Bismillah,
Assalamualaikum
It
has been almost 4 months since our final exams.
4 bulan! Bukannya sekejap 4 bulan
tu hokai. Semua orang pun dah tak
sabar-sabar nak masuk kerja. Dah tak
senang duduk dah kan?
Aku pun dah lama
tak update blog sebab nak tunggu surat KKM sampai baru nak update muahaha~ Padahal entry ni dah start taip letak dalam
draft sebelum surat SPA sampai lagi.
TAPI, surat KKM tu lambat pulak la nak sampai. So post je lar.
Aku
rasa sekarang ni semua orang sensitive dengan abang posmen. Confirm lah!
Berikut adalah antara simptom-simptom yang dialami oleh mereka-mereka
yang terlibat;-
# Hari-hari duduk depan pagar rumah tunggu posmen datang bawak surat. Rasa macam nak terkam je posmen tu kalau takde surat hari ni *okeh itu over muahaha*
# Telinga jadi supersensitive. Asal dengar bunyi motor je terus lari pergi intai peti surat. Hati ni berbunga-bunga sekali kalau nampak bayang-bayang surat dalam peti surat dari dalam rumah. Sekali bila bukak peti surat, surat rumah orang lain *selalu pulak tu*. Ceh! Nak je aku tampal surat layang depan rumah aku untuk posmen berkenaan.
![]() |
| Most WANTED person right now! |
Hahaha,
kenapa tiba-tiba semua orang asyik check peti surat? Sebab kitorang akan dapat 3 surat sebelum
kerja;
# surat pelantikan pegawai farmasi gred U41 dari SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam)
# sijil pegawai farmasi dari pharmacy board
# surat lapor diri dan penempatan dari KKM (kementerian kesihatan Malaysia)
Surat
Pelantikan Pegawai Farmasi Gred U41
![]() |
| malas upload gambar surat, semua orang dah upload da~ |
Basically,
ini adalah surat lantikan. Masa nak
dapat surat ni memang gundah gulana la hati ni.
Dah la lambat sampai. Lepas tu
aku kurang pasti alamat mana SPA hantar surat tu. Sebabnya aku ada 3 alamat surat-menyurat;
1. Rumah Chema.
Ni rumah makcik I, dekat je pun rumahnya. Alasan munasabah kenapa banyak surat rasmi kitorang ke alamat situ adalah sebab makcik aku surirumah, so senang kalau surat tu kena hand-delivered *cam pos laju tu*
2. Rumah Lama.
Kadang-kadang aku ni bengong jugak pergi letak alamat rumah lama ni. Tapi mengikut pemikiran logic aku masa tu, “hantar direct ke rumah sendiri kan senang haha,”.
3. Rumah Baru.
Aku baru pindah rumah, so kadang-kadang surat-surat aku, aku letak alamat rumah sini *saja nak memeriahkan mailbox tu, takkan le bil je yang masuk dalam tu*
Sebab
aku ada 3 alamat yang ‘aktif’, aku pun confuse surat aku masuk mailbox mana
haha. Disebabkan aku letak alamat rumah
baru dalam resume ke SPA, maka aku pun duduklah bersidai tepi tingkap rumah aku
ni menunggu abang posmen lalu TAPI tak sampai-sampai.
Rupanya surat tu sampai ke rumah makcik aku
-_-“. Aku pun musykil kenapa, sebab
dalam permohonan online hari tu aku letak alamat rumah lama haha. Maybe sebab alamat dalam I/C aku kot?
*kena
marah berdas-das dengan mama sebab tak buat semua surat ke alamat che ma*
Masa
dapat surat pelantikan tu, benda pertama yang di check adalah gaji,
muahaha~ Siap google bagai segala elaun
yang akan dapat.
Eh, tipu kalau korang
tak check gaji. Penting sangat part tu,
lebih-lebih lagi di saat harga minyak *and later confirm harga barang keperluan
pulak* tengah naik. Penting untuk
merancang kewangan. Nak simpan duit nak
beli kereta la, rumah la, kahwin lagi, aigoo~
Lepas
tu baru tengok benda lain macam borang medical checkup dan kertas akuan sumpah.
Medical
checkup tu senang aje. Bawak borang
pergi klinik kesihatan or hospital kerajaan, nanti pandai-pandai la
mereka-mereka kat sana tu uruskan. Free
pulak tu. Aku buat dekat KK Bangi.
Sepanjang proses tu asyik nervous je. Nak pergi X-ray nervous. Nak check BP ngan HR pun nervous. Nak buat urine test pun nervous. Jumpa doctor LAGI nervous haha sebab takut
tiba-tiba ada penyakit -_-“
Kertas
akuan sumpah tu banyak kali baca sambil garu kepala haha *first time
tengok*. Puas la google nak cari
pesuruhjaya sumpah yang terdekat.
Rupanya belambak, aku pergi dekat seksyen 7 tu je. Sekejap je pun prosesnya. Tak sampai 2 minit! Tapi kena bayar RM8 -_-“
Dah
settle medical checkup dan akuan sumpah?
Moh le kita duduk depan pintu pagar balik tunggu surat dari board dan
penempatan, muahaha~
Sijil
Pegawai Farmasi
Okeh,
lepas hantar borang blablabla, lembaga akan pos sijil dan dokumen-dokumen lain
semula. Kali ni pakai pos daftar. Masa hantar borang tu kita dah siap bagi
sampul surat dengan setem daftar lagi.
Pos daftar ni macam pos biasa je.
Cumanya, setem dia ni ‘berdaftar’ dan ada tracking number. So senang kalau nak trace balik in case
hilang.
![]() |
| Ni le rupa setem pos daftar tu haha |
Biasanya
pos daftar ni digunakan untuk pos dokumen-dokumen penting. Masa aku pos segala dokumen ke lembaga aku
buat 1 kesilapan besar. Aku tak salin
tracking number, aigoo~ Sebabnya,
kelam-kabut sangat masa tu haha *alasan*.
Disebabkan aku takde tracking number, so pasrah je la tunggu posmen
datang.
Tapi
hari berganti hari. Minggu berganti
minggu. Bulan berganti bulan. Yup.
Dah sebulan hokai tapi tak dapat lagi reply. Tapi mula-mula aku cool je haha. Sebab ada je yang pos masa lebih kurang aku
tapi dapat lambat. Contohnya macam muti
dan husna. So aku relaks je la *another
BIG mistake*. So, tepat sebulan lepas
aku pos masih takde lagi surat sampai.
Maka
aku pun telefon Pn Norlela dari lembaga farmasi terus. Dia kata awak dah register dah ni, sijil pun
dah pos. Oh? Disebabkan aku takde pilihan lain, aku terus
minta aku punya tracking number ngan dia *malu weh sebab tak salin sendiri
benda tu haha*. Lepas tu, bermulalah
drama aku dengan pos Malaysia.
Lepas
dapat tracking number, aku check online.
10 September dah ada dekat Bandar Baru Bangi hokai! Aku pelik.
Takde pun sampai. Okeh maybe
posmen dah datang tapi aku leka ke dalam rumah tu, he should give me a
notice. Pun takde notis tu dalam
mailbox. Confirm lah! Sebab hari-hari aku check mailbox. Terus angkat phone call Pos Malaysia punya
hotline.
Lepas
banyak drama. Call sana, call sini. Baru aku tahu surat aku tu dah nak kena
return balik sebab dah nak exceed 15 hari haha.
Nasib baik la bro yang kerja kat selaman tu call kan pejabat pos kajang
suruh simpankan 2-3 hari lagi. Okeh,
settle 1 masalah. Tapi masalah lain
pulak muncul. Surat tu kena ambik dekat
Kajang. Dalam Bandar Kajang pulak tu
*homaigad!*.
Kalau
korang tak tahu la, Bandar kajang tu sesak sokmo lah. Surat aku sampai sana sebab rumah baru ni
poskod kajang *walaupun sebenanya aku rasa still dalam BBB haha*. Lepas dah collect surat kena lagi berdas-das
dengan mama sebab tak buat alamat che ma.
At least kalau rumah che ma confirm confirm la poskod BBB, senang nak
ambik kat pejabat pos tu.
Okay,
lesson learned!
PS: surat KKM tu cerita bila dah sampai larr



waah ramainye dapt jadik ahli farmasi! memang SPA trus accept korg bekerja ek kimi?
ReplyDeletesetakat tahun kitorang camtu lar, tahun2 mendatang x sure semua serap masuk ke tak. kitorang mmg ada agreement kena serve gov *2 tahun camtu, pastu ikut suka nak sambung ke x*. setahun pertama tu prp, macam dr punya housemanship lar.
ReplyDelete