Bismillah,
Assalamualaikum.
Okay,
I feel guilty. BANYAK LAGI benda yang
kena buat. Contohnya kuiz-kuiz minggu depan tak study lagi. Okay, itu poyo, okay fine fine tukar contoh
lain. Ehem! Contohnya segala akta-akta farmasi tak baca lagi… eh apa?
Owh okay, poyo gak eh? Fine! Tukar contoh lain. Contohnya, I am supposed to ‘decorate’ our
class noticeboard, tapi apakan daya, idea kreatif tak muncul-muncul lagi, like
my heart and soul ALWAYS told my brain,
“You CANNOT force art!” *sila baca dengan intonasi Gandalf*
EHEM! SO!
Kesimpulannya, sekarang ni takde mood nak buat semua benda. Nak kemas bilik takde mood. Nak baca buku takde mood. Nak tengok movie pun takde mood. So here I am, duduk depan tingkap macam
orang sasau laptop membebel sorang sorang dekat sini -_-“.
This
week is our fourth week here AND this semester is our last semester here. Tak lama lagi *dengan izin Allah*, kami akan
menjadi seorang Pegawai Farmasi, eh tapi kena lepas PRP, forensic exam
blablablabla dulu lar, but basically kami jadi pegawai lah. Mula-mula tu macam Whoa~ jugak la sebab ada
title pegawai, ahaha~ DAN Semester ni
jugak ada interview dengan SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam).
![]() |
| rasa dewasa gila isi borang mintak kerja, huhu |
Maka
dengan itu, peninglah ni nak fikir nak settle down kat mana. Kalau tanya aku mestilah nak kerja Selangor
je, nak duduk hospital dekat-dekat rumah je macam hospital kajang or hospital
serdang or hospital putrajaya. Kalau nak
kena keluar negeri jugak nak Kelantan! Sebab
boleh duduk rumah che’ *nenek* je, nak jalan kaki gi hospital pun boleh. Haha, confirm bengang je budak Kelantan kalau
orang negeri lain nyibuk situ, eh eh, aku punya kad pengenalan ‘03’ la, haha.
Tapi
mama ngan che ma pulak cakap;
“mintaklah Sabah Sarawak, nanti boleh mama ngan che ma jalan-jalan kat sana,”
CEH!
Okay,
enough with SPA things! Semester kali ni
jadualnya “berlubang-lubang”. Contohnya
minggu lepas (week 3), hari khamis dan jumaat takde kelas. Memang heaven sungguh bagi mereka-mereka yang
suka balik rumah di hujung minggu dan bagi mereka-mereka yang bersuami OPSS!
*tampar-tampar mulut* Haha, sejak puan
roommate yang sorang ni kahwin, hujung minggu je bilik kami tinggal bertiga,
dah kurang sorang pulak.
| gambar malam nikah, ni tak upload fb sebab baru transfer, ahaha~ |
Sebenarnya
kan, tak payah kagum la tengok kitorang punya jadual yang relaks
terlampau-lampau ni. Mula-mula je, lepas
ni tengok lah. Confirm berjela-jela aktiviti
dan coursework nak kena buat and submit.
Contohnya, last week dah interbatch.
As usual lah, walaupun aku tak main aku pergi tengok jugak. Kalau rajin sikit, pergi tengok training
jugak. Tapi tak sedaplah ambik gambar
indoor! Kamera I tak cukup power nak
capture image dengan cahaya yang tersangat limited, huh!
| this is one of the VERY few photos (adalah dalam 3 keping, sob sob) yang ada muka aku daripada beratus-ratus gambar sepanjang interbatch, thanks timi! |
So
interbatch dah habis. This weekend takde
aktiviti. Kalau jadi adalah
kenduri-kenduri yang nak kena attend, haha.
Next weekend pulak ada pharmily day dengan pharmacy day! Pharmily day tu family day lah! Pharmacy day tu health screening. Sebelum nak sampai ke weekend depan tu kena
berdepan dengan kuiz-kuiz dan hospital attachment! Dan kali ni hospital attachment 2 kali
seminggu! Ambik kau, buatnya kena pergi
temerloh 2 kali seminggu pengsan larr…
Oh Okay, Idea membebel dah takde, so babai~~
PS: Semester ni aku bercita-cita nak habiskan
buku-buku yang tak habis-habis di baca lagi.
Contohnya buku ni,
Buku
ni aku beli LAMA dah. Lama la sampai dah
tak ingat bila buku ni di beli. Dah baca
separuh dah pun, lepas tu berhenti tengah-tengah tak bersambung-sambung sebab malas
busy. Semester ni pulak agak ‘santai’,
so aku nak habiskan jugak. Tapi, sebab
dah lama tinggal kenalah baca dari awal balik, haihhh ni yang aku lemah ni -_-“.
PSS: Oleh sebab semester ni santai sikit,
bertambah sikit la contengan-contengan dalam sketchbook tuh. Kalau tidak berhabuk!




eh nape gmbr aku xde masa nikah 2? musykilnye aku.... huh..
ReplyDelete