Bismillah, Assalamualaikum Awan. One thing yang aku suka sangat dengan kuantan tempat-tempat yang berhampiran pantai adalah sebab awan dia cantik . Okay, maybe fakta ini tak berapa betul, tapi berdasarkan pemerhatian aku, aku memang rasa langit kat kawasan pantai cantik. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku suka pantai . Bagi aku, pantai adalah tempat yang mendamaikan dan menenangkan. Tapi aku just suka duduk je, tak suka mandi air laut sangat. Okay, reason for this entry is..... Hurm, aku tak terasa nak tidur lagi walaupun masa sudah menghampiri jam 12 tengah malam. Maka, aku pun menggodak-godak external aku untuk tengok gambar-gambar lama. Oh, tak la lama pun, 2 tahun lepas punya album je, haha. And then, aku jumpa satu album, tajuk yang aku beri “Awan” bertarikh 9 Julai 2010 (aku susun album gambar ikut tarikh, senang aku nak cari kalau ada apa-apa hal). Masa ni, semester 1 tahun 2 baru je nak buka. Tak...
~sebuah dokumentari tentang hidup~