Skip to main content

PRP soon…


Bismillah, Assalamualaikum

It has been almost 4 months since our final exams.  4 bulan!  Bukannya sekejap 4 bulan tu hokai.  Semua orang pun dah tak sabar-sabar nak masuk kerja.  Dah tak senang duduk dah kan?

Aku pun dah lama tak update blog sebab nak tunggu surat KKM sampai baru nak update muahaha~  Padahal entry ni dah start taip letak dalam draft sebelum surat SPA sampai lagi.  TAPI, surat KKM tu lambat pulak la nak sampai.  So post je lar.

Aku rasa sekarang ni semua orang sensitive dengan abang posmen.  Confirm lah!  Berikut adalah antara simptom-simptom yang dialami oleh mereka-mereka yang terlibat;-

# Hari-hari duduk depan pagar rumah tunggu posmen datang bawak surat.  Rasa macam nak terkam je posmen tu kalau takde surat hari ni *okeh itu over muahaha* 

# Telinga jadi supersensitive.  Asal dengar bunyi motor je terus lari pergi intai peti surat.  Hati ni berbunga-bunga sekali kalau nampak bayang-bayang surat dalam peti surat dari dalam rumah.  Sekali bila bukak peti surat, surat rumah orang lain *selalu pulak tu*. Ceh!  Nak je aku tampal surat layang depan rumah aku untuk posmen berkenaan.

Most WANTED person right now!

Hahaha, kenapa tiba-tiba semua orang asyik check peti surat?  Sebab kitorang akan dapat 3 surat sebelum kerja;

# surat pelantikan pegawai farmasi gred U41 dari SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) 
# sijil pegawai farmasi dari pharmacy board 
# surat lapor diri dan penempatan dari KKM (kementerian kesihatan Malaysia)

Surat Pelantikan Pegawai Farmasi Gred U41

malas upload gambar surat, semua orang dah upload da~

Basically, ini adalah surat lantikan.  Masa nak dapat surat ni memang gundah gulana la hati ni.  Dah la lambat sampai.  Lepas tu aku kurang pasti alamat mana SPA hantar surat tu.  Sebabnya aku ada 3 alamat surat-menyurat;

1. Rumah Chema.  
Ni rumah makcik I, dekat je pun rumahnya.  Alasan munasabah kenapa banyak surat rasmi kitorang ke alamat situ adalah sebab makcik aku surirumah, so senang kalau surat tu kena hand-delivered *cam pos laju tu*

2. Rumah Lama.  
Kadang-kadang aku ni bengong jugak pergi letak alamat rumah lama ni.  Tapi mengikut pemikiran logic aku masa tu, “hantar direct ke rumah sendiri kan senang haha,”.

3. Rumah Baru.  
Aku baru pindah rumah, so kadang-kadang surat-surat aku, aku letak alamat rumah sini *saja nak memeriahkan mailbox tu, takkan le bil je yang masuk dalam tu*

Sebab aku ada 3 alamat yang ‘aktif’, aku pun confuse surat aku masuk mailbox mana haha.  Disebabkan aku letak alamat rumah baru dalam resume ke SPA, maka aku pun duduklah bersidai tepi tingkap rumah aku ni menunggu abang posmen lalu TAPI tak sampai-sampai.

Rupanya surat tu sampai ke rumah makcik aku -_-“.  Aku pun musykil kenapa, sebab dalam permohonan online hari tu aku letak alamat rumah lama haha.  Maybe sebab alamat dalam I/C aku kot?

*kena marah berdas-das dengan mama sebab tak buat semua surat ke alamat che ma*

Masa dapat surat pelantikan tu, benda pertama yang di check adalah gaji, muahaha~  Siap google bagai segala elaun yang akan dapat.

Eh, tipu kalau korang tak check gaji.  Penting sangat part tu, lebih-lebih lagi di saat harga minyak *and later confirm harga barang keperluan pulak* tengah naik.  Penting untuk merancang kewangan.  Nak simpan duit nak beli kereta la, rumah la, kahwin lagi, aigoo~

Lepas tu baru tengok benda lain macam borang medical checkup dan kertas akuan sumpah. 

Medical checkup tu senang aje.  Bawak borang pergi klinik kesihatan or hospital kerajaan, nanti pandai-pandai la mereka-mereka kat sana tu uruskan.  Free pulak tu.  Aku buat dekat KK Bangi.

Sepanjang proses tu asyik nervous je.  Nak pergi X-ray nervous.  Nak check BP ngan HR pun nervous.  Nak buat urine test pun nervous.  Jumpa doctor LAGI nervous haha sebab takut tiba-tiba ada penyakit -_-“

Kertas akuan sumpah tu banyak kali baca sambil garu kepala haha *first time tengok*.  Puas la google nak cari pesuruhjaya sumpah yang terdekat.  Rupanya belambak, aku pergi dekat seksyen 7 tu je.  Sekejap je pun prosesnya.  Tak sampai 2 minit!  Tapi kena bayar RM8 -_-“

Dah settle medical checkup dan akuan sumpah?  Moh le kita duduk depan pintu pagar balik tunggu surat dari board dan penempatan, muahaha~

Sijil Pegawai Farmasi

Okeh, lepas hantar borang blablabla, lembaga akan pos sijil dan dokumen-dokumen lain semula.  Kali ni pakai pos daftar.  Masa hantar borang tu kita dah siap bagi sampul surat dengan setem daftar lagi.  Pos daftar ni macam pos biasa je.  Cumanya, setem dia ni ‘berdaftar’ dan ada tracking number.  So senang kalau nak trace balik in case hilang.

Ni le rupa setem pos daftar tu haha

Biasanya pos daftar ni digunakan untuk pos dokumen-dokumen penting.  Masa aku pos segala dokumen ke lembaga aku buat 1 kesilapan besar.  Aku tak salin tracking number, aigoo~  Sebabnya, kelam-kabut sangat masa tu haha *alasan*.  Disebabkan aku takde tracking number, so pasrah je la tunggu posmen datang.

Tapi hari berganti hari.  Minggu berganti minggu.  Bulan berganti bulan.  Yup.  Dah sebulan hokai tapi tak dapat lagi reply.  Tapi mula-mula aku cool je haha.  Sebab ada je yang pos masa lebih kurang aku tapi dapat lambat.  Contohnya macam muti dan husna.  So aku relaks je la *another BIG mistake*.  So, tepat sebulan lepas aku pos masih takde lagi surat sampai.

Maka aku pun telefon Pn Norlela dari lembaga farmasi terus.  Dia kata awak dah register dah ni, sijil pun dah pos.  Oh?  Disebabkan aku takde pilihan lain, aku terus minta aku punya tracking number ngan dia *malu weh sebab tak salin sendiri benda tu haha*.  Lepas tu, bermulalah drama aku dengan pos Malaysia.

Lepas dapat tracking number, aku check online.  10 September dah ada dekat Bandar Baru Bangi hokai!  Aku pelik.  Takde pun sampai.  Okeh maybe posmen dah datang tapi aku leka ke dalam rumah tu, he should give me a notice.  Pun takde notis tu dalam mailbox.  Confirm lah!  Sebab hari-hari aku check mailbox.  Terus angkat phone call Pos Malaysia punya hotline.

Lepas banyak drama.  Call sana, call sini.  Baru aku tahu surat aku tu dah nak kena return balik sebab dah nak exceed 15 hari haha.  Nasib baik la bro yang kerja kat selaman tu call kan pejabat pos kajang suruh simpankan 2-3 hari lagi.  Okeh, settle 1 masalah.  Tapi masalah lain pulak muncul.  Surat tu kena ambik dekat Kajang.  Dalam Bandar Kajang pulak tu *homaigad!*.

Kalau korang tak tahu la, Bandar kajang tu sesak sokmo lah.  Surat aku sampai sana sebab rumah baru ni poskod kajang *walaupun sebenanya aku rasa still dalam BBB haha*.  Lepas dah collect surat kena lagi berdas-das dengan mama sebab tak buat alamat che ma.  At least kalau rumah che ma confirm confirm la poskod BBB, senang nak ambik kat pejabat pos tu.

Okay, lesson learned!

PS:  surat KKM tu cerita bila dah sampai larr


Comments

  1. waah ramainye dapt jadik ahli farmasi! memang SPA trus accept korg bekerja ek kimi?

    ReplyDelete
  2. setakat tahun kitorang camtu lar, tahun2 mendatang x sure semua serap masuk ke tak. kitorang mmg ada agreement kena serve gov *2 tahun camtu, pastu ikut suka nak sambung ke x*. setahun pertama tu prp, macam dr punya housemanship lar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

I'm BACK!

Bismillah, Assalamualaikum. Well hello, I'm back! After hurm... 3 years maybe? My last post was about finishing PRP and waiting for FRP placement. Maigaddd, itu sangat lama lol. SO Quick recap after the lasttt post. I got my FRP placement, and it was Beaufort again lol. Finally got married on 2016, hence the transfer back to semenanjung. Currently working at Kuala Lumpur General Hospital. And currently living my life haha! Till then, chiao!

Peritoneal Dialysis

Bismillah, Assalamualaikum .   ~overview peritoneal dialysis; sumber gambar adalah Solace Medical ~ [2 4/11/10] [rumah, BBB] [8.45 a.m.] Cuaca panas .  Matahari tak segan silu menunjukkan muka dia.  YEAY!  Harap-harap baju kering.  Risau sungguh kalau hujan time baju kat luar lagi.  Macam semalam, elok je panas, tiba-tiba lebat.  Kelam-kabut lari angkat, ngan adik-adik aku pun kena kerah sekali, haha.  Dah la pintu tu kunci berlapis-lapis.  -_-“ Ni la kerja kalau duduk rumah.  Bab masak-masak tolak tepi.  Adik aku lapar, pandai-pandai dia angkat kuali kat dapur.  See, lelaki pun boleh masak, tapi, bila sampai part kemas dapur, hampeh!  Baik aku yang masak kalau macam tu kan .  Dorang pandai masak pun kena berterima kasih kat aku, haha.  Kalau kitorang-kitorang je kat rumah, dorang kena tolong jugak kalau aku masak, kalau tak dorang takleh masak makan. ----------------------------------------------------...

Sabah lepas 6 bulan

Bismillah, Assalamualaikum Yeah I know. It has been TOO long since I last wrote something in here.  Bukannya taknak membebel di sini, tapi kadang-kadang tu sudah taip separuh kemudian rasa malas tu datang.  Makanya, tak berupdate lah tempat ini *sigh~* Dan sesiapa yang nampak betapa disasternya aku masa dapat posting dulu-dulu takkan sangka betapa happy-nya aku sekarang.  NOPE!  I’m not saying that being PRP here is fun and easy.  It is tough sometimes.  Very tough!  Tapi standard la orang nak belajar kan kena susah *ayat pujuk hati sendiri*. Okeh takmau cerita panjang-panjang pasal PRP.  Takmau! Now this is my BEST-friend here.  Meet Bibah, tadaaa! Bibah lepas mandi haha It has been almost 6 month since I’ve been posting in Sabah.   We have traveled to many places.  Sekarang I dah malas, so macam biasa campak-campak gambar je lah. the VERY first place that we went is LABUAN!!  We have been chant...