?  Okay, mari aku explain.  Korang tahukan kenapa darah kita warna biru merah?  Sebab darah kita ada hemoglobin dan salah satu komponen hemoglobin adalah ferum.  Macam tu jugak dengan belangkas, cuma belangkas ada hemocyanin yang fungsinya lebih kurang sama dengan hemoglobin.  Salah satu komponen hemocyanin adalah kuprum dan kuprum ini yang menyebabkan warna darah belangkas biru.

Uniknya, bila bakteria dan toxin seperti E. Coli dan Salmonella masuk ke dalam belangkas, darah belangkas akan membeku (massive clotting) dengan cepat.  Untuk membuktikan sensitifnya darah belangkas, aku quote ayat dari majalah nat geo (malas nak translate sebenarnya, hehe);

“So sensitive is the test derived from the proteins that it can detect amounts as slight as one part per trillion.  That’s lime one grain of sugar in an olympic-size pool,……”

Oleh sebab itu, darah belangkas digunakan dalam industri farmaseutikal untuk mengesan bakteria dan endotoxin (mostly gram-negative kalau tak silap) yang mungkin ada tersisa pada ubat-ubat (intravenous drug), implants dan lain-lain medical tools even selepas sterilization.  Kiranya macam impurity test lah, nak make sure product tu bebas dari ‘pencemaran’.

Extract darah belangkas ini di panggil Limulus Amebocyte Lysate (LAL).  Buat pencinta haiwan, jangan risau sebab belangkas-belangkas ni takkan dibiarkan mati dalam proses ini.  Jumlah darah yang diambil hanyalah 30%.

Kajian menunjukkan belangkas punya blood volume akan kembali normal selepas seminggu, manakala blood cell count pula mengambil masa 2 ke 3 bulan untuk kembali ke paras normal.  Proses ini  dilakukan lebih kurang setahun sekali.  Tengok, belangkas pun derma darah macam manusia, hehe.

~sumber gambar dari sini ~

Setiap benda ada kekurangan.  Tak ada yang sempurna melainkan Allah.  Macam tu jugak dengan LAL ni;
#LAL tak boleh bezakan bakteria hidup dan mati
#LAL tak boleh tentukan jenis bakteria (endotoxin) sebab reaksi yang ditunjukkan semuanya sama.

Ada lagi reagent yang boleh di extract dari darah belangkas, tapi aku cerita satu ni je, yang lain, sila google okay. 

Sampai sini dulu aku membebel, baru perasan, masa cuti ni entry keluar sekali sebulan, haha, nampak sangat malas nak update.  Tiba-tiba sekarang macam nak tulis entry banyak-banyak.  Idea dah ada, malas nak kembangkan je.  Pasal belangkas ni pun dekat seminggu aku mengarang.  Hehe.

Salam Ramadan, sila jangan main mercun yang menyebabkan pencemaran bunyi di malam hari, buat jiwa aku kacau je, kalau nak main sangat main bunga api yang comel-comel dan takde bunyi tu je, sekian~


Comments

  1. ehem.. ehem.. patutla tetiba aku rase tertarik nk bace blog ko no.. :P aku ingtkan entry ni psl drama 2.. hehe.. btw, belangkas 2 boleh mkn ke??

    ReplyDelete
  2. sakit tekak ke? nak strepsil? hehe

    belangkas boleh makan,tapi certain part je cam telur, nak try ke?

    ReplyDelete
  3. rasa nak makan satay belangkas...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...