Skip to main content

PACMAN level 4; The Final Turn



Bismillah, Assalamualaikum.

Okay, I feel guilty.  BANYAK LAGI benda yang kena buat.  Contohnya kuiz-kuiz  minggu depan tak study lagi.  Okay, itu poyo, okay fine fine tukar contoh lain.  Ehem!  Contohnya segala akta-akta farmasi tak baca lagi…  eh apa?  Owh okay, poyo gak eh?  Fine!  Tukar contoh lain.  Contohnya, I am supposed to ‘decorate’ our class noticeboard, tapi apakan daya, idea kreatif tak muncul-muncul lagi, like my heart and soul ALWAYS told my brain,

“You CANNOT force art!” *sila baca dengan intonasi Gandalf*


EHEM!  SO!  Kesimpulannya, sekarang ni takde mood nak buat semua benda.  Nak kemas bilik takde mood.  Nak baca buku takde mood.  Nak tengok movie pun takde mood.  So here I am, duduk depan tingkap macam orang sasau laptop membebel sorang sorang dekat sini -_-“.

This week is our fourth week here AND this semester is our last semester here.  Tak lama lagi *dengan izin Allah*, kami akan menjadi seorang Pegawai Farmasi, eh tapi kena lepas PRP, forensic exam blablablabla dulu lar, but basically kami jadi pegawai lah.  Mula-mula tu macam Whoa~ jugak la sebab ada title pegawai, ahaha~  DAN Semester ni jugak ada interview dengan SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam).

rasa dewasa gila isi borang mintak kerja, huhu

Maka dengan itu, peninglah ni nak fikir nak settle down kat mana.  Kalau tanya aku mestilah nak kerja Selangor je, nak duduk hospital dekat-dekat rumah je macam hospital kajang or hospital serdang or hospital putrajaya.  Kalau nak kena keluar negeri jugak nak Kelantan!  Sebab boleh duduk rumah che’ *nenek* je, nak jalan kaki gi hospital pun boleh.  Haha, confirm bengang je budak Kelantan kalau orang negeri lain nyibuk situ, eh eh, aku punya kad pengenalan ‘03’ la, haha.

Tapi mama ngan che ma pulak cakap;

“mintaklah Sabah Sarawak, nanti boleh mama ngan che ma jalan-jalan kat sana,”


CEH!

Okay, enough with SPA things!  Semester kali ni jadualnya “berlubang-lubang”.  Contohnya minggu lepas (week 3), hari khamis dan jumaat takde kelas.  Memang heaven sungguh bagi mereka-mereka yang suka balik rumah di hujung minggu dan bagi mereka-mereka yang bersuami OPSS! *tampar-tampar mulut*  Haha, sejak puan roommate yang sorang ni kahwin, hujung minggu je bilik kami tinggal bertiga, dah kurang sorang pulak.

gambar malam nikah, ni tak upload fb sebab baru transfer, ahaha~

Sebenarnya kan, tak payah kagum la tengok kitorang punya jadual yang relaks terlampau-lampau ni.  Mula-mula je, lepas ni tengok lah.  Confirm berjela-jela aktiviti dan coursework nak kena buat and submit.  Contohnya, last week dah interbatch.  As usual lah, walaupun aku tak main aku pergi tengok jugak.  Kalau rajin sikit, pergi tengok training jugak.  Tapi tak sedaplah ambik gambar indoor!  Kamera I tak cukup power nak capture image dengan cahaya yang tersangat limited, huh!

this is one of the VERY few photos (adalah dalam 3 keping, sob sob) yang ada muka aku daripada beratus-ratus gambar sepanjang interbatch, thanks timi!

So interbatch dah habis.  This weekend takde aktiviti.  Kalau jadi adalah kenduri-kenduri yang nak kena attend, haha.  Next weekend pulak ada pharmily day dengan pharmacy day!  Pharmily day tu family day lah!  Pharmacy day tu health screening.  Sebelum nak sampai ke weekend depan tu kena berdepan dengan kuiz-kuiz dan hospital attachment!  Dan kali ni hospital attachment 2 kali seminggu!  Ambik kau, buatnya kena pergi temerloh 2 kali seminggu pengsan larr…

Oh Okay, Idea membebel dah takde, so babai~~


PS:   Semester ni aku bercita-cita nak habiskan buku-buku yang tak habis-habis di baca lagi.  Contohnya buku ni,


Buku ni aku beli LAMA dah.  Lama la sampai dah tak ingat bila buku ni di beli.  Dah baca separuh dah pun, lepas tu berhenti tengah-tengah tak bersambung-sambung sebab malas busy.  Semester ni pulak agak ‘santai’, so aku nak habiskan jugak.  Tapi, sebab dah lama tinggal kenalah baca dari awal balik, haihhh ni yang aku lemah ni -_-“.

PSS:   Oleh sebab semester ni santai sikit, bertambah sikit la contengan-contengan dalam sketchbook tuh.  Kalau tidak berhabuk!


Comments

  1. eh nape gmbr aku xde masa nikah 2? musykilnye aku.... huh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Kami Sambut Nikahnya ♥

Bismillah, Assalamualaikum.   ~ Di hadapan Dewan Serbaguna Precint 8 ~ Hari ni bangun lewat gila !  Ni penangan trip semalam la, seharian berjalan, mana tak penat kan?  Walapun penat, kitorang semua rasa happy sangat (berdasarkan feedback yang aku dapat la, hehe).  Actually, trip ni macam release tension, sepanjang hari tu tak payah la nak fikir quiz ngan lab report!  Muka semua orang senyum je, kan bagus kalau senyuman tu dikekalkan sampai bila-bila?  Mana tau next year dapat menang anugerah banyak senyum tu?  Haha, okay, just joking. [Sabtu; 22 Januari 2011] [T3; 4a.m.++] Waaaa, sangat awal la kan aku bangun hari ni.  Tapi memang reflex aku macam ni, kalau esoknya nak travel jauh sikit, confirm akan terbangun awal.  Problemnya, kalau nak balik kampung, tak bangun awal pulak, sampai mama cubit-cubit kaki suruh bangun.  -_-“  Okay, yang ni maybe sebab kalau balik kampung kitorang bertolak AWAL gila, pukul 3 atau 4 pagi, so, k...